05 December 2017

Scott’s Bright Little Explorers: Sleep With Sharks

Masa emel pasal program 'Sleep With Sharks' ni masuk dalam inbox.. Aku tak sempat baca details, sebab tengah busy dengan perasmian Rawang By Pass. Bila free sikit, aku baca balik all the details, terasa 'Waaahh, bestnya.. Kena pergi ni' Tapi macam berbelah bagi sebab kena bermalam kan.. macam tak percaya je nak lepaskan Eisya tidur bermalam kat Aquaria tu. Tanya lah Ekwan, dia kata  'Takde apa lah, boleh je Eisya tu' Bila bapak dia dah kata okay, aku apa lagi. Terus lah reply bagi confirmation akan turut serta.


Program Sleep With Sharks ni memang signature program Aquaria untuk kanak-kanak. Kali ni Scott's yang merupakan sebahagian daripada GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn. Bhd. (GSK) telah berkerjasama dengan Aquaria KLCC untuk memberi peluang kepada sekumpulan kanak-kanak untuk menikmati pengalaman bawah laut yang unik. Dan Eisya adalah salah sorang daripada kanak-kanak yang terpilih. Rasa bertuah sangat. Bukan senang nak dapat pengalaman eksklusif macam ni. Dapat lah Eisya belajar lebih mendalam pasal laut, pasal hidupan laut, cara-cara nak pelihara laut. 

'Program Scott's Bright Little Explorers' adalah projek long term Scott's dalam usaha nak terapkan rasa ingin tahu dalam diri kanak-kanak. Yelah, budak-budak kan, lagi-lagi baya Eisya.. Banyak benda baru yang dia jumpa, semua benda dia tanya. Soalan pun kadang-kadang diluar jangkauan. Hari tu lepas bagitau yang hujung minggu tu dia akan tidur kat Aquaria dengan jerung, tunjuk video-video Aquaria kat youtube, macam-macam soalan timbul 'Ibu, ikan tu tak tidur ke ibu? Dia bernafas macam mana ibu?' Adduuhh, mengagau mak kau nak menjawab.

Dapat join program bermalam kat Aquaria KLCC ni memang peluang keemasan untuk Eisya. Bila lagi nak dapat pusing Aquaria waktu malam, in small group, dengan ada personal tour guide. Pastu dapat tidur depan aquarium besar sambil hadap ikan jerung. Bukan tu je, macam-macam lagi program dia. Korang boleh tengok detail kat website Aquaria. 

Scotty & Rocky
Suka betul Elma dengan 2 ketul ni. Sementara tunggu kakak aritu, asyik lah ajak gi tengok mascot ni.

Mr. Alan Tan, Brand Manager Scott's bercakap pasal kepentingan DHA untuk perkembangan otak kanak-kanak.

Program Bright Little Explorers ni Scott's dah lancarkan dari tahun lepas lagi sempena pelancaran Scott's DHA Gummies. DHA atau Asid DokosaHeksaenoik ni adalah asid lemak Omega-3 yang sangat penting dalam perkembangan dan fungsi otak serta penglihatan yang sihat. Korang tau tak camne rupa Scott's DHA Gummies?? Memang best gummies ni, aku siap kena sorok kan.. Kalau tak mau habis sebotol budak 2 ketul ni hadap.


Untuk lebih maklumat lanjut pasal Scott's DHA Gummies, sila rujuk

Daryl Foong, Pengurus Pemasaran Aquaria KLCC brief the details pasal Program Sleep With Sharks yang bertujuan untuk pupuk minat kanak-kanak untuk sama-sama berusaha pelihara kehidupan laut. Memang berkesan lah program ni, sebab seminggu gak lah aku kena hadap Eisya punya citer pasal telur penyu, pasal shark fins...

Program pagi Ahad tu start pukul 9.30am, dalam 10,30am semua Scott's Bright Little Explorers dapat bersatu kembali dengan ibu bapa. Muka masing-masing bukan main seronok lagi. Terus terpa mak ayah nak citer macam-macam. Teruja sungguh. Eisya lagi best, siap cakap 'Ibu, malam ni tidur sini lagi ke? Best lah ibu, tak nak lah balik lagi' Huhuhu.. Ibu punyalah tadi malam risau ke dia. Dia punyalah enjoy sampai nak extend semalam lagi pulak...

Scott's Bright Little Explorers
Terbuka untuk kanak-kanak berusia antara 6 -12 tahun. Nanti Elma cukup 6 tahun boleh bagi dia pulak join program ni.


Lepas habis sesi bergambar, prize giving semua.. lepas je lunch kitaorang join guided tour pulak. Seronok betul.. Elma lagi lah. Dulu datang aquaria dia tak paham apa. Kali ni bukan main lagi dia. Dengan akak excited, semua benda dia nak terangkan 'Ibu.. tu sand tiger shark ibu' Jap lagi,jalan depan sikit 'ibu, semalam kan teacher Dee bagi kakak pegang ikan ni ibu' Alahai, seronok betul dengar citer dia. Enjoy sungguh lah tu. Tak sia-sia ibu kentalkan hati lepaskan kakak join program ni. Besar dah anak ibu.

