Showing posts with label skirts boxers. Show all posts
Showing posts with label skirts boxers. Show all posts

28 January 2010

New Year BBQ Party

Jangan percaya ngan tajuk tu. Kalau korang percaya, entry ni akan jadik entry paling basi pernah dikeluarkan. Dah nak masuk bulan 2 beb, pe kes nak buat entry 'new year' lagi.

Idea nak memanggang dan membakar ni dtg dari Puan Ummi Naziha, bila mana dah terlalu banyak program terancang yang dibatalkan. Ingat nak gi ber'surfing kat Sunway Lagoon. Tapi ramai tak bleh bagi komitmen. Aku lagi lah frust.. gi Sunway, jadik tukang amik gambar je lah nanti. Hampa la aku tak dpt nak terjerit2 main slide2 tu.
Bila dia bagi idea ni.. smua mcm ok je. Siap dah bagi2 tugas dah *kami mmg begini, barulah lg meriah* Tapi aku sangat kesian sama tuan punya idea, last minit dia kena gi BTN. Punya lah hampa membe ni. Seb baik kawan-kawan yang lain ni mcm tak kejam. Ikut hati nak je trus upload gmbar kat FB, tp demi tak nak dia menangis lebih2 kat kem tu. Kita simpan je lah dulu.

Event mcm jadik makin menarik bila idea official shirt diutarakan. Seminggu masing2 semangat buat design. Bagus kawan-kawan aku. Aku tgk dr jauh je sbb idea mcm tak mari. Yang paling aku kagum, perancangan tu berjaya dilaksanakan. Dapat gak pakai masa BBQ ni. Aku je yang tak pakai, sbb aku tak nak jadik nangka kena sarung. Dah besar dah Sal & Hana pilihkan.. maka, jgn nak sangkal lagi. Sememangnya aku yg kembang tak ingat dunia.

Nah.. lihat lah sendiri.. *aku mcm nyampah siot tgk gmbr ni*

*aku sarung baju ni, semata-mata nak amik gambar ni*
perrghhh!! giler besar ko dayu.. takut siot tgk diri sendiri. siyes, lepas ni breakfast oat je lah aku jawabnya. malam mkn sup sayur je.. nekad ni

Majlis diadakan di rooftop umah Salwa & Syafiq.. lokasi yang menjadi pilihan ramai. Terbaik tempat ni. Dah lah angin punyalah kuat malam tu. Dah aku feeling mcm BBQ kat tepi laut je. Janji 4.30pm, tapi kul 6.30pm baru aku ngan Ekwan sampai. Dah lah yang kena bawak BBQ pit tu kitaorg. Mahu tak kena marah.. hahaha, tp akak sengih je. Tak kan la membe sampai hati nak marah si buyung ni lebih2 kan.. Mintak ampun kawan-kawan..

jgn smpai dpt warning letter dr management sudah.. kalau tak sian korang berdua. membe2 smua buat bising di luar kawalan. pe, ingat ni kolej kat UiTM dulu ke hah?? terpekik terlolong..

tukang bakar ayam

tukang makan ayam ... tp as baru seminggu lps BBQ kat Port Dickson, aku makan kepak ayam 2,3 ketul je..

sotong.. perghh!! favorite of the night. asal angkat abis..letak je licin..

tukang marinate sotong dan udang, dan tukang bakar sotong.. kerjasama yang mantap. next time, task ni tetap milik korang

jemput makan!! aku tahu, aku sorang tak pakai baju rasmi, sbb tu aku jadik tukang amik gamabar je. makan la selagi korang larat.

*alahai suami saya, malu2 potong kek birthday*

Lepas masing-masing dah kenyang. Dah potong kek..dah makan kek.. kita main game pulak. Lose, Win & Draw. Hahahahah.. sgt kecoh waktu ni. Sampai lupa nak amik gambar. Sangat bising. Dah la lupa tutup main door ke rooftop tu. Mesti org2 kat level 19 tu hangin je. Seronok giler time tu. Gelak tak ingat dunia masing2. Samai lupa yang tadi aku dah pedih-pedih ulu hati. Laki aku jeling2 je, suruh beringat skit. Takut bini dia terberanak kat atas tu..

sara sgt adorable malam tu. dah lah dah reti ckp. seronok je layan dia. S&B Jr pun ada baju rasmi ok. Azeem kat UK tu pun ada. Nasib baik anak aku dlm perut lagi. Kalau tak mau aunty Sal carikkan romper putih kosong bagi dia pakai.

