Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

03 June 2015

Petik Sendiri Strawberry Anda

Aku sebenarnya asyiklah pasang niat nak create entry pasal lawatan aku ke Cameron Highland ni, tapi asyiklah tertangguh. Isskk.. Dah lama sangat kisah kejadian. Masa cuti Hari Merdeka tahun lepas. Huhuhu.. Dah nak setahun. Masa tu Elma baru 4 bulan, ni budak tu dah pandai berjalan dah. Tapi tak kira, nak jugak abadikan dalam blog. Tak kira, alah.. anggap je lah akak gi Cameron tu cuti Hari Pekerja hari tu. Hahaha..

Lawatan ke Cameron Highland adalah sesi lanjutan selepas ke Pulau Pinang. Ekwan rajin bawak bini lepas berpantang berjalan-jalan. Kesian bini lama terperam kat rumah. Dan tidaklah pulak kami ni tahu sesungguhnya Cameron Highland di kala cuti umum adalah sangat berkepadatan tinggi. Kalau aku tahu, memang tidaklah aku setuju dengan cadangan Ekwan nak ke Cameron lepas Penang. Baiklah kami sambung lepak-lepak kat Penang. Tapi itulah, malas bertanya.. Hadap lah ko bersesak kat tanah tinggi tu. Dah lah gerak dari Penang petang, sampai Cameron dalam pukul 10 malam. Dari Tanah Rata dah jammed. Aku siap call balai polis Tanah Rata lagi, tanya kenapa jammed sangat. Huhuhu.. Barulah achik tau, begitulah Cameron time cuti umum.

Nasib hotel dah booking. Hotel siap call lagi confirmkan aku jadik datang ke tak.. Duduk hotel biasa je. Tu pun nasib baik ada bilik kosong lagi. Harga agak mahal di hari cuti. Tapi boleh lah buat nak tidur semalam.


Jammed sungguh ok. Dari hotel nak ke ladang strawberry berdekatan pun sejam kot. Nasiblah anak-anak aku elok je dalam kereta. Elma pun merengek sikit-sikit je.Tengok gambar ni, rindu tengok Elma di kala botak..

Tak mampu dah nak duduk dalam kereta. Nampak je Strawberry Healthy Farm ni, terus masuk.



Walaupun memetik sendiri strawberry adalah lagi mahal, layankan je lah. Experience tu yang penting. Bagi Eisya merasa petik strawberry segar dari pokok. Ehh.. i pun kali pertama akak petik strawberry. Sian akak.. Last gi Cameron Highland dulu masa kecik-kecik. Tu pun gi umah pakcik, takde pun mak ayah bawak gi ladang strawberry gini.

Over gaya kau Eisya. Petik strawberry je pun. Spek tetap tak tinggal.

Bapak budak ni mengeram je tengok bini dengan anak dia posing sakan petik strawberry. Terus pass kamera kat akak, pastu gi posing dengan Cha. 

Minta bangla tu amik kan gambar. Punyalah beriya snap 3,4 keping. Tapi semua blur. Hmm..Jadiklah. Dari takde langsung. Nak mintakan orang lain amik, takde langsung family lain kat situ. Nampak sangat aku anak beranak je yang jakun nak petik sendiri strawberry.

Lepas penuh sebekas strawberry, marilah membeli pokok kaktus pulak. Eisya rambang mata, semua dia amik. Pilih macamkan rumah dia ada laman je nak simpan smua kaktus ni.

Elma muka bosan. Mesti menyampah je dia time ni.

Akhirnya ni je yang aku benarkan dia bawak balik. Kalau tak penuh bakul dia pilih. Tu yang mencebik bibir tu. Kita tengok berapa lama kaktus ni bertahan. 

Nasiblah akak duduk umah bertingkat-tingkat, kalau tak boleh bawak balik 2,3 ketul.

