02 July 2010

i'm not single

Petang semalam, di kala menemankan En Ekwan minum nescafe di kedai mamak. Macam membazir je kan, macam kat umah takde nescafe. Kat umah lagi macam-macam ada, cakap je nak apa. Tapi kalau minta milo memang takde, sebab kita mana suka minum milo. Apa kes nak beli milo. Tapi sebab dia takde kunci rumah, dan isteri dia ni masih belum tiba, kena lah singgah minum kat kedai ka, tak kan nak bertenggek depan rumah.

Bila dok sibuk suruh dia minum cepat-cepat sebab nak gi amik Eisya, dia tiba-tiba 'tgk tangan kiri awak' Hah?? Ni apsal tiba-tiba nak tengok tangan. Tapi saya kan patuh, terus letak tgn atas meja dan terus tanya 'kenapa?' Dia jawab 'tak pakai langsung dah smua cincin' Huhuhu.. hilang kemitahlian aku jap bila menjawab 'alah, awak tu pun tak pakai pun cincin kawin' Pembelaan diri harus dilakukan. Bagi lagi hujah-hujah yang menyakinkan, kalau boleh yang tak boleh dibalas semula 'takut terkena kat chacha la yang, batu dia tu' Tapi seperti biasa, harus hujah dia yang buat aku diam 'kat umah bukak la, gi keje pakai'

Dan pagi ni aku dah sarung semula cincin kahwin itu.

Lagi 2 minggu aku akan berinduksi. Meninggalkan anak dan suami. Tinggal suami takpe sangat, dia dah besar, pandailah jaga diri. Nak tinggal anak tu yang seksa tu. Tapi jangan pikir sangat. Nanti haru. Dan pada suatu pagi, dia tiba-tiba berpesan 'hah, nanti kat Melaka jangan nak mengaku bujang lak, ada anak dah awak tu' Wahh, apa ingat cukup berani ke nak mengaku bujang?? Jangan buat pasal. Ohh, suami saya berasa tidak secure ke?? Macam ada unsur humor lah di situ. Apalah yang hendak dirisaukan. Isteri kamu ni takde masa nak mengaku bujang, nak mengatal bagai. Tak rajin nak buat pasal. Dah berlalu zaman-zaman nak mengedik ni weh, skrg adalah zaman berusaha menjadi yang terbaik untuk suami dan anak. Biar diri sendiri menderita, asalkan mereka berdua gembira, bahagia. Sendiri tak cukup tido pun takpe..yang penting anak tak kebulur tengah malam. Itulah keutamaan kini. Takde peruntukan masa nak test-test market, buang tebiat ke apa.

Apalah faedahnya nak mengaku bujang. Kalau dah status tu 'Married' tak payah lah gatal-gatal nak kata 'i single lagi' Itu saja mencari nahas namanya.

Dan silalah hormati ikatan perkahwinan tu. Jangan buat main. Ingat senang ke nak dapatkan status suami isteri. Dah rasa susah payah camne nak kawin kan, yang tiba-tiaba ngada-ngada nak kata bujang lagi apasal?? Menyesal kahwin?? Isskk, jangan. Jangan buat macam tu. Tak bersyukur pun iya jugak. Dan yang paling penting, tak baik menipu. Kalau sendiri tak suka kena tipu, kenapa nak tipu orang lain?? Silalah jujur ye. Jangan tipu status anda yang sebenar. Takde faedahnya. Buang masa, dan buat orang menyumpah seranah je nanti. Jangan rosakkan hubungan yang kini elok, bahagia dengan perangai-perangai tak bijak macam ni. Sia-sia je. Nanti nak menyesal pun takde guna.

So, nanti masa sesi perkenalkan diri, lepas bagitau nama, terus aku nak declare 'saya ada seorang anak perempuan, 2 bulan umur dia. ni sedih je rasa kena tinggalkan dia 2 minggu'

*giler nak ngaku bujang,org tgk pun tau aku ni bini org

12 comments:

  1. haa...ade unsur kejelesan disitu...hohoho...dayu, nad sangat sokong hujah2 dayu..we are not single..so, sila jgn gatal2 nak ngaku bujang ok...hehe...rase bangga menjadi seorang isteri dan juga ibu bukan semua dapat merasa nikmat macam tu kan...papepun, sedih kan nak tggl anak...nad pun mggu depan kena pegi kursus...tinggal hazim...

    ReplyDelete
  2. setuju dengan dayu....
    bukan masa nak menggedik2 dah sekarang...
    perempuan bila dah ade anak, suami dah xde pikir lain, cume fokus yang tu je....xde dh nak meggedik2...

    cincin kawen pun fashya dah jarang pakai da skang, leceh bila nak pegang husna kene bukak, tkut kene kulit mulus die,,hihi....so, g keje jela pakai..itupun sarung cincin tunang je...

    ReplyDelete
  3. nampak unsecure je hehehe tapi harus la ada rasa cemburu kan..

    ala dayu kiter ni pompuan memang selalu utamakan famili, gi mana2 pun mmg ingat anak laki kat umah....takde pk lain dah.. pk membahagiakan keluarga je..

    ReplyDelete
  4. oh No!!en Ekwan sudah kejelesan..ekekeke..but kdg2 kawak juga bile hubby pesan cm tuh..cm la kt nih nk ngaku bujang kan..:))

    ReplyDelete
  5. uuuu kena induksi ke.sib baik aku tak kene lagi dayu..thn depan kot kene..mesti sedih nak tinggatlkan baby...

    ReplyDelete
  6. maknanye awk dh hot balik la tuh, mcm zaman2 anak dara. sbb tuh hubby tibe2 pesan mcm2. hehehe.. positif positif. :)

    ReplyDelete
  7. ekhwan risau sbnrnya nk berpisah ngn bini 2 minggu lak tu..biasa la tu laki..nnt time kursus lg la..kompem hari2 calling2..kadang2 time kursus tu kit xsenang duduk nk memujuknya..

    ReplyDelete
  8. saya sgt suka dgn status kini. takde rasa malu nk ngaku sudah berkahwin. bangga ada..
    no reason nak orok status kan..
    oohhh. yeah, berfikir positif.. saya sudah hot kembali!!! sungguh kah en suami???

    ReplyDelete
  9. Btul tu saye setuju...watpe nak malukan..dah berhabis duit buat kenduri kawen..pastu nak sorok2 kan..membazir..

    ReplyDelete
  10. heheh..maria pun dah lama tak pakai cincin sejak dah ada aqil..cik abg jeles dayu nak tinggal die la tu..:)
    takpe cemburu tanda syg

    ReplyDelete
  11. smua mmg mcm tu ke erk?? cincin kawin simpan molek2 lps ada anak. nak pakai takut mencederakan...:)

    seronok gak kalau laki start jeles2 ni, rasa mcm hot je
    hhaahahahahh

    ReplyDelete