Masa tu Raya ke-4. Eisya baru 4 bulan 22 hari waktu tu. Merasalah dia benda lain selain susu masuk ke dalam perut. Muka teruja tak boleh nak cerita. Tapi dia memang dah bersedia agaknya, sgt pandai bukak mulut, telan bubur yang ibu suap. Tak boleh lambat ye, habis ditarik-tarik sudu.
Anak ibu suka ye makan bubur.
Itulah kisahnya. Kisah bermulanya Eisya dan Solid Foods.
aktiviti kegemaran masa berusia 4 bulan hingga kini, pantang berbaring, mesti tarik kaki punya. tak dpt jari kaki, kaki seluar pun jadik la
Memang pada awalnya aku sgt tekad, tak mahu ada benda lain masuk dalam mulut anak aku sebelum dia 6 bulan. Orang nak kata aku skema ke apa ke, tak nak amik peduli. Anak aku, ikut suka aku la nak buat apa. Biar orang kata '
alah, org dulu umur 3 hari dah makan pisang lenyek, sehat je' Aku sengih je. Jangan menjawab sangat, nanti panjang cerita.Susah pulak jadiknya.
Bila masuk 4 bulan. Dah asyik pandang orang makan. Tak berpaling langsung, dok perhati je orang mengunyah. Ibu minum pun tarik-tarik cawan. Terdongak-dongak tengok ibu teguk air. Pastu mulut mengetap-ngetap bibir. Air liur meleleh-leleh. Isskk.. kesian lah sama dia. Tapi yang ni boleh tahan lagi. Buat-buat je lah tak nampak. Tak pun letak dia jauh skit time makan. 5 minit je lah dapat pun, lepas tu dia teriak panggil orang suh amik dia. Mana bleh semua dok keliling meja, makan sedap2 dia kena baring sorang-sorang depan tv. Duduk lah atas riba abah, perhati orang makan. Buat muka sayu dia. Drama betul anak aku ni.
Tapi bila dia sudah mula tidak lena tido, aku dah hampir-hampir tak boleh tahan. Tido 15 minit bangun, rileks 5 minit pastu dia teriak. Bila bagi susu, menghisap macam orang tak makan 2 hari dah. Gelojoh semacam je. Tido semula, pastu bangun lagi. Nak susu lagi. Nampak sgt dia tak kenyang, kelaparan. Nasib baik cuti, boleh la sentiasa penuhi demand dia tu. Tapi sgt kesian sama dia, tak lena tido. Sikit-sikit terjaga. Bila hari raya, aku dah redha kalau ada yang menyuap masuk mulut dia ketupat. Yang ni aku boleh la terima, tapi kalau ada yang nak suap bahulu, harus aku menjerit melompat menepis tangan tu. 3 hari kat Johor semuanya selamat. Eisya masih hanya minum susu semata-mata. Mak aku pulak yang over protected, org main-main suap cucu dia kuih raya pun dah terjegil-jegil bijik mata. Balik beraya kat kampung abah pun ok je. Orang-orang keliling pun sgt memahami kehendak dan kepatuhan ibu-ibu muda kini terhadap kata-kata doktor kan. Takde la kejadian yang tak diingini terjadi.
Petang raya ke-4, kami gi beraya ke rumah sedara mara di Pahang. Sepupu Ekwan ada anak umur 7 bulan. Harus lah dia dah start ngan solid foods kan. Malah seawal 3 bulan dia dah makan nestum. Budak laki, lagi cepat lapar kot. Dan seperti biasa, Cik Eisya Elyssa mana bleh tengok orang makan. Pandang semacam je tengok orang makam. Ibu sangat kesian lah. Terus mintak akak tu suapkan skit kat Eisya. Mula-mula dia rasa-rasa je ngan lidah.Pastu terus bawak masuk dalam mulut, elok je dia telan. Pe lagi, terus ibu mintak sudu.
Dalam hati aku ada gak rasa risau. Mana tau perut dia tak taham. Meragam ke. Gundah gulana aku menanti anak membuang air besar. Nak perhatikan hasil pembuangan dia. Paling aku takut kalau dia tak membuang. Harus aku hempuk kepala kat dinding sebab memandai-mandai suap anak bubur sebelum masanya. Bila dia bangun esok pagi dan melepaskan hajat seperti biasa. Lega rasa hati. Terus ibu tanak bubur lagi.
Dan bila sekali dah start, kalau sehari tak dpt merasa lah kau anak asyik ngempeng je. Tido pun tak lena, gelisah je. Tergolek sana, tergolek sini. Dan kini aku adalah gigih mencari resipi, mengukuhkan ilmu pengurusan frozen foods pulak. Sama eh mcm uruskan EBM? Cairkan pastu rendam dalam air panas? Jangan babysitter kat nursery tu malas nak layan frozen food sudah.
Mau buat apple puree untuk eisya... tapi ada yang kata bila dah start bagi benda manis gini, nanti dia tak mahu bubur nasi lagi. Pendapat? Sila kongsikan ye.
*sayang pulak tak amik gambar masa 1st time Eisya isi perut dengan solid foods