Tak payah nak feeling diva sangat lah Cik Eisya. Kat ladang strawberry je pun. Pastu posing tepi baja lak tu.. Tak sesuai langsung.

Acara wajib kan ni. Disebabkan Cameron taklah sejuk mana, selamba je balun 2 cawan ice-cream tu. Elma teriak sebab geram tak boleh makan sama.

Lama gak kitaorang melepak kat sini. Saja larikan diri sekejap dari kesesakan melampau. Isi perut kenyang-kenyang sebelum merempuh jammed kembali. Masa kat Strawberry Healthy Farm ni aku beli strawberry sikit je. Tapi bila dah blah baru terasa tak cukup. Nasib nanti nak singgah pasar malam dia, boleh lah borong. 



28 June 2012

Pulau Pangkor: Part 2

Hari ke-2 tiada aktiviti yang disusun urusetia. Masing-masing boleh buat aktiviti bebas, suka hati hangpa la nak buat apa. Maka, haruslah kita ke laut. Snorkelling tu adalah kemestian bagi hantu laut macam kami laki bini. Lagi-lagi setelah dikecewakan oleh Phi Phi Island, haruslah ditebus. Serius, Phi Phi Island adalah sangat hampeh. Pulau Pangkor adalah 10 kali lagi best dari Phi Phi. Sangat-sangat tak digalakkan. Pulau kat Malaysia ni jauh lagi best dari pulau kat Thailand tu. Yang kat Indonesia tak tahu lah, sebab tak pernah sampai lagi.

Yang lagi best, snorkelling di Pangkor adalah sangat murah. RM15 je. Siyes aku pun macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya. RM15 termasuk google, safety jacket ye. Mana nak dapat wehhh... Hanya di Pangkor. Kalau nak island hopping sekali, RM35.

siap sedia untuk terjun laut

geng nak bagi makan ikan jap lagi

punyalah tak menyabar. kat darat lagi dah sarung safety jacket. selipar pun tanggal siap-siap, tinggal je kat kedai ni. 

Eisya yang nampak benda semua nak. Ibu abah malas nak layan dia merengek, beli je lah walaupun geram je tengok dia. takpelah, dari dia meragam kat atas bot kang..

jom kita ke laut!!!

Kami amik pakej island hopping + snorkelling. Konon nak tengok-tengok kawasan sekitar pulau ni. So budak bot ni akan bawak keliling pulau. Seronok lah, dapat pulak budak ni rajin bercerita. Layan lah.. Tapi sebab dah tak menyabar nak snorkelling rasa 'dah la dik, jom lah terus gi snorkelling. puas dah akak hadap resort2 harga ribuan ringgit ni' Eisya pun dah layu-layu je muka kena tiup angin. Nyaris-nyaris nak tertidur, tapi asal dengar orang bercakap je sedar.

Dan akhirnya.. dapat berendam!!! Seronoknya.


ramai sungguh orang. hujung minggu biasa je pun penuh Pangkor ni.

seronok anak ibu dapat join ibu snorkelling

Ini kali pertama Eisya trurun laut pada kedalaman ni. Kat Manukan dulu, dia main tepi pantai je. Kat Phi Phi pun sama. Maka, ini adalah pengalaman pertama buat Eisya. Budak bot tu kata kat aku 'tak takut dia eh kak' Aku sengih je, sambil jawab 'dah biasa bawak dia main air' Tapi sebab Eisya tak takut, tu yang aku ngan Ekwan berani bawak dia turun dalam air. Kalau dah dia memang takut, jangan harap kitaorg berani. Tak kuasa nak melayan dia mengelupur dalam air.

Bila boleh bawak Eisya turun dalam air, dapatlah aku ngan Ekwan merasa snorkelling sama-sama. Walaupun tak dapat nak bagi ikan makan roti sama-sama macam kat Langkawi dulu, dapat sama-sama bertiga dalam air pun dah puas. Dapat bergelak-gelak ketawa dengan Eisya dalam air.. seronok tak terhingga dah.