Buat korang yang mencari-cari program untuk anak-anak sempena cuti sekolah ni. Bolehlah hantar anak korang join Sleep With Sharks ni. 

Thanks to Scott's atas usaha untuk sama-sama pupuk kesedaran betapa pentingnya pemeliharaan laut ni. Dan jutaan terima kasih sebab beri Eisya peluang merasa pengalaman keemasan ni.

06 October 2017

RESTAURANT CHEESE BANJIR, G-VILLAGE, DESA PANDAN

Fuhhh.. Lama tak aktif ber'blog. Tetapi tetiba terasa nak update lagi. Walau baru minggu lepas update. Mood sudah kembali ke?? Mungkin..  Harapnya tak lah terbengkalai sampai berbulan lamanya. Ni pun terasa nak update sebab nak share pasal satu restoran best kat area rumah. Tiap-tiap hari lalu depan G-Village tu. Nampak banner dia, try google. Macam menarik. Boleh lah cuba. Dan terus tetiba mood malas memasak aku munculkan diri. Alasan sangat kan...


Restaurant ni bukan setakat jual menu western tau. Ada gak Asam Pedas dengan Kari. Tapi semalam kitaorang anak beranak makan menu western semua. Next time lah boleh cuba assam pedas dia. Bak kata En Ekwan, setakat asam pedan ngan kari, baik suruh Cik Yu masak, tak payah nak makan kedai. Western2 ni kenalah makan kat kedai sebab selalu kalau buat sendiri selalu mcm tak jadik. Eh.. Eh.. Macam 'sesuatu' lak statement laki iols itu. 

GRILL CHICKEN.

Budak-budak makan Fish & Chip. Amik yang extra cheese. Memang betul-betul extra. Banjir satu pinggan. Benar bagai dikata. 

Ekwan amik Lamb Grill. Sedap.

Makanan dia bagi aku memang sedap. Bukan setakat rupa je lawa. Sos dia sedap. Rasa perapan ayam tu memang perfect. Berbaloi dengan harga. Portion banyak. Next time boleh amik 2 set je kot. Nak menghabiskan 3 set, rasa mengah. Hahaha.. Makan pun mengah kan. Lupa plak nak amik gambar menu dan harga. Tapi mostly sepinggan RM25 ke atas. Total semua semalam RM110. Okaylah, sesekali reward diri kan. Tapi kat Facebook ada je semua detail harga ni.


Boleh lah datang cuba rasa makanan kat Restaurant Cheese Banjir ni. 

Restoran Cheese Banjir,
lot G10, G, Jalan 1/76, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
.
Landmark sebelah Shell Out.
.






30 September 2017

Weekend Stay Cation *kalau term ni tak wujud, minta ampun*

Macam dah lama je tak jalan-jalan. Last vacation gi Bali awal tahun aritu. Memang lah tak lama sangat kan tapi gi Bali tak bawak budak-budak. Last vacation ngan budak-budak last year lah kot.. Tu pun bawak gi Port Dickson je. Huhuhu... Tu pun sebab manfaat kan annual free reservation kat Ancasa Resort. Lama sangat dah ni. Tapi tu lah, sejak Eisya sekolah ni, masa terhad sikit. Tak boleh dah nak ponteng sekolah sesuka hati. Aku ngan Ekwan lak memang sejenis yang fobia kalau nak gi berjalan time cuti sekolah. Masa Eisya tadika dulu boleh lah, selamba je ponteng weekdays. Sekarang ni harapkan weekend biasa je lah. Tu yang aku tercari-cari mana tempat berdekatan untuk bawak budak-budak ni berlibur dihujung minggu.

Yang dekat, yang menjimatkan masa. Tak payah nak habiskan masa kat perjalanan. Kalau ada dalam KL ni lagi bagus. Kalau ada sebelah rumah memang aku lah mak paling gembira dalam dunia.

Nak happy kan budak-budak ni takdelah susah sangat. Dapat berendam dalam kolam pun dah cukup. Seronok sangat dah 2 ketul tu. Aku kalau nak booking mana-mana hotel memang aku filter yang ada kolam siap-siap. Kalau tak menjawab lah layan soalan bertalu-talu budak-budak tu 'ibu, kenapa hotel ni takde kolam? Nape ibu 'beli' hotel takde kolam ni?' Huhu..sebelum kau sendiri nyampah, baik carik yang memenuhi kriteria budak-budak tu, yang family friendly gitu. Kalau yang ada kids gym play lagi bagus. 

Bila aku usulkan kat Ekwan nak bawak budak-budak ni for 'weekend stay cation' *eh ada ke term ni?? ikut suka aku je kan* Sebab lama sangat tak bawak keluar ala-ala holiday. Asal weekend ibu memeruk kat umah siapkan tempahan kan, paling pun petang-petang keluar gi taman main basikal. Ekwan kata okay tapi cuba carik yang dekat-dekat je. Bila tanya 'dekat tu mana?? sampai mana dikira jauh?' Dia kata 'Dalam KL je boleh?' Akak setuju je. Sebab malas nak penat-penat travel, lagipun ada 2 hari je kot on weekend. Ahad tu mesti dah kena balik.