As sewa rooftop tu sampai pukul 11 je. Maka segera la kami mengemas walaupun masing-masing mcm masih syiok layan game 'conteng & teka' tu. Kang kena halau kang, haru je. Ada lagi niat nak terjun pool lak. Macam larat je masing-masing. Kalau korang masuk pool lak, jawabnya tak tido lah penduduk2 USJ One Avenue malam tu. Amik gambar je pun jadik lah. Tu pun korang dah cukup bising tau...

akhirnya..akhirnya berjaya gak memiliki baju rasmi S&B. perancangan last minit gak baru menjadi. kitaorg mmg terkenal begitu. pe yang rancang awal2, smua cancelled. BBQ ni seb baik berjaya gak direalisasikan.
ok, aku eksyen je lebih ngan baju,mana muat nak sarung siot

as usual, sesi bermanja terlebih ngan pasangan masing2 harus ada
apsal jadik tangga gambar ni??

26 July 2009

kena asah bakat lagi la

*sudah malam, tp mcm tak reti tido, ada lak kawan nak teman..lg lah menjadi*

Sudah terima raw picture photoshoot bersama S&B. Ohhh.. kini gigih mengadap photoshop, mau edit gambar2 tersebut *sekadar mengikut kemampuan* sbb servis adalah tidak termasuk penambahbaikan gambar.

Ada yang mau bantu??? *kalau ada yg sudi... bgtau eh, sgt akan berterima kasih*

ni buat cover album bagus gak ni

sgt jatuh hati sama ini picture *trus jadik kan background lappy*

yang ini juga suka. rasa la nanti pening paler mau pilih yg mana nak print besar2 gantung kat dinding umah..

Rasanya akan sangat tidak sempat mahu meng'edit sendiri. Hmmm... sape rasa rajin nak tolong editkan, bagitau lah eh.. nanti kita pass gambar thru email, kita tak sempat dah nak edit.. bakat pun takde sgt..tolong eh.. *ayat bodek baik punya*

ni je yang sempat edit..

20 July 2009

peristiwa pelbagai rasa

Mencari masa untuk buat entry baru, tp mcm takde masa. Hati pun mcm tak bape tenang, maka nak menulis pun mcm tiada mood *hati masih gusar*

Tapi aktiviti semalam bersama S&B adalah sgt menyeronokkan. Sampai ilang ingatan sekejap ngan masalah yang melanda. Bertemu dengan manusia2 paling banyak kerenah atas muka bumi pasti lah keje nak gelak je kan. Dah la dah lama tidak ketemuan, harus lah mulut masing2 tak reti nak tutup mulut.
Kami menjayakan acara yang telah dirancang dari awal tahun. Punyalah susah nak make sure smua org ada dan boleh join. Yelah, sorang kat UK, sorang kat Mina, kena lah tggu time derang cuti kan. Kena lah smua ada baru seronok tahap maksima infinity. Baru lah best nak buat perangai giler2 yang buat suami aku geleng kepala tgk bini dia tapi akhirnya dia join sekaki. Tapi ni pun,last minit ada yang tak dapat join. Keje kan, nak buat camne.

We called it S&B Grand Photoshoot. Heheheheh... nak gantikan gambar lama ini.

Sbb macam dah tak relevan nak gantung kat dinding umah masing2. Gambar ni dah taraf masuk album simpan elok2, tunggu masa tunjuk kat anak2 je. Sambil kata 'mak zaman anak dara comel kan?? tu yang bapak ko tergoda tu' Hahahahahah....
Nak tayang kat umum sgt dah tak sesuai. Time ni smua muda remaja, takde lemak berlebihan di sana sini. Masing-masing pun masih pegang status 'cik'. Sekarang almost smua dah jadik 'puan', dah gelek anak pun ada. Maka, sila lah update gambar anda ye...

uiiihhh nape dulu ko mcm putih terlebih dayu??

Setelah puan ummi upload gambar ni di FB, dan masing2 muncul dgn komen2 yang sgt membina, Pn Salwa selaku Yang Dipertua terus berusaha mem'booking en Fid untuk merakam aksi kami mengedik bersama. Kena carik photog yang handal, yang mampu mengawal 20 orang dewasa dan 2 orang makhluk kecil yang ligat dalam satu sesi. Kalau silap pilih, mau pengsan dia nanti. Kang tak sampai 10 shoots terus surrender kang. Hahahaha... tapi kan, kami ni senang la diuruskan. Pandai pulak mengikut arahan. Tu yang satu aksi sampai 10 shoots tu. Bagus kan kami..