Eisya sibuk buat 'peace' pastu asyik sebut 'abu..buat' Banyaklah awak, tangan ibu ni 1 nak pegang awak, 1 pegang tali, camne nak buat 'peace' ibu tak berani nak terapung ber-2 ngan awak. Dengan abah boleh la.

mesti Cha lagi suka bila abah dia yang pegang, dapat bergerak bebas

alalalala... sweetnya lah gambar ni. wajib print masuk album 'PANGKOR 2012' ni

Snorkelling kat Pangkor memang seronok. Betul-betul punya seronok. Dah la macam takde time limit. Berendam la kau sampai puas. Sampai kecut-kecut jari. Selagi tak kata nak balik, bot tunggu je kat situ. Kitaorang ni pun sebab memikirkan kena check out pukul 2.00pm kalau tak mau berendam lagi. Bila sampai kat pantai kata waktu check-out extend sampai 2.30pm, masing-masing balun mandi laut pulak. Eisya pun super seronok sebab dia pun tak nak balik lagi. 

Aku rasa Eisya betul-betul puas kot main air kali ni sebab bila ajak naik, dia dengan rela hati serahkan pelampung dan ikut aku naik. Hahaha.. kalau tak selalu mesti terpekik terlolong tak nak naik. 

As usual, lepas snorkelling sampai je bilik mesti kebulur. Kemas-kemas beg, terus check-out. Tapi van datang amik pukul 4.30pm. Maka, marilah isi perut dan membeli-belah. Tak beli apa pun, fridge magnet je ngan balu 'i heart Pangkor'

cubaan menakutkan Eisya dengan ikan buntal.

dah..jom balik. esok keje

Tak puas lah 2 hari kat Pangkor. Bila laki achik kuar statement 'lain kali bosan-bosan kat KL, boleh datang Pangkor lagi yang' Wahhh!! Achik rasa nak suruh dia cakap lagi sekali, achik nak rekod.


26 November 2008

Hari ni Dayu Kat Penang

*huhu...buat naya je out-station, site meeting semua ni tau, keje nya makan je. Jahanam diet aku, sia2 bertarung, tak makan nasik semua, sampai sini, abis semua kita tibai. Dah lauk mcm2 kan depan mata...pe lagi..dah lah smua org kata sedap, kena lah cuba kan*

Pagi tadi, lepas makan secara tamak kat hotel, terus gerak ke Sik. Janji ngan kontraktor kul 1, tapi kami yang kena tggu depa, amat tak senonoh!!
Kitaorg dah siap sembahyang, makan semua pun tak muncul2 lagi. Tak beretika sungguh kontraktor ni. Dah lah kita ni dtg nak T&C (penyerahan projek oleh kontraktor kepada client), boleh derang buat lengah2 *tak approve V.O tu kang*

Sementara menunggu tu, borak lah kami *kali ni out-station bersama sorang TA sorang QS, smua laki, dayu sorang pompuan, tapi memang seronok sebab masing2 ada perangai tersendiri*

'agak2 kau agak bape sewa umah teres tu dayu?' -abang man driver
'hmmm... 150 kot' -dayu
'aku rasa lagi murah, kat Alor Star tadi pun 150, Sik ni lagi lah' -abang man
'tak habis duit gaji aku duduk sini' -azhar TA

Huhu..kos sara hidup mmg murah lah kat sini. Makan 4 orang, termasuk air baru RM18, lauk punyalah melambak..*kat KL jangan harap*
Memang boleh jimat lah kalau dok kat daerah2 mcm ni, tapi kos jadik bertambah lah kalau nak balik JB/KL..dan duduk lah terceruk, semua jauh...
-dah pencen balik duduk kg lah-

Kul 2.30pm baru pakcik kontraktor tu muncul. Terus lah kami check bangunan yang akan jadik pejabat cawangan PPSPPA kat Sik, Kedah tu. QS terus gi nego harga V.O ngan kontraktor.
Ada lah sikit defect, tapi minor je. Keje2 touch-up je *bagus!! walau kelas F boleh buat keje molek mcm ni*

