15 February 2016

Tahap Kemaruk Adalah Kritikal

Lamanya tak berupdate blog ni. Kesian dia. Tuan dia busy sangat menjahit sekarang ni. Asal ada masa je hadap mesin, sanggup tak tidur demi nak menjahit. Kemaruk berada di tahap paling kritikal sekarang ni. Ikutkan hati banyak benda nak share dalam blog tapi tu lah.. Asyik je lah tertangguh. Sebulan 2 ni, memang citer hal menjahit je lah kat blog ni. Semangat tengah membuak-buak kan. Semoga kekal istiqomah lah semangat ni. Barulah proposal nak upgrade mesin jahit tu diluluskan. Nak dapatkan bantuan peruntukan, justifikasi kena strong.. Tapi Ekwan kata aku ni selalu sangat, awal-awal je semangat lepas tu berkubur.. Huhuhu.. InsyaAllah semoga minat menjahit ni kekal lama.

Seronok menjahit ni. Lagi-lagi ada anak pompuan. Boleh jadik model segera. Siap je baju terus suruh anak sarung. Time mood 2 ketul tu rajin nak melayan kemaruk ibu dia, tadah je lah badan. Time malas, puas ibu pujuk.. Tak juga dia nak sarung.. Tapi menjahit ni memang seronok. Bila dah siap baju tu, alahaiii.. dia punya teruja tak reti nak kata. Rasa kagum sangat kat diri sendiri. Rasa tak sangka, pandai jugak aku menjahit rupanya.

A-Line dress untuk Eisya. Hasil kedua selepas Izzy Top untuk Elma terhasil. Kualiti jahitan bertambah baik. Dah paham sikit nak cantum kain, wrong side, right side... kurang sikit kejadian menetas semula jahitan sebab tersalah jahit.

Sekali lagi cuba buat Izzy Top dari Climbing The Willow ni. Izzy top ni memang super best. Dan agak mudah nak dijahit. Aku siapkan dalam 2 jam je baju ni. Kain dah potong siap-siap. 2 jam tu untuk sambung kain je lah. Aku rasa memang koleksi Izzy Top Eisya dan Elma akan bertambah selepas ni, Aku dah masukkan dalam list baju raya budak- 2 ketul tu Izzy Top ni.

Dan bila selongkar makin dalam google tu, makin banyak free pattern girls clothing yang aku jumpa. Makin kemaruklah jadiknya aku. Semua baju aku suka, semua baju aku rasa nak buat. Rasa macam hebat sangat pulak kan, rasa semua baju boleh buat. Hahahaha... Tapi seriously weh, kalau tengok tutorial kat blog, video-video kat youtube tu. Macam mudah je. Lagi-lagi blog omputih, perghh.. derang punya kualiti blog dengan video memang awesome. Orang yang zero knowledge pasal menjahit ni pun boleh paham, apakan lagi kalau dah ada basic skill. Dan satu lagi yang aku suka, diaorang tak kedekut ilmu. Selamba je bagi free pattern. Siap bagi kebenaran kalau nak meniaga atau jual baju yang dihasilkan guna pattern yang dia bagi free tu. Asalkan jangan lupa tag atau bagi dia credit je. Bagus kan.. Blog-blog kat Malaysia ni kadang, nak copy resepi pun tak bagi. Siap kat side bar bagi notis peringatan lagi. Maka, newbie macam aku ni. Selongkar je lah alam maya tu, macam-macam ada. Free pulak tu.

Hasil sterusnya, Aku rasa setiap minggu kot budak-budak ni dapat baju baru. Sementara mak tengah kemaruk kan.

Pleated Square Tunic Dress untuk Eisya dan Peplum Dress untuk Elma. Both dress aku buat guna pattern free dari ShwinandShwin. Free pattern yang dia bagi semua best-best. Aku rasa aku bakal cuba semua pattern yang dia share. Tapi kena pandai lah adjust sizing tu, Yang penting dia nyer struktur tu. Tetap kena ukur semula ukuran anak kita, pastu ikut lah nak tambah atau kurangkan inci.