Dan seperti biasa, urusan mengatur percutian adalah urusan akak. Cadangnya nak pergi weekend sebelum Eisya exam hujung tahun. Tak pun a week after exam abis tu. Hasil dari pencarian akak di google, akak jumpa Fraser residence, KL. Dekat sangat ni. Balik kerja hari Jumaat, lepas amik budak-budak kat taska boleh terus check in. Tak pun, apply cuti. Eisya balik sekolah terus pergi. Boleh terus terjun kolam petang tu.


Fraser Residence ni dekat je. Tu hah kat Jalan Sultan Ismail tu je pun. Facilties dia memang sangat complete. Cukup untuk short family vacation. Kolam renang untuk anak-anak best sangat. Gym pun ada untuk Ekwan. Dia kan sekarang suka sangat gi gym. Spa pun ada.. Wahh, terasa lama tak memanjakan diri. Apa kata masa budak-budak mandi kolam, abah jadik life security, ibu gi sauna. Kasik chance lah, bukan selalu ibu dapat peluang macam ni.

Dengan gigihnya aku ushar details pasal Fraser Residence KL ni. Nasib baik ada Fraser Residence Kuala Lumpur booking method ni hah.. Senang urusan. Demi percutian idaman hujung tahun nanti.


Masa aku dok mengoogle ni. Si Eisya ada kat sebelah, asyik lah 'Waahhh, bestnya ibu. Bulan 11 kita pergi tau' Nampak gaya memang kena pergi ni. Kalau tak mau dia tuntut selagi tak dapat. InsyaAllah, ada rezeki kita boleh pergi. Harga pun berpatutan, travelling cost dah jimat. Boleh lah nak spent kat harga bilik. Lepas check out, kita gi jalan-jalan window shopping kat KLCC. Hahaha, feeling-feeling tourist sungguh. Pastu balik rumah yang 10min je dari KLCC. Kedengaran macam seronok je, sebab tak payah nak penat-penat badan duduk dalam kereta lama-lama. 

Okay, akan diusulkan Fraser residence, Kuala Lumpur ni ke Ekwan. Dan akan ku usahakn agar dia approve. Jom Eisya, kita ada misi membodek abah ni.

12 September 2017

Ketagihan Masa kini

Wow... Ini benar-benar lama punya tak update. Last update masa balik dari Bali. Tu pun teaser je. Konon nak update next part, hahaha..sampai ke sudah, gitu je. Dah bulan 9 hah.. Takde pun entry baru. Aduhh, sayang tu sayang blog ni. Tapi tu lah, kekangan masa sungguh. Passion tu macam dah takde. Tapi bukan lah xde langsung, tinggal 20% je kot untuk blogging ni. Sebab sekarang akak tengah kemaruk menjahit. Minat lama yang muncul kembali. Lagi-lagi sejak dah mula jahit cotton knit ni, lagi lah kemaruk.

Sape yang ada dalam geng akak kat facebook ngan instagram tau lah kot. Siap akak dah buat IG Khas untuk aktiviti menjahit tu. Dulu share je kat IG personal. Pastu rasa overshadow melampau sangat #SewnByDayu ni. Tu terus create lain tu. Benda free guna je lah. Lagi pun boleh ada banyak akaun bawah 1 user kan.. Manfaat kan lah. Hah.. Sape tak follow lagi. Sila lah follow.

INSTAGRAM: SewnByDayu

Aku ni memang jenis kalau dah suka 1 benda tu, memang beiya. Semangat terlebih dan kegigihan tu melampau. Sampai orang sekeliling pun naik seram tengok. Apa taknya, asal ada masa je aku mesti hadap mesin. Balik keje hadap kain/mesin, pastu sanggup korbankan masa tidur untuk menjahit. Dari pagi sampai ke malam, menjahit je pun aku sanggup. Seronok. Betul lah orang kata, bila buat benda yang kita suka... Semangat dia lain macam.

Lagi-lagi sejak komuniti menjahit ni makin berevolusi kat Malaysia ni. Banyak support group yang muncul. Bila berada di keliling orang-orang yang minatnya sama, memang makin menjadi-jadi lah. Bila tengok orang menjahit, orang tayang hasil. Ko pun terbakar. Pastu orang share tutorial macam-macam, teringin nak cuba. Bila dah cuba menjadi, lagilah seronok.

Dulu akak takut-takut nak jahit kain Knit Cotton. Tak berani. Asyik jahit cotton biasa je. Tapi bila sekali dah cuba, perrrghhh lagi senang rupanya. Tak payah nak pikir zip, butang segala sebab kain ni stretchable. Pastu terus beli Coverstitch lak. Kebetulan ada member nak jual CV2300 Brother dia. Terus sambar. Dapat half murah dari harga pasaran, apa lagi. Terus confirmkan order.


Mesin-mesin kesayangan. Semua brand Brother. Mesin jahit lurus aku guna GS2700, jahit tepi 3034D. Coverstitch lak guna model 2300CV

Kiranya menjahit ni hobi aku yang sebenar kot sebab lama aku bertahan dengan keje-keje menjahit ni. Dulu pernah satu ketika aku kemaruk mem'baking. Siap upgrade oven gak. Tapi takde lah sampai upgrade mixer bagai. Tapi bab menjahit ni sampai 2 mesin hah aku tambah demi memuaskan hati. Seronok menjahit ni lagi0lagi bila tengok baju yang kita jahit orang pakai. Dari kain lebar-lebar jadik baju. Dan macam aku, semua baju-baju tu anak-anak lah tukang gayakan. Tak tergambar perasan happy bila baju tu siap.