Kita ni dah siap dah check semua, tapi still tak dapat finalize harga kerja-kerja tambahan tu. QS ni masih lagi berdebat ngan sub-kon pakcik ni *aiiiyaaa!! manyak leceh owwhhh*
So keje kami pe lagi: Bergambar lah..

bukti saya di tapak projek ye *muka penat dah ni*
-gambar lain dlm kamera lah, takde cable-

4 jam ko nego harga!!! Giler la, tu pun ada yang tak diputuskan lagi. Berkira sangat kontraktor ni. Dia mintak sampai 10K++, kita approve 5k je..tu yang dok keje berdebat je
*seb baik experienced QS, so dah biasa dah mcm ni, rileks je lah dia, kita yg penat tengok dia*

Kul 6 lebih baru keluar dari site, terus menuju ke Penang. Bestnya!! Kali pertama jejak Penang, tapi dah malam, tak larat nak jalan2 *esok la lepas site meeting*
Azhar bawak makan ikan bakar kat tepi laut *sedapnya!!! dan hancur lebur diet ku!!*

-penat badan, tapi siap sedia lah balik opis jumaat ni..pecah paler otak-


12 November 2008

saya nak tido

Baru je sampai bilik hotel..
Dari pagi sampai ke malam berkeje.. nasib baik bawak kete office, ada driver semua. Tak lah penat sangat, kalau tak..mmg pancit lah..

Hari ni pun 4 opis kami balun, dari Kemaman ke Dungun. Pastu ke Kuala Terengganu, malam sambung lak ke Kuala Berang..tak ke keje mcm org giler tu namanya??
*ekwan siap cakap, pe kejadahnya keje malam2, esok tak boleh ke?? tapi nak buat camne, saya hanya menurut perintah*

Dan esok, pagi2 nak gerak ke Besut, pastu Kota Bahru, kemudian Keterh dan terus ke Gua Musang. Dan habis je discussion ngan kontraktor kat site, terus shoot balik KL.
Sian pakcik driver..tapi nak buat camne, dah keje kan...

*nak tido lah saya, esok nak bgn awal, nak singgah Payang jap. itu tetap gak kena buat walaupun packed camne pun schedule kami...heheeheheh*
Cemut: tak sempat lah nak singgah...jadual keje full
dan kepada semua yang lain: terima kasih atas keprihatinan anda, doakan saya selamat sampai semula ke KL ye

-huhu..kontraktor Kota Bahru tu ensem, muda lagi, anak dato you-

21 July 2008

Laman2008

As been promised..here's the entry on our visit to Laman 2008 on last Saturday. It's an interesting visit even it exhausting.

i shoot this one
punya la berlawan ngan ekwan sape bleh amik gambar micro paling cantik ngan digital camera tu..*boleh buat wallpaper ni*

and he shooted this
*cik dayu gak kena jadik model*

and also this.
ni gambar gubahan hiasan meja minum petang jepun

Gubahan kat dalam rumah tu memang menarik tapi sebab terkesima sgt dan terlalu excited nak buat micro pic, tak ingat nak amik gambar gubahan2 tu. Dan yang menarik, gubahan tu smua gunakan bahan2 terbuang..tapi hasilnya sgt menarik. So creative!!

ni decoration from Johor, tu yang semangat bagai nak bergambar

konsep gubahan ni kalau tak silap i 'Itik Pulang Petang'
Suka...nak laman umah macam ni la...

saya dan uncit ekwan -sila abaikan ketembaman yang melanda-
*sian kami kena amik gmbar sendiri*

cik dayu saja nak mengedik amik gmbar di balik pintu
time ni kat decoration from Melaka

dan ini uncit saya tengah duduk rileks kat laman Port Dickson

Okay done. Banyak gmbar kitaorg amik tapi smua macam tak baper best. Sebab dah malam dan Olympus FE230 itu mcm tak baper terror nak amik gambar time gelap. Dalam gambar dia jadik tak lawa..terlebih cahaya.

dan dengan rajinnya, i create this pic untuk ekwan..
puas suruh dia pose gedik2 byk2 kali...seb baik pakcik tu rajin nak bergambar ala2 model tak bertauliah ni...