Sesi Outdoor adalah sgt menyeksakan. Sangat terik. Tapi masing2 mcm steady je, peluh dah berliter kuar tapi rileks je pose sana, pose sini. Flip2 rambut..buat muka paling comel, gelak mcm org tak betul...tapi demi memastikan gambar yang terhasil adalah terbaik, masing2 sengih je dalam panas terik. Tak menyesal la Fid keje ngan kitaorg.. sbb sgt berdisiplin...

dalam perjalanan menuju ke lokasi pengambaran *mekap adalah hasil sentuhan sendiri, yg last minit buat sbb bgn lambat dan kena marah sbb tak membeli bulu mata palsu* rambut laki saya adalah cacat tapi sbb dia feeling ok, lantak kan je lah

sesi berusaha menimbulkan effect kurus yang rasanya macam gagal. ohhh, sgt la berpeluh kala ini...

suami saya kata 'kita cuba angle ni lak yang, nampak kurus tak awak' aku senyum je layan kan kehendak suami, tak ikut derhaka beb

arnab zuray yang amat mengiurkan. mahu je ramas2. owner dia kata nama dia 'banana' tapi dayu kata kat semua org 'panggil dia bugil' jgn tanya kenapa, sbb mcm suka

Hari adalah sgt panas. Dan kami semua sangat kehausan. Air adalah sgt didambakan. Tengok air tasik pun mcm sedap tapi kami masih normal, tak kan minum air tasik. Tahan je lah. Dengan mengharungi detik cemas bila Jong mula muntah2.. ohhh.. sgt merisaukan tapi kami masih juga maintain berposing. Ada sikit sifat tak bermanfaat di situ. Tapi bukan kami sengaja, sebab kami tahu dia ada suami yang terbaik, so biar suami dia yang uruskan rasa loya isteri dia tu.

Ohhh..Salwa si Puan Team Leadre sudah email few pictures disebalik tabir semalam. Sangat memahami lah dia ni.

sesi menampal muka dgn bedak agar nanti kelihatan 'wow' di dalam gambar

sebab mekap aku yg paling selenge, kena lah pastikan rambut aku paling best. tapi pa'a kata 'dayu, rambut ko dah mcm baru bgn tido je aku tgk' giler dengki dia ni tau..

kami dah sedia, sgt tidak sabar mahu beraksi ni. mana yg lain ni?? tak siap lagi ke?? *sedangkan sendiri yang lambat*


semua mempunyai sifat semulajadi seorang bapa... bagus.. practice make perfect guys. nanti bila tiba masanya tak payah nak diarah-arah kan..senang je bini kamu

Dan sesungguhnya semalam adalah yang terbaik. Dan lagi menjadi bertambah baik bila Min bagi hadiah kawin.. sangat suka. TQ Min, u mmg sgt bagus lah dlm memilih hadiah untuk kawan2.

selamat duit laki aku tak yah belikan bini dia perfume sampai taun depan. sgt best la bau paris hilton ni, rasa mau simpan dkny tu dan guna yg ini...

Fid kata bagi dia 3 hari untuk dia pass kami dvd raw pictures. Maka, weekend ni akan terima. Boleh pilih untuk dia edit dan print. Ohhh..sgt tak sabar lah... harus membeli frame dengan segera ni..

Sedikit ulasan mengenai Fid... ohhh, dia sgt profesional. Ko kena gigih memberi pose terbaik, selagi dia tak puas hati, sila la buat lagi dan lagi. Membuat aksi terlompat2 dengan 9 org di dalam satu shot.. bayangkan betapa susahnya nak dpt shot terbaik, tanpa seorang pun yg mencacatkan gambar. Maka, sila lah lompat lagi ye,walau dah 10 kali ko lompat. Jangan berani ingkar. Tu baru 9 org.. bayangkan sendiri.. 19 org beraksi untuk satu shot.. ko agak2 bape kali fid suruh kitaorg buat lagi.. tu yang sampai peluh berliter-liter tu.. ohhh, sgt berharap, hasilnya nanti akan jadik yang terbaik.