EILY TOP.

Baju ni antara yang terawal aku jahit sejak berkecimpung dengan knit. Saja try sebab boring dengan pattern yang sama je. Guna kain t-shirt untuk baju budak-budak memang best. Budak pun selesa. Design pun lawa-lawa. Pilihan memang sangat banyak, sampai kemaruk. Asal tengok je berkenan, seller upload je, semua rasa nak beli.

Dan disebabkan asyik membeli kain, dan koleksi baju budak 2 ketul ni pun dah makin melambak. Tu yang aku open order tu. Sesambil susutkan stok kain, boleh lah asah skill. Aktiviti-aktiviti yang guna otak kanan ni dia kena buat selalu, kalau tak memang hilang ingatan. Even baju-baju ni pun, kalau macam lama skit tak buat jenis tu, nak buat semula memang kena bukak nota semula. Lagi-lagi novice macam akak ni.

Okay. Cukup sampai sini. Doakan akak rajin nak update untuk entry seterusnya.



28 February 2017

Bali is Just Awesome

The best vacation i ever have!! 

Jadik double triple best sebab 3 in 1 trip. Holiday + Birthday Treat + Honeymoon. 4 hari yang sangat membahagiakan. Aku wanita paling bahagia sepanjang 4 hari tu. Bali memang antara tempat yang tersenarai dalam antara tempat untuk aku lawati, walau hanya sekali. Dan nampak gayanya, bakal datang lagi ni ke Bali. Tak cukup 4 hari di Bali. Seminggu pun belum tentu. Maka, kena datang 2,3 kali lagi bagi puas hati. InsyaAllah, ada rezekinya nanti.

Selalu Ekwan kalau dah sampai sekali tempat tu, dia tak nak dah datang lagi. But not for Bali. Dia pun sama je kemaruk macam aku. Tak puas sebab tak dapat explore laut-laut di Bali. Tak berkesempatan mencuba surfing kat pantai-pantai dia *macam kan reti kan..* Tapi cuba tu mesti, tu yang kena datang lagi tu.

Why Bali??

Bali memang cantik. Complete. Laut ada. Tanah tinggi ada. Bali memang dah dibentuk khas untuk pelancaongan. Semua teratur. Semua tempat-tempat tumpuan utama dia dah dilengkapkan dengan segala kemudahan yang sepatutnya ada. Dan aku kategorikan Bali sebagai bandar pelancongan yang bersih. Tourist guide memang betul-betul jaga visitors. Dan paling best, perut aku sentiasa kekenyangan sepanjang ada kat Bali, Makanan halal bukan masalah sepanjang kat Bali. Ni antara faktor utama bila bercuti. Perut kenyang, baru hati senang.

The awesome Bali in randomly summarize.

Gambar beribu. Hasil daripada 3 kamera. Hahaha.. Dan honestly, sehingga kini keje aku adalah browse gambar setiap hari. Kemaruk. Tak puas. Tak dapat berada kat Bali, tengok gambar pun jadik lah. Video ni antara gambar-gambar yang aku compilekan. Tu pun banyak tempat yang tercicir. Nanti nak buat another video lah. Layankan je lah kemaruk aku ni. Bali just awesome. Total awesome. Yang kaki berjalan tu, mesti masukkan Bali dalam senarai 'Place To Visit' korang. 

Dan aku pasti akan datang lagi ke Bali. 

18 December 2016

PROUDLY PRESENT: ELMA COSMETIC

Hye. Assalamualaikum.

Lama tak update. Akak busy. Keje hakiki busy. Pastu ni tambah lagi satu jawatan. *sengih* Mana yang dah maklum tu, tau lah apa jawatan terkini akak kan. *angkat kening*

Akak sekarang dah bergelar USAHAWAN. Fuyoo!! Usahawan. Pergghh.. Hebat sungguh akak kan. Hahaha.. Actually, lama dah akak pendam keinginan ni. Tapi tak berani nak mulakan. Akak kan jenis takut nak keluar dari comfort zone. Tapi bila suami akak, beriya dan dia semangat lebih. Bersungguh-sungguh, terus akak yakin. Jom kita BUAT. Marilah realisasikan keinginan memilik produk sendiri. Kalau harap akak sendiri, jangan harap. Berangan je lah.

Dan hari ini, secara rasmi dan dengan penuh bangganya akak nak perkenalkan :

Lama gak brainstorming nak dapatkan nama. Macam-macam nama kuar. Segala jenis bahasa guna, sudahnya marilah kita gunakan nama anak sendiri. Cliche sangat kan. Tapi itulah lebih afdal. Tapi boleh pulak bila nak creat FB page, nak register domain.. semuanya dah taken.. Hangin lak rasa. Lagi hangin sebab semuanya dah tak aktif actually. Ikut rasa hati nak je contact derang suruh delete akaun. Hahaha.. Kuasa veto sangat kan. Tapi setelah mengharung onak duri *kau tak yah drama lebih dayu* Akhirnya officially ELMA COSMETIC yang terpilih. Dan terus proceed design.