So..sape2 takde buat pe weekend ni, gi la jalan2 cuci mata. Gi la petang, time tak panas. Yang minat bercucuk tanam, bawak duit lebih skit, bleh beli anak-anak pokok.

*and on sunday, spent time with uncit's family. gave his mom a visit.. owhh..i just love the moment!!

08 July 2008

Part 1: From Maju to Mersing

*mcm terlambat je nak cite pasal vacation ke Pulau Besar tu, tapi nak gak, sebagai kenangan sendiri kan*

Kitaorg gi 17 orang, tolak about 6pm from opis. Naik 4 kete. 7 org perempuan, yang balance lelaki. Dan another 6 guys kawan2 Hj. Zainal, smua org JKR.

kami the girls yang excited giler

Ini lah kereta2 yang bertanggungjawab mengangkut kami ke Mersing..
Nasib baik semua pakai diesel,jimat minyak..
-bukan kitaorg byr pun-

org lain sibuk masuk kan brg dalam kete, kitaorg ni lah keje nye

Ikut highway sampai Seremban je, pastu ikut jalan lama. Huhu..masa kat Bukit Putus, dari tido terus terbangun sebab dia pun selekoh amat tajam..*seram owwhhh*

Pastu stop dinner kat Bahau. Seperti biasa, order saja, ada org bayar *semoga murah rezeki Hj Zainal* Pastu terus kan perjalanan. Budget sampai around 12++am, i pun balun tido je lah. Duduk dalam Chevrolet tu sedap je tido.

Sekali kat Rompin, kete stop. Ada accident. Dasyhat yang amat. Vios ngan lori balak. Setengah jam gak sangkut kat situ, tggu derang alih kete smua. Kitaorg dlm kete, masing2 buat analysis, camne eksiden smua...*poyo masing2 nak jadik pegawai MIROS*

Sampai Mersing around 1 am. Kitaorg duduk kat Kg. Air Papan, umah kampung milik en boss. Sampai2 tak ingat pe dah, terus kemas2, carik selimut trus tido. Sebab esok pagi2 terus nak ke Pulau.

jeti nelayan kat air papan *saya lupa nama kg tu*

sementara tggu another trip smpai,kitaorg apa lagi

kitaorg naik bot kat sini pagi2 tu, lepas bfaz trus angkut2 brg smua.

kampung tu best je pagi2, sejuk je..senyap, aman je rasa

sekali trip 13 orang. barang smua angkut 1st trip. punya le kecoh time ni.
nasib baik bot tu tak terbalik tau..


kami yang tak sabar nak ke pulau..
pagi tu smua tak mandi, bersiap sedia nak terjun laut je masing2

ok, done for the 1st part. sambung next entry...

To be Continue....

03 July 2008

CPT Team Building Outing

Pulau Babi Besar... Waiting for Me!!
*iye, nama pulau tu macam agak tak sesuai..tapi dah tu nama dia nak buat camne kan
tapi skrg nama dia dah tukar jadik Pulau Besar -babi takde dh, kena buang pulau sudah-

Petang ni lepas office hour, kami akan bertolak ke Mersing.
Semua 17 orang, naik 4 kereta. Jangka sampai Mersing malam, tido kat umah persinggahan our boss -ye boss kami kaya-
Esoknya pepagi lepas bfast, terus bertolak ke pulau dgn bot ur boss
-terbukti kekayaan boss ku itu-

ni amik kat google, adakah jeti itu akan kelihatan seperti ini? nanti i amik gambar..

