12 May 2011

Bukan senang nak jadik budak besar

2, 3 hari ni Eisya adalah asyik meragam. Nak tido merengek-rengek sampai kepenatan baru nak lena. Pastu tido pun tak berapa nak lena. Kejap-kejap merengek. Panas mungkin juga. Berpeluh-peluh tido. Sudahnya aku tanggalkan je baju. Tido la dia berlenggeng gitu.

Tapi aku yakin dia tengah tak selesa sebenarnya. Tengah sakit gusi sebab gigi atas nak tumbuh.

Dan malam tadi mmg paling maksima agaknya. Dia tak mahu menyusu, sakit agakya kalau nak menghisap. Sudahnya kena bagi minum pakai sudu. Laju je dia minum, macam kebulur pun ada aku tengok. Nasib baik bila suapkan nasik, roti semua dia nak gak telan. Susah giler nak tidokan dia, nak dekat pukul 11 baru lena. Tu pun lepas puas merengek. Air liur meleleh-leleh. Bibir pun merah je.

Alahai, susah kan nak jadik orang besar.

Tadi aku google-google, katanya Gripe water membantu menghilangkan sakit gusi budak nak tumbuh gigi ni? Sape ada pengalaman, boleh kasik share. Apa je korang buat nak tolong anak korang yang tengah sakit gusi nak tumbuh gigi? Aku kesian giler tengok Eisya malam tadi. Aku tahu dia tengah sakit gusi tapi aku tak tahu nak buat apa. Ada ke apa-apa gel yang boleh kita sapu nak bagi dia tahan sakit??

Pagi ni pun aku angkut dia gi opis sebab kesian nak hantar dia ke nursery. Risau orang tak terlayan ragam dia yang tengah sakit nak tumbuh gigi tu.

*balik nak beli gripe water la. cha pun selalu gak kembung perut

11 May 2011

Eisya

*ini entry yang dah tersedia dalam list entry, tunggu masa je nak publish*

Kereta kami sekarang adalah penuh dengan segala macam barang. Barang aku, barang Ekwan dan yang paling banyak adalah barang Cha. Dari kasut, toys, baju, pampers.. semua ada. Tu adakalanya segan nak ajak orang naik kereta, bersepah. Tapi kebanyakannya barang budak kecik tu lah. Kasut je 2,3 pasang dalam kereta mengalahkan ibu dia.

Sekarang agak senang lah nak bagi dia tenang dalam kereta. Kalau dia tak mengantuk la, kalau dia dah mengantuk memang serba tak kena sebelum dia lena tu. Waktu-waktu biasa, bagi je dia buku-buku ni, ralit la dia membelek. Yang kelakarnya, kalau kita nak bacakan sambil selak kan buku tu dia macam marah. Dia nak buat sendiri.

Besar sangat lah tu ..

rajin anak ibu baca buku (:

*skrg aksesori dalam kereta akan bertambah. sepasang baju di kala emergency andai kata Eisya bagi hadiah kat ibu dia. tak lah aku ber'perfume kan muntah sepanjang hari macam semalam