Dan produk pertama ELMA Cosmetic adalah BB CUSHION. Nak buat BB Cushion sebab aku nak guna. Hahaha.. Ianya keperluan untuk aku. Mak yang tak kecukupan masa nak bersiap cantik-cantik bila nak keluar rumah. lagi2 time nak gi kerja pagi-pagi. Dan aku tahu ramai yang ada masalah yang sama. 

Processing pun lama. Yelah, BB Cushion ni bukannya kami re-sell atau re-pack. Ni formula sendiri okay. Nak adjust ingredient dia. Bukan boleh setakat 1-2 bulan. Sendiri kena puas hati, barulah confident nak share dengan orang lain kan.


ELMA INSPIRE BB CUSHION.
Sambil make-up. Sambil rawat kulit muka.

Akak cerita lebih lanjut pasal BB Cushion ni di entry akan datang ye. Doakan lah kejayaan ELMA Cosmetic dan usaha akak nak memperkenalkan ELMA Cosmetic ni dipermudahkan. Ni akak sharekan semua link ke landing page ELMA Cosmetic. Jangan lupa LIKE dan FOLLOW. 


Instagram : https://www.instagram.com/elmacosmetic

Okay, jumpa next entry. Akak nak kena buat poster ni. Boss dah tanya-tanya tu.




12 October 2016

Rabbit Feeding di Denai Alam Recreational Club

Kejadian 2 bulan lepas. Maafkan lah akak. Ini kebiasaan yang harus diterima semua buat masa kini. Akak takde dah, kejadian berlaku semalam. Pagi ni akak update. 2 bulan lepas ni kira rajin lah ni. Kalau kelaur cerita kejadian tahun lepas pun, korang layan kan je lah baca. Tapi semangat tu tetap ada, cuma dia macam kejap ada, kejap menghilang. 

Rumah abang ipar akak kat Denai Alam ni. Kitaorang agak selalu lah jugak berkunjung ke sana sebab bawak budak-budak berjumpa sepupu, main sama-sama. Dan selalu pagi-pagi sampai lah kami ke recreational club dia ni. Eh tak pagi sangat lah. Banyak gak aktiviti boleh buat kat sini. Memanah, Horse riding. Kolam pun ada. Tapi masa datang ni, kolam tengah dibersihkan. Kalau tak mau budak-budak ni terjun gak. Budak-budak memang suka lah. Akak pun macam seronok je. Lagi-lagi bab bagi rabbit makan. Aku rasa carrot kat situ habis kat aku anak beranak je.

Ini budak paling Happy. 


Seronok tengok Elma bagi rabbit makan. Tak takut langsung dia, Dibuatnya rabbit tu macam Jojo, kucing kitaorang kat rumah. Rileks je dia hulur carrot tu, pegang sampai hujung2 pulak tu. Risau je aku kena gigit jari dia. Tapi dia selamba je. Siap duduk atas tanah bagi rabbit makan. Kena kerumun dengan rabbit ramai-ramai pun tersebgih-sengih. Gebu-gebu weh rabbit-rabbit kat sini. Rasa nak je peluk gomol puas-puas. Tapi rabbit tu semua cengeh. Nak pegang sikit pun meronta-ronta. Takut bebenor. Jarang jumpa manusia kot.

Tak duduk kat Denai Alam tapi terajin jadik member club. Memang kedengaran macam gedik. Tapi mengenangkan banyak benefit, dan kekerapan ke Denai Alam ini agak tinggi. Dan ada promotion pulak. Meh lah kita isi borang. Terus dapat naik kuda free. Kalau tak, kena bayar RM10 gak. Elma takut nak naik kuda. Masa beratur excited. Sampai kuda depan dia, dia peluk aku kuat-kuat. Sudahnya marilah tengok je kakak naik kuda.

23 September 2016

Makan Dim Sum Puas-Puas kat Quality Hotel

Tak tahulah nak kata makan ke melantak. Hahaha... Tapi kalau datang masa lapar, memang puas hati. Datang perut kosong, balik perut sendat. Nasib larat lagi nak jalan. Kalau tak tersandar lah kat kerusi. Tersandar kekenyangan. Pergi lak dengan geng-geng yang memang kaki makan, hah.. Memang seronok memanjakan perut.

Actually it was a celebration for Seri for her birthday. Dan dia kata nak makan dim sum. Aku yang memang dah lama teringin, apa lagi. Haruslah terus setuju. Lagi-lagi bila kata ada Dim Sum offer kat Quality Hotel. Cepat je suruh member gi booking. Nak makan kat Dolly Dim Sum, mahal katanya. Untuk golongan marhaen macam kitaorang ni dah kira makanan mewah tu. Kat Quality hotel ni, RM48 seorang. Buffet lak tu. Aku memang suka buffet. Walau hakikatnya takde banyak mana aku makan, tapi at least aku tau ianya unlimited.

Hati makin gembira bila tengok ni depan hotel. Dim Sum buffet hanya RM35 sahaja.
Akak suka.. Akak suka.