Dan aktiviti di pulau telah disediakan oleh En. boss. But for the 1st day, we are free to treasure the island by ourself..
jom main pirate master jom

harap2 air laut itu akan secerah seperti di dalam gambar ini
*yang di ambik di google
tapi rasanya titian tu dah takde..boss i kata dah kena roboh

mintak2 i berjaya amik gambar seperti ini juga nanti, kalau lagi cantik lagi bagus

Kat pulau tu kami duduk kat umah bos kami -ye..ye dia banyak harta-
Umah kampung..so percutian kami ini akan menjadi sangat sempoi, mcm duduk kat umah sendiri. Umah tu betul2 depan pantai..
*mesti sejuk malam2 kan, ke panas erk?

~ekwan kena tinggal 4 hari kat kl sorang2, semalam dia ngada2 saje mengedik buat ayat kesian, sampai hati i tinggal dia smua...manja lah tu konon, nanti dia gi family day pun i kena tinggal gak..
*ye tunang saya adakalanya manja terlebih

02 July 2008

Dayu amat Teruja!!!

I'm just can't wait for the Trip!!

Tak sabar nak mandi laut -lantak la hitam pun itam lah-
*spf bape nak beli ni? 25 cukup power ke?

Memancing?

Snorkelling!!! -love it-

Rafting? Caneoing?
*aarggghhh!!! just can't wait..lama tak main ni

kita ada BBQ tak nanti? masuk dlm pakej tak?
*request je lah kat chef tu nanti,kalau tak nak buat pe ikan2 kita pancing nanti kan

nak panjat bukit? boleh je

jogging tepi pantai pagi2...bestnya!! Dayu suka!!
*barefoot je bleh tak?

ada survivor shooting? bleh join main game derang?
*seronok betul tu

And the most best part..it full sponsored ok!!
Cuti-cuti FREE lagi Cik Dayu.

*Dayu excited giler. Nak pack bag malam ni bleh tak?

17 June 2008

Celebrate them : Jeri's Wedding

-excited nak post ngan broadband ku ini-

Everything was happened on last weekend (13th Jun 08)

Kan last week i gi Kuantan ngan Ekwan, ada kenduri kawin nak kena gi. Hebat tul majlis dia. Dewan dia semua!! Macam takjub jap i, terus terasa diri ku macam amat outdated. Yelah baju org lain semua mcm grand semacam je, i pakai baju gi opis je -hahahahah...kutuk diri sendiri-

Majlis start kul 8.00pm tapi pukul 7.50pm baru kitaorg gerak dari Bandar Puast Jengka ke Kuantan -harus la lambat kami smpai kan-

Luckily ada lauk lagi...tapi seronok gak, dapat borak2, amik gmbar puas2 ngan pengantin...

Here presenting the Bride & Groom, Diela & Jeri

pelamin mereka yang penuh satu stage. mereka sanding 2 couple ngan cousin Diela *semua bunga2 itu bunga hidup ok

love the cake!! amat lawa. nak cake camni gak for my wedding

kami bersama mereka
* i'm look so fat!! tak suka!! tak suka!!!

Jeri takut nak cium Diela time photographer tu suruh. takut kena kutuk ngan member2
*takmo lah amik gmbar cmni nanti -dayu malu-


acara wajib -mengedik amik gambar berdua-
*esoknya Kak Era ngan mak Ekwan belek2 kamera ni...adoi malu lak rasa

time ni tinggal family pengantin je tapi kitaorg lak mcm tak reti2 nak blah
*suka hati kitaorg la kan

Overall, majlis derang mmg best. Terus i ngan Ekwan terasa nak buat kenduri kawin kitaorang nanti malam -alahai gedik nya kamu- Bukan pe, mcm best je buat malam, ngan lampu2 yang pasti akan lebih mecantikkan gambar.

*bleh tak nanti nakrequest tetamu i pakai baju ikut color theme...*