Caj?? Kira per hour, kami hire dia untuk 3 jam, tapi terlebih pakai jadik 5 jam lebih. Tapi kawan2, dia kata '3 jam dah lah' Sangat beruntung di situ. Kami ada 20 orang, dan seorang perlu bayar seorang rm35. Maka, jumlah penuh, sila kira sendiri. Dan itu hanya upah amik gambar saja ye. Print lain harga.

Ok..cukup.. nak gi photoshoot bersama BKJ lak di putrajaya. Bye..

Note: Kejadian penuh rasa ini berlaku pada 19 Julai 2009 di Shah Alam.

23 December 2008

They are married!!!

Selamat Pengantin Baru Shah + Hana
*korang penutup majlis S&B untuk 2008 ni*

All gathered at Seremban R&R, scheduled on 10am, and amazingly, all been punctual. Tahniah S&B!! *1st time ni, selalu lambat je, cuma Pijan je lah terlambat skit kan*
Ekwan only took 30mins from Hartamas to Seremban, so kalau dpt saman sila la pegi membayar ye En Ekwan. Jangan mengelat
So, berkonvoi lah 5 kete ni ke Batu Pahat, Johor. Dan sila lah semak speed trap ye, kamu semua bawak kete mcm pelesit, ada sedar kah?? Dari KL smpai Pagoh, habis smua kete kat lane kanan korang halau ke kiri *tak sedar diri, memasing bwk wira ngan myvi je pun*

Sampai tepat pada masanya, rombongan Shah pun je tiba. Ohhh, ada acara 'membayar tol' Amat seronok ni. Adat di Johor sungguh menarik ye. Nanti majlis sendiri pun kena apply ni.

Tol Pertama.. Sangat seronok melihat pengantin diusik habis-habisan

Tapi sekejap je memerhatikan mereka bergurau senda. Sebab Dayu menjaga Sara sementara mak bapak dia makan. Tapi seriously, Tol ni memeriahkan majlis. Alah, sampul tu buat syarat je. Bukan semestinya kena isi banyak2, RM 1 je pun boleh dah. Asal ada org kata.

ohhh, Sara terpegun melihat uncle Shah ye *mata sara dah bulat*

While pengantin bersanding di atas pelamin, kami pun memenuhkan perut masing2. Ohhh, sgt meriah lah majlis ini. Ada budak2 bersilat, menari zapin semua. Dan sebelum pengantin dibenarkan makan beradab, derang kena joget lambak sekali ngan bdk2 tu *amat best tapi tak sempat amik gmbr sbb kena pegang the babies*

Raiyan si tembam ni suka sgt melentok2, asal org dukung je dia landing kepala kat bahu kita.

S&B bergossip sementara tggu pengantin free untuk bergambar. Teras mau makan lagi sekali sebab nasi dan lauk dia sgt sedap, tp sedar diri kan, batalkan la niat tu

amat suka melayan + mendukung Raiyan walaupun dia berat. tengok tu muka dia..

dan kami akhirnya dpt mengedik di atas pelamin bersama pengantin

Dan perjalanan balik ke KL adalah memenatkan, sebab jalan penuh. Dan malamnya, berlakulah peristiwa tertinggal hp di Mc'D itu. Tapi saya suka tgk kawan2 bahagia...
-owwhh Pijan hadir bersama Chot, cinta lama berputik kembali-
Default setting katanya...

04 November 2008

Lagi kisah bergambar S&B

Baru je dapat email dari Salwa. Dapat lah gambar from her camera. So tengah tunggu umi punya je. And gambar kat pool semua ada dlm kamera umi.

tengok raiyan tu, menjeling semacam

dayu tengah memilih nak telan cupcake yg mana dulu

ni ko mmg betul2 rajin membantu ke lakonan semata ni wak?

mmg berbakat en ekwan ni..*saya suka*

03 November 2008

Bersama S&B

Monthly gathering kami yang menyeronokkan.
Sesi makan-makan yang amat memenuhkan perut *failed diet aku*
Sesi yang penuh dgn gossip-gossip hangat di pasaran *sesi ni paling seronok wehh*
Dan kali ni aktiviti bermain air juga berjaya dilaksanakan..
*Pn Umi dan Pn Salwa, sila email gmbar tersebut segera kepada saya ya*