Sementara tunggu Dim Sum dihidang, makan ni dulu, Fried Dim Sum. Yang ni pun sedap. Besar-besar udang kat dalam tu. Makan panas-panas.. pergh, tu yang sampai 2,3 piring di amiknya. 


Memang puas hati weh... Puas makan. Sedap. Berbaloi sangat. Lagi-lagi datang time lapar. Macam kitaorang ni. Siap tak breakfast semata nak makan puas-puas kat sini. Masa aunty tu hantar 1st batch, berebut-rebut hah. Sampai berlaga-laga chopstick. Masa round ke-2, memasing dah slow. Tapi aunty tu hantar pau telur masin sedap ni lah pulak. Berebut lah lagi, sampai tak cukup. Kena order lagi.

Memang sedap weh pau ni. Filling dia macam telur masin campur kastard, dengar macam pelik tapi memang sedap weh. Kalau ni sampai dulu, mau aku makan ni 4,5 ketul.

Kesimpulannya, memang berbaloi bayar RM35 untuk makan Dim Sum sepuas hati begini. Dan tertunailah keinginan tekak aku yang teringin nak makan Dim Sum. Thanks kepada kawan-kawan yang rajin organise aktiviti sosial untuk kita gather-gather gini. Harap akak, memang tak sempat. Kalau korang dah organise, akak join je. 

So next session bila? Kata nak ber'body massage.. 

20 September 2016

Deko Mendeko

Sejak pindah duduk kuarters ni, aku semakin bersemangat nak menghias rumah. Seronok sebab banyak ruang nak dihias. Lagipun kalau tak dihias, nampak kosong bebenor rumah ni. Maka, kenalah diisi dengan apa yang patut. Dan semangat tu jadik makin berkobar-kobar sebab, setiap pagi bangun tidur, tengok luar tingkap nampak signboard IKEA. Macam memanggil-manggil je suruh aku buat lawatan rasmi ke IKEA. Rasa macam ada tak kena je kalau tak melawat IKEA tu.. Hahaha.. Iye, aku sekarang memang kemaruk. Bukan tiap bulan, tiap minggu kot mesti aku gi IKEA. Dan ada je yang barang yang aku beli bawak balik.

Pastu ada pulak geng yang sama-sama tengah kemaruk bab mendeko rumah ni. Alahai, makin menjadi. Join pulak group Kelab Dekorasi IKEA Malaysia. Tengok orang hias rumah cantik-cantik, haruslah terpegun, pastu terpersona.. lantas tergoda lalu membawa diri ke IKEA membeli apa yang patut. Masuk IKEA tak membeli tu macam mustahil. Tak banyak mesti ada seketul 2. Senarai dalam wishlist tu banyak bebenor. Duit je tak berapa nak banyak. Ekwan kata rumah aku dah boleh jadik store IKEA. Hahaha.. saje lah tu sound bini dalam sinis. Yelah kot, kat hall aku ni mostlah 80% semua barang IKEA kot. 

Antara ruang yang 100% ikea. Ruang ni bukak-bukak pintu je nampak dia dulu. Apa orang panggil? Hallway eh? Tu yang akak macam beriya sikit nak menghias ruang ni. Tak siap lagi ni. Gambar pun tak isi lagi. Gantung je dulu frame tu sementara Ekwan rajin melayan aku nak drill dinding.

Setakat ini Eisya dengan Elma tak usik lah barang-barang kaca yang ada dalam rumah ni. Sesekali lah dia macam gatal tangan pegang, tapi bila suruh letak balik, elok je lah dia letak. Pasu kaca atas Kallax IKEA tu setakat ni alhamdullilah masih kekal seperti sediada. Masih lagi mencari idea nak hias camne kat setiap ruang tu. Setakat ni, kotak-kotak tu jadik tempat Eisya simpan anak-anak patung dia. Petang-petang balik sekolah, dia sumbat beg sekolah dalam kotak tu. Dan aku nak carik rug, nak bentang kat depan rak tu. Berkenan dengan rug H&M Home, tapi tak sempat-sempat nak  melawat kawasan. Nak pesan kat PS je rasa membazir lak.

Fiddle Fig kegemaran semua IKEA lovers. Aku rasa sesiapa yang kemaruk IKEA, mesti ada pokok ni minima seketul kat rumah. Ada kemungkinan aku beli lagi sepokok ni. Nak letak dalam bilik. Takde pulak gambar full ruang tamu aku ni. Kat situ pun 80% IKEA tu. Next entry lah. 

Misi seterusnya adalah di ruang makan. Ruang ni sekarang memang paling untouched. Sejak pindah, takde sebarang penambahbaikan dibuat. Guna pakai meja makan lama. Beli masa baru kawin dulu. Dah 7 tahun umur dia. Dan kerusi pun dah patah 2. Tinggal 4 ketul je. Kerusi tu jugak lah guna untuk meja komputer dan untuk aku menjahit. Hahaha.. Asyik tertangguh je nak membeli kerusi baru. Maka, weekend lepas aku ajak Ekwan ke IKEA dengan misi membeli kerusi. As usual, pakcik tu layankan aje. Jarang dia membantah. Bini happy, dia senang hati. Tak gitu.. (:

Beli 2 ketul je dulu, bulan depan kita beli lagi 2. Hasrat hati nak suruh Ekwan cat meja tu kaler putih, tapi macam tak rajin je pakcik tu nak melayan. Dia suruh aku letak alas meja putih je. Huhuhu.. Tapi kerusi putih meja hitam pun macam okay gak kan.. Bawah tu nak letak karpet. Tapi macam tak gigih nak membersih setiap kali lepas makan. Tak pun setiap kali makan, kerusi Elma kena alas surat khabar.. Hahaha...

