Showing posts with label Vito saya. Show all posts
Showing posts with label Vito saya. Show all posts

29 October 2008

Saman ohhh Saman

Isskkk..baru je nak senang-lenang, tak mau fikir pape. Nak concentrate keje konon.
Sekali tengahari ni En Ekwan sms 'kita ada problem besar. tak boleh amik roadtax. Blacklisted'

Arggghhhh!!!! Sudah..
Memang lah tau kita ni banyak saman tak bayar, ingat kan lepas.
*ko ingat PDRM sengal ke dayu???*


Arrgghhh!!! Rasa nak menjerit.. Punya lah melambak saman ni. Tak kan nak settle kan semua sekali gus, makan roti cicah air lah jawabnya.
Tapi rasanya bleh dapat kurang 50% ni.
So esok kena mintak half day, nak kena gi Bukit Aman.

Habis la duit saya bulan ni..
'uncit..sharing is caring kan?? *wink..wink*
tak kira, kena bayar sama, tu yg kat speed trap kat Temerloh tu, kamu yg buat..

24 October 2008

Birthday Vito

Hari ni Vito genap setahun Vito bersama kami. Bawak kami ke hulu-hilir dengan rela.

Mahal tul hadiah si Vito ni. Sampai beribu. Tapi takpe lah kan, kata kesayangan hamba, segala keinginan mu ku turutkan.
Pagi2 pemilik bersama Vito telah call *aiyyaaa, kaco wa punya tido la lu*
'uncit, mana branch MAA terdekat?? org kat masjid jamek ni'

Dia ingat saya ni google ke hah?? Mmg lah maklumat di hujung jari. Tapi nak kena on V30 semua, isskkk..iskkk..malas nya saya tau, Tapi demi dia dan Vito, celik la biji mata ni.
So the nearest is at Level 4 KLCC, tak pun MidValley, tak pun kat Menara MAA Jalan Dewan Bahasa. Pilih la nak gi mana ye encik ekwan *saya nak tido*

si vito yg sentiasa menurut perintah

Dan tadi en ekwan call lagi 'insuran setel dah. semua rm1k. org minta diskaun. tinggal nak amik roadtax je kat bank'
Bleh eh mintak2 kurang?? Bagus..boleh guna peruntukan lebih itu untuk beli perfume *sudah abis ma yg lama*

So sekarang Vito dah dapat kebenaran untuk terus berlegar-legar di atas jalan raya tanpa sebarang rasa cuak kalau terserempak ngan pak polisi. Jom kita ronda!!!

Tapi sian Vito tau, asyik jalan je. Mileage dia dah melampau melebihi apa yg dijangka.
Baru setahun dah sampai 40k. Kalau ikut service schedule yg perodua bagi, patut taun ke-3 baru 40k. Ni tak sampai setahun dah 40k *kuat kan kami merayau*

Vito ni best..dia baik, selalu bawak saya jalan

Mana je lagi Vito ni tak sampai. Semua tempat dia dah gi. Utara, Selatan, Barat. Timur semua dia dah pergi. Jalan je keje dia tau.
*owwhhh, pasti jap lagi kamu mintak kasut baru kan vito kan*

vito, kamu suka saya ke dia ni yg bawak kamu??
saya lagi berhemah kan dari dia *tapi dia yg selalu mandikan kamu, saya tak pernah kan*
bawak kamu gi klinik tiap bulan pun dia jugak kan..
kalau kamu sayang dia lebih...saya redha je lah.
dia kan lebih caring kat kamu, saya tahu pergunakan kamu saja

-bengong..mcm la kete tu tahu luahan ko ni dayu oiiii-