Mr. Raiyan Raessh yang sentiasa mencuri perhatian

Faiz's Cupcakes By Salwa

sesi makan kali ke-2 as Umi's Nasi Lemak arrived

Raiyan and his Uncle Ahmad

sian puan salwa, tak sempat nak terjun pool sebab asyik kena kemas meja je
kawan-kawan tau nye makan + selerak kan meja

sesi melayan the babies..seronok mak bapak korang, nak makan semua ada je org nak jaga anak. tengok la nanti kalau dah ramai, tergolek-golek lah depan tv

bestnya peluk raiyan..

rumah mereka lah yang telah kami terjah
*next gathering, kumpul umah korang lagi eh..umah korang best*

31 October 2008

Imbau Kenangan : S&B

Saya kena gi Kelantan & Terengganu. Kali ni mmg betul, nak serah tapak kat kontraktor
Maka terpaksa tak dapat join gathering S&B ahad ni. Benci tau!!!
Oleh itu, saya tak suka. Sebab saya yang beriya merancang program perjumpaan bersama bulanan itu. Apa kes organiser tak datang ni??

Oleh itu, saya nak buat sesi mengimbau kenangan bersama mereka. Sebab saya amat teringin nak duduk bergosip dgn mereka Ahad ni, tapi kerana tuntutan kerja, semua impian belaka *ayat poyo dayu dah kuar*

Belakang(L-R): Salwa, Dayu, Pijan, Min, Pa'a
Duduk(L-R): Cat(dibatalkan penyertaan kerana khianat), Zuray, Jong, Ummi

the girls: kami sewaktu berusia 21 tahun. baru tamat diploma.
beriya amik gambar ramai-ramai kat studio, konon takut nanti tak jumpa dah lepas diploma
*akhirnya smua kat UiTM tu gak, muka2 ni gak ko ngadap 2-3 lagi*

celebrate birthday salwa & zuray kat mc'd *yg ke bape?? tak ingat*
tapi time ni masih diploma -muda belaka lagi tau-

our first vacation together kat Pangkor *setelah hampir bertahun merancang, berkali-kali membatalkan program* lepas tamat degree ,konon meraikan kemenangan setelah bertungkus-lumus 5 tahun di UiTM sebelum masing2 jadik giler layan dunia keje pulak
percutian 3 hari 2 malam kami yang amat menyeronokkan
Apsal ko sorang je gelek mcm tak ingat dunia ni dayu??
-December 2006-

kami dalam KD Jebat kat Pangkalan TLDM kat Lumut, sementara tggu feri nak bawak kami ke pulau, pihak TLDM bawak kami tour kat markas derang
rasa sgt eksklusif ko, siap van TLDM dtg amik kitaorg lagi kat jeti tu
*thanks to Pa'a, kata officer Palapes kan*

kami dalam bot nak snorkelling
*cerianya masing-masing*

ni lak tour dalam Istana kat Lumut tu sementara nak tggu bas nak balik KL
kami mmg dpt lawatan tahap VIP lah, siap bilik tido smua kitaorg dpt masuk, bukan setakat masuk, siap golek-golek lagi *again..thanks to pa'a*

our 1st gathering lepas tamat zaman bergelar student di UiTM on Min's Engagement *saya sudah berjaya menambah ketembaman di pipi*
-Jan 2007-

and then on salwa's engagement. time ni mostly smua dah bertapak semula ke KL.
senang nak ketemuan, namun masing2 dah byk komitmen lain. bukan mcm zaman student,ko cuti, aku cuti.. bila dah keje, masing2 ada schedule sendiri
-Julai 2007-

Then masing2 start gedik, semua sibuk nak kawin. Ni 2nd wedding of S&B. It's Umi and Wak. 1st is Pa'a+Mozek on Ogos 2007 *lupa scan gmbr lah*
-September 07-

Latest wedding of S&B: Helmi + Yazmin *min used to be s&b mother, skrg Sal amik alih, tapi lately Hana amat berkaliber nak jadik s&b mother..hahahahaha, hanya kami yg tau*
-Jun 2008-

Semua dah beralih fasa kehidupan, berubah status juga rupa fizikal *tekanan yg amat ini hal*
Tapi semoga kemesraan+keintimam kita tetap maintain kan, walau nanti ko dah beranak 3..bdn juga sudah tak seramping dulu

-girls, jgn smpai tak jadik vacation kita tu-

edited:
tak jadik gi kelantan sok, gi lagi 2 minggu time TNC projek terengganu. so esok bleh gossip ngan s&b