Elma in her new peplum. Ikut pattern asal, ni top. Tapi Elma kan tak bape tinggi so jadik dress lah. Peplum Top ni. Peplum ni pun dah masuk dalam list baju raya Eisya dan Elma. 

Gambar Eisya dengan tunic dress tiada. Gambar tiada untuk diupload. Ada kat handphone Ekwan. Next entry lah tunjuk pleated tunic Eisya tu. Takdelah blog aku tak berupdate sampai berminggu, 

**Sekarang ni, asal lipat baju, tengok baju kat kedai, mesti aku belek dalam dia., Tengok macam mana dia jahit kat dalam tu. Hahahaha.. 

02 February 2016

Dayu Kemaruk

Orang kalau tengah kemaruk, gini lah. Memang dia hadap benda tu je. Samalah macam kes aku ni. Memang asal ada masa, bukan bila ada masa. Tengah buat keje lain pun otak dok pikir nak menjahit je. Memang berbaloi beli mesin jahit aku ni. Ni beli mesin murahan ni, kalau beli yang tahap advanced mesti lagi kemaruk. Keje aku sekarang memang google segala macam tutorial dan free pattern je. Nak beli pattern mahal weh, manfaatkan segala benda yang orang share secara percuma. Antara pattern yang aku cuba adalah Izzy Top dari blog ni:


Tengok tutorial, tengok baju tu macam senang je nak buat. Baju pun menarik. Sesuai sangat buat untuk Eisya atau Elma. Terus aku print pattern tu dan potong kain. Semangat weh, siap bawak kain potong kat opis masa rehat panjang hari Jumaat. Tinggal tak angkut mesin je. Belum sampai kemaruk tahap tu lagi. Tak sabar aku nak tunggu weekend, nak menyambung kain. Budak 2 ketul tu boleh lah tidur lambat. Tahulah hari Jumaat, esok cuti. Masing-masing seronok bergurau senda tak reti nak tidur. Pukul 11 Elma tidur je terus aku masuk bilik mengadap mesin. Eisya pun join sama. Eisya pun bukan main excited kalau tengok aku kuarkan mesin. Sibuk nak menjahit sama.

Walau baju tu macam senang nak buat, walau owner pattern tu kata baju tu hanya memerlukan beginner sewing skill, 2 malam jugak aku hadap nak siapkan. Dengan mesin aku tak boleh jahit jelujur, nak gather kain kat bahagian dada tu. Dengan gigihnya aku jahit secara manual. Tapi sebab kemaruk, aku tak kisah korbankan masa tidur aku. Demi nak siapkan baju tu. Bila dah siap, fuh.. dia punya bangga. Terus ambik gambar upload kat Facebook. Hahahah.. Kemaruk katanya. Dan esoknya, anak bangun je terus suruh mandi. Pastu suruh sarung baju baru. Nasiblah anak aku yang sorang ni tak banyak songeh, dia sarung je. 

Terus bawak gi main kat playground.


Baju ni sebenarnya top bukan dress. Dan plan asal nak jahit untuk Eisya. Dah potong pattern ikut size 5 tahun, tapi mungkin aku silap print pattern, sizing dia lari sikit. So bila nak sambung kain front bodice ngan back bodice, dia lari. Terpaksa lah aku potong kain tu adjust kasik kain tu boleh disambung. Bila dah potong-potong semula, terkecik lah kain tu. Nasib muat untuk Elma. Eisya siap dah tulis nama dia lagi kat kain skirt tu. Sekali bila siap, bukan untuk dia. Huhuhu.. Nasib dia tak sentap. Bila Elma pakai dah macam dress lah pulak jadiknya.

tengok macam selesa je dia bergerak, turun naik tangga, main gelongsor. 

Aku guna english cotton unt bodice dan kain flennel untuk skirt. Kain flennel tu aku beli kain remnant kat Kamdar, RM1 je dalam 0.7m. Cukup-cukup untuk buat skirt tu. Perasan tak skirt tu macam senget sikit sebelah kanan, kanan tu terpendek sikit.. hahaha.. balun je lah, kalau rajin aku betulkan. kalau tak biarkan je,. Tapi nampak gaya macam tak rajin je, sebab dah terfikir nak jahit baju lain pulak.. Kali ni untuk Eisya.