Ikutkan banyak lagi nak kena buat ni. Tapi orang kata slow-slow lah. Sikit-sikit. Duit pun bukannya melimpah ruah yang membolehkan semua benda nak buat serentak. Bawak-bawak bersabar. Lagipun lama lagi nak duduk kuarters ni. Selagi tak kena halau, memang aku tak nak pindah. Best weh duduk sini. 9 tahun aku menunggu peluang ni. Dah dapat, kenalah jaga elok-elok.

Merdeka!! Merdeka!!

Tadika KEMAS area Parlimen Titiwangsa ni memang aktif. Ada je aktiviti dia, sampai kadang aku tak larat nak join semua. Sayang waktu tidur hujung minggu iye jugak. Hahaha.. Tapi kenangkan Eisya dah bersemangat. Aku paksalah jugak Ekwan join. Mana boleh dia sedap tidur sorang-sorang. Kenalah join sama. Lagipun nanti sape nak amik gambar aku ngan Eisya. Itu tujuan utama sebenarnya. 

31 Ogos hari tu pun, ada aktiviti. Ada perarakan dan ada pertandingan mencapan. Bila cikgu kata ada perarakan, tetiba aku macam rajin nak jahitkan Eisya baju bendera. Cikgu tak kata pun kena pakai, tapi biasalah mak Eisya. Dia kan suka semangat lelebih. Beriya aku suruh Ekwan beli bendera. Boleh pulak semua bendera habis kat kedai berdekatan. Punylah gigih, malam tu siap pergi Ampang Point lagi carik bendera. Hahaha.. over mak kau Eisya.. Baiklah Ekwan rajin melayan. Aku pun macam tak percaya dia rajin nak bawak aku gi carik bendera malam-malam. 

Balik je terus aku potong bendera tu. Nasib pola semua dah ada. Tengah malam siaplah baju bendera Eisya tu. Buat baju je. Seluar pakai seluar sekolah sudah. Tak cukuo bendera iye jugak. Mak kau dah penat pun iye. Buat simple-simple sudah. Tak kuasa nak berpeplum bagai. Esok nak bangun pagi, pukul 7.30am nak kena hantar Eisya naik bas.

Budak happy baju bendera dah siap.

Sambutan kemerdekaan di adakan kat Keramat. Kat kawasan perumahan apa ntah, lupa dah akak. Iyelah, kejadian 3 minggu lepas kan. Bas disediakan, dia collect dari semua tadika KEMAS berdekatan. Aku ngan Ekwan follow dari belakang. Tapi haruslah tertinggalkan. Nasib cikgu dah share location awal-awal.  Selamatlah sampai dengan Elma yang tak mandi lagi. Hahaha.. demi nak sambut merdeka dengan kakak.

















Meriah sambutan merdeka KEMAS ni. Rajin cikgu-cikgu melayan. Bagus. Senam aerobik dulu, pastu nanyi naik kan bendera. Paling best masa perarakan. Ramai-ramai jalan kelililang blok. Happening rasa.. Barulah budak-budak seronok nak raikan hari merdeka. Ekwan kata aku yang lagi seronok, Eisya rileks je. Hahaha..,. Lama dah kot tak nanyi lagu Sudirman tu kuat-kuat, ramai-ramai. Tu yang seronok lebih sikit tu.

Acara tak habis lagi actually, ada speech-speech.. Akak adalah malas nak tunggu. Lagipun tengahari nak ke rumah akak ipar. Ada birthday anak sedara. Maka, marilah kita beransur pulang.

Sempat lagi akak selfie laki bini berlatar belakangkan bendera.

Selamat Hari Merdeka semua!!!

15 September 2016

Eisya Nak Sekolah Kebangsaan Dah

Macam tak percaya pun iye jugak. Nak sekolah kebangsaan dah anak aku tahun depan weh... Eisya nak sekolah dah.. Ibu masih macam tak boleh terima kenyataan rutin harian akan berubah tahun depan. Macamana lah agaknya nanti. Aduhai, macam tak ready je nak sekolahkan anak. Mesti lepas makan je semua kena paksa tidur. Ini pun syukur sangat. Duduk kat kuarters ni, mudah banyak urusan menyekolahkan Eisya ni. Rumah dengan sekolah dekat. Opis dengan rumah dekat. Kalau memerlukan aku balik tengahari, possible lah lagi. Kalau masih duduk kat Subang, keje kat KL. Tak tahulah camne gaya Eisya sekolah. Memang kena bergantung harap kat tadika sepenuhnya lah jawabnya. Kat sini pun sama, tapi yelah.. Bolelah lagi kalau tetiba aku nak jenguk dia waktu tengahari tu kan.

