Showing posts with label 2nd baby. Show all posts
Showing posts with label 2nd baby. Show all posts

01 May 2014

Officially Registered

Akhirnya. Pada hari ke-12, iaitu 30 April 2014, nama adik didaftarkan. Punyalah busy abah awak, asyik tertangguh je. Nasib baik JPN kat UTC Sentral tu bukak sampai pukul 10pm, klau tak mesti tertangguh lagi.

*senyum*

Adik is officially named Elma Eiliyah Bt Mohd Ekwan. My beautiful angel. Maksud??? Apa kata korang gi Google sendiri. Hehehe...

Agak mencabar nak memberi nama ke adik sebenarnya. Sebab dia kan buat surprise. We are expecting for a boy. Maka nama yang tersedia adalah nama lelaki. Tak prepare langsung nama unt perempuan. Dahlah aku gedik nak kekalkan basic initial E.E kat nama anak-anak perempuan aku. Nasib baiklah kawan-kawan ramai yang kreatif, hebat dalam mencari nama anak. Macam-macam suggestion aku terima.

Dan yang paling aku berkenan adalah EILIYAH. Nanti aku boleh panggil adik Liya. And that what I call her now. Macam lembut je bunyi 'liya...anak ibu...' Pastu terkebil-kebil dia tengok aku, aauuww..melting kau. As for ELMA pulak, aku memang terpikat dah tapi Ekwan macam tak setuju sebab makna Elma in Arabic is apple. Macam kelakar lak dia kata bagi anak nama apple. Aku katalah in Greek maksud Elma is protection. Akhirnya dia setuju sebab bila aku suruh dia pikir nama lain dia malas.

Bab bagi nama anak ni memang aku suka. Sebab Ekwan memang serahkan 98% kat aku. Dia review je segala cadangan aku. Tak setuju pun akhirnya setuju. I'm a happy woman in earth!! Tak payah aku merasa berebut nama anak dengan abah dia.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi pelbagai cadangan nama. Aku tengah tinggal pilih dan combine je. Korang memang kreatif sungguh bab mencipta nama. Hebat.

Assalamualaikum, nama saya Elma Eiliyah Mohd Ekwan. Boleh panggil saya Elma, Eli, Liya.. Tapi saya selalu dengar ibu panggil saya 'liya' 

30 April 2014

Berpantang

Kali ni aku berpantang ketika musim hujan. Setiap petang hujan. Seronok lah kan. Best je tidur petang-petang. Memang selesa. Takdelah rasa berlengas kepanasan duduk dalam rumah. Berbeza sungguh masa pantangkan Eisya dulu. Dulu lahirkan Eisya hujung bulan 4 gak, tapi masa tu Malaysia tengah panas terik. Rumah Mak ayah aku pulak jenis atap rendah, memang sauna free aku setiap hari. Kul 11 je aku dah mengelupur. Berpeluh satu badan. Tapi hasilnya, memang terbaik. Habis pantang, body mengalahkan zaman bujang. Kurus habis aku, semua lemak-lemak mencair. Dalam seminggu pun dah nampak perbezaan.

Kali ni...hmmm..entah tercapai tak misi 25kg aku. Aku pun hajat tinggi melangit. Target 25kg trus. Ni dapat 10kg pun dah syukur. Pantang kali ni memang betul-betul pantang koboi. Pantang jaga makan je. Bengkung semua ke laut. Paling aku setia pun bertungku. Sebab aku enjoy sangat bertungku. Tekap batu panas-panas bawah perut, rasa macam terbakar lemak-lemak. Hahaha..tapi bukan tu sebab utama aku rajin bertungku. Aku jadik rajin bertungku sebab akak birasku kata kalau rajin bertungku, insyaAllah susahlah bentan.

Aku kan berpantang sendiri kali ni. Minggu pertama je Mak aku datang tolong urus dan jaga aku. Merasalah macam puteri raja seminggu. Semua Mak buat kan. Makan pun Mak hantarkan ke meja. Rasa dimanjakan sungguh. Mak tak boleh nak stay lama kat sini, dia kejekan. Lepas mak balik, uruskan lah diri sendiri. Nasib Mak ekwan boleh datang tolong temankan aku pulak. Adalah orang tolong uruskan rumah. Tolong basuh baju. Tengokkan adik sementara aku nak makan, nak mandi. Next week, bermulalah fasa pantang sendiri aku. Insya Allah, aku boleh.

Badan pun dah sehat rasanya. Aku rasa larat je. Setakat nak memasak untuk aku makan, insyaAllah daya je. Kain baju kita dobikan aje. Sapu rumah...ekwan buat. Dia tak buat, aku tak benarkan sesiapa datang rumah aku. Hehehe...mungkin panggil orang datang kemas rumah time weekend je lah. Basuh bilik air, kemas dapur, mop lantai smua..

Nape dalam pantang tak boleh menyapu erk? Katanya tu lah benda paling dilarang buat time berpantang. Boleh smpai bentan katanya..

22 April 2014

Bengkak Susu

Merasalah aku bengkak susu pada hari ke-3 berpantang. Uiihhh, sakitnya lah. Breast dh memang agak penuh pada hari ke-2 sebab Eiliyah memang jenis yang kerap menyusu tapi sikit-sikit. Breast dapat sign demand yang tinggi diperlukan. Tu yang penuh je tapi tak lah sampai membengkak. Tapi bila start berurut pada hari ke-3 tu, malam tu menjadi-jadi. Breast membesar dah macam buah kelapa dah. Keras. Padat. Sakit. Eiliyah pulak tetap menyusu tapi sikit-sikit.

Rasa nak je suruh Eisya tolong hisap. Tapi jangan harap dia nak. Eisya kata 'chacha dah kakak, ni susu adik'

Menahan je lah aku malam tu dan sentiasa berharap Eiliyah bangun menyusu. Alhamdullilah, dia tahu kot ibu dia kesakitan. Lamalah jugak dia menyusu malam tu tapi tetap tak surutkan bengkak susu aku. Aku try jugak pam, tapi tak keluar. Dahlah puting sakit bila aku try pam. Dah tuam, dh try massage smua tak menjadi. So aku assume mesti liang susu aku tersumbat. Try lah bersihkan..terbuka lah jugak 2-3 liang susu baru. Eiliyah pun makin pandai menghisap. Lama je hisap. Mungkin susu dah keluar laju skit tu yang dia seronok nak hisap lama.

Nyaris-nyaris aku putus asa nak breastfeed dia. Silap aku jugak yang tak prepare dari awal. Patut dari awal aku try stimulate breast, bersihkan liang-liang susu kat puting. Lagi-lagi aku ni dah lama stop menyusu.

Tapi Alhamdullilah, liang susu makin banyak. Susu pun banyak, tak bleh lambat skit. Bengkak lah. Tapi sian pulak kat Elma, terbatuk-batuk dia kalau menyusu time breast tengah padat. Rezeki Elma. Insya Allah, Kali ni aku akan lebih gigih dan dedikasi dalam breastfeeding Elma. Dulu time Eisya ilmu tak banyak. Aku pun malas usaha, redha je bila susu kurang. Insya Allah, penuhkan lah impian aku nak menyusu Elma selama 2 tahun ni.