18 May 2014

Alahai seronoknya dia

Aku memang kesian kat Eisya. Yelah, jarang dapat main kat luar rumah. Asyik terperap je. Bangun tido hadap TV. Siang malam hadap TV pastu menyepah rumah. Nak bagi main kat luar memang tidak lah. Mak bapak mana je berani sekarang ni.. Tu bila bawa dia balik duduk kat kampung seminggu ni, rasa dia macam seronok sangat.

Apa tak seronok... Bebas bermain. Bangun tido je bleh trus keluar rumah. Macam-macam aktiviti bleh buat.

Hari pertama teruja betul dia bila bangun dengar bunyi ayam berkokok. Beriya dia carik ayam tu. Pastu bleh lak main kejar-kejar dengan ayam tu. Tergelak-gelak pulak tu. Hahaha, jakun sungguh gayanya. Kalau orang tengok mesti rasa 'budak bandar balik kg, jakun semacam' Lagi satu aktiviti wajib Eisya setiap hari adalah main air dan siram smua pokok yang ada kat sekeliling rumah ni. Ohh, lagi satu, bagi rabbit makan. Tapi sebab adakalanya rabbit tu suka nak gigit jari dia, dia selalu buat tak heran kat binatang 2 ekor tu.

Dan yang buat dia lagi seronok sebab sentiasa ada orang nak melayan dia. Untunglah jadik cucu sulung. Atok ngan opah rajin melayan. Segala kerenah di turut. Dia buat sepah rumah pun tak kena marah. Ibu je lah yang terjerit-jerit. Tak bleh dimanja sangat kang degil jadiknya. 

Aku seronok gak duduk kampung. Dapat berehat secukupnya, makan pakai semua Ada orang tolong urus. Aku jaga Elma je. Mahu tak seronok. Malam-malam pun ayah ngan Mak rajin layan Eisya. Boleh aku rileks-rileks ulit Elma dalam bilik. Rasa beruntung sangat. Terhutang budi betul kat Mak ayah. Tolong jaga aku anak beranak. Syukur sungguh..

Potensi berat badan statik adalah sangat tinggi bila duduk kat kg ni. Makanan sentiasa tersedia katanya.. Eisya pun senang je makan duduk kg ni..tak payah aku jadik Tarzan nak suruh dia makan. Paling Eisya seronok aku rasa sebab tak payah gi sekolah lah kot. Balik ni mesti list gi sekolah. Kuarlah segala drama dia.

Ada kakak teman bermain, layan dia melukis, menconteng. Gembira bukan main. Bangun pagi je tanya 'mana kakak ibu?'

Untunglah opah rajin layan dia melukis. Kat rumah ibu tak sempat sebab sibuk uruskan adik. Nikmatilah tempoh 2 minggu kat kampung ni ye Eisya.


1 comment:

  1. berkampung kat rumah nenek/kampung memang best.. sebab ada ramai yang melayan.sonok sakan ni

    ReplyDelete