Keputusan pemilihan dan penempatan sekolah dah keluar bulan lepas. PPD dah poskan surat, Dan kena buat pengesahan kat sekolah yang diberikan selewatnya pada 30 September 2016. 

Ikutkan aku nak Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, sebab dekat sangat dengan rumah. 300 meter je kot. Nak jalan kaki pun boleh. Mudah urusan pagi-pagi. Nak transit pun senang. Tapi sekolah tu sekolah kluster rupanya. Memang susah lah nak dapat kan. Dahlah aku apply lambat. Maka redho je lah dengan sekolah yang diberi. Masih dekat. Dan aku adalah malas nak buat rayuan. Think positive. Mana-mana sekolah sama je. Pandai-pandailah ajar anak. Dan aku dah pergi pun sahkan kat sekolah yang diberikan.

InsyaAllah, tahun depan di sinilah Eisya bersekolah. Eisya tak ikut masa ni. Elma wakilkan kakak bergambar depan sekolah.

Sekarang tengah memikir hal sekolah agama pulak. Tengah berkira-kira, nak hantar sekolah agama ke tidak petang. Ikut aku tak payah. Ikut Ekwan, sekolah kan je lah. Dari duduk je kat tadika petang-petang, Tapi tu lah, tak carik-carik lagi sekolah agama berdekatan. Nak tanya parent lain, tak bertanya-tanya..  Jangan dah terlepas sesi pendaftaran sudah.

*Rasa macam nak gi beli kain, nak jahit baju sekolah Eisya siap-siap. 

14 September 2016

Marilah Kamu Wahai Semangat

Woww!! Ini betul-betul punya lama tak update blog ni. Aduhaiii, macam baik tutup je blog kau ni Dayu. Tapi memang tidaklah kot, sayang weh. Bertahun dah pelihara dia. Okaylah..okaylah. Nanti akak kumpulkan bahan. Kalau ikutkan, banyak je boleh akak celotehkan. Tapi tu lah, kalau dah malas. Gitu je lah. Sudahnya cerita tu dah outdated. Nak post kat blog pun tak selera dah. Tapi bolehlah, dari takde apa-apa.

Nah, akak bagi sekeping gambar akak buat korang lepas rindu. Manalah ada yang dah lupa camne rupa Kak Dayu kan... Hahaha.. Entry akak mana boleh takde gambar. Gambar tu wajib. Kalau tak suram je entry tu. Okay, akak nak buat list entry apa nak karang. Banyak kot. Entry raya pun takde. Ni raya haji pun dah lepas. Entry jalan-jalan lagilah banyak tertangguh. Amik gambar bukan main beriya. Sudahnya duduk lah dalam gallery handphone semata. Not good... Not good..


Doakan akak jumpa semangat rajin update blog akak semula.


29 June 2016

Hong Kong Disnyeland Part 2

Hahaha.. silalah hadap episod yang entak tak tau akan berangkai banyak mana ni.

Fantasy Parade.

Wahhhh!! Bestnya. Menarik sungguh perarakan dia. Memang syiok. Dapat pulak tempat yang agak strategik walau datang lambat. Biarpun panas. Tetap anak-beranak terkinja-kinja. Ekwan perati je bini dia terjoget-joget tepi jalan tu. Nak buat camne bang, benda seronok depan mata. Kenalah enjoy the show. Lagipun bukan selalu dapat tengok benda gini.. Entah-entah ni lah sekali merasa.

Tengok Eisya tu. tergedik-gedik bergoyang satu badan, Happening sungguh weh.. orang lain pun sama je. Mesti tergoyang-goyang gak bila dengar muzik kuat macam tu.

Korang tengok gambar je lah eh.. akak tak tau nak taip apa untuk caption 


Kitaorang duduk betul-betul tepi laluan. Memang nampak jelas lah. Siap semua yang lalu mesti pandang kitaorang, siap senyum-senyum. Datang tepuk tangan, datang cuit Elma. Seronok. Siap ada princess datang ajak Eisya dancing sama lagi. Malu-malu budak tu. tapi sekarang ni bila tengok video dia dancing dengan princess, bukan main seronok lagi. 

 Dancing pusing-pusing gitu je pun. Tapi budak-budak mesti happy bukan ke main kan. Budak-budak lain siap bergaun princess bagai hah.. 


Lama gak sesi Fantasy Parade ni. Ada dalam setengah jam. Memang enjoy betul show ni. Memang tak patut dilepaskan. Semua karakter Disney ada. Eisya memang betul-betul seronok. Masa parade tengah berlangsung, memang semua disuruh berkumpul kat area ni. Semua games dan rides yang lain pun ditutup. Nak memastikan takde yang terlepas parade ni. Yelah, rugi kot kalau terlepas. Benda wajib kat Disneyland kot.

Masih di Tomorroland. Bagi Elma bergelak sakan sebentar.

It's a Small World.

Tempat ni memang best. Kagum dengan ketelitian derang buat tempat ni. Colorful sungguh. Walau beratur agak panjang. Layankan je lah. Tak lama sangat pun, sebab boat dia banyak. Dan show dia takdelah lama sangat. Tapi best sangat.



Ok, bye. Akak sambung next episod. Bertabah lah dengan akak,