14 June 2011

Aktiviti Sosial Bulan Jun: Cyrus's Birthday Party

Miera hantar invitatiton kat FB sebulan awal. Aku macam biasa, sangat yakin terus klik 'I'm Attending' Aku memang suka buat perangai yakin begini. Tak tanya Ekwan, terus set appointment. Ciri-ciri diktator terserlah sikit di situ. Sekali bila masuk bulan 6, macam-macam agenda datang menjenguk. Dan hambik kau.. terpaksa tidak dapat hadir sebab sudah bilang sama mak ayah nak pulang ke kampung halaman 11 Jun nanti.

Tapi akhirnya kami muncul juga di majlis sambutan ulang tahun pertama Cyrus. Datang awal lagi. Miera dari jauh lagi 'Dayu.. kau jangan buat perangai macam ni lagi boleh tak? Frust ok aku baca msg pagi tadi kat FB' -lebih kurang gini lah ayat nya..- Tersengih-sengih la aku sambil mendukung Cha menuju ke khemah. Alah.. sekali sekala buat surprise kat kawan apa salahnya. Yelah, aku kan orang ke-2 yang respond kat invitation kata nak datang, pastu kata tak dapat dtg, seminggu sebelum majlis kata 'i'm coming' pulak pastu hari Jumaat, sehari sebelum majlis 'sorry.. tak bleh datang' Tiba-tiba bila hari majlis, muncul. Sangat lalang kan (:

Cyrus Dzulqarnain Is ONE!!!

Nak ke Shah Alam, tidak lah menjadi masalah. Shah Alam kan tempat permainan aku dan Ekwan dulu. 5 tahun jadik warga Shah Alam. Lagi pulak Seksyen 8 tu.

Sampai seawal jam 2.00pm. Dari jauh aku dah nampak Jiha dan Aqeef. Lepas bersalam dengan tuan rumah, tak tunggu apa lagi. Terus isi perut. Eisya aku bagi coklat sebungkus. Pandai la dia bawak diri bawah khemah tu. Borak-borak dengan kucing. Dah lah dengan selamba rembat belon Aqeef. Sorry eh Aqeef, Cha memang gitu. Suka sangat amik mainan orang.

Eisya dalam pelukan aunty Jiha dan dalam cubaan nak makan sumi

Sedang sedap isi perut, makin ramai yang muncul. Aku tak pasti sape yang sampai dulu, sape kemudian. Yelah, kusyuk makan katanya kan. Tahu-tahu, Jue, Nurul, Na, semua dah ada. Ramai jugak yang aku jumpa bertentang mata buat pertama kalinya. Tapi secara offline lama dah bertegur sapa, cuma kali ni baru berkesempatan nak jumpa. Tak sempat amik gambar dengan Nurul & Sofiya.

geng baru jumpa kecuali Jiha. Ainul & Areessa, Dina dan Rafique
Cha bergambar tanpa ibu sebab ibu sibuk nak amik gambar sampai terduduk atas tanah. nampak sangat amatur

Areessa sgt comel. Macam anak mat saleh.

ini kawan-kawan saya. dan kawan-kawan Cha juga

L-R: Ena & Naurah, Nurul & Raina, NaNo & Mika, Jiha & Aqeef, Dina & Rafique, Ainul & Areessa, Miera & Cyrus, Dayu & Eisya, Jue & Alif

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada tuan penganjur, Puan Miera dan juga suaminya En Sepet *mohon maaf, saya tak tau nama sebenar anda* di atas kesudian menjemput kami sekeluarga ke majlis anda. Makanan memang sedap. Aku memang makan sungguh-sungguh. Mula-mula makan dengan Jiha, pastu makan ngan Nurul + Jue. Aku memang kuat makan tapi bila muka kembang macam pau mengeluh je kejenya. Tapi bila tengok makanan sedap-sedap depan mata, aku peduli apa.

Terima kasih ye Puan Miera sekelurga taja makan tengahari kami Sabtu lepas (:

Seronok jumpa kawan-kawan. Bawak Eisya bersosial. Jumpa kawan-kawan *biarpun dia macam takde perasaan sebenarnya*

dating bawah pokok rambutan
Alif sangat murah senyuman. Eisya lak macam blur je bila Alif nak bermesra

Apa-apa pun, terima kasih juga kepada En Ekwan, sebab sudi melayan dan sama-sama turut serta dalam aktivti sosial isterinya ini. Tanpa dia, mesti kurang meriah dan seronok. Yelah, kalau dia ada sama, ada orang nak tolong jaga Cha. Layan Cha ukur kawasan, boleh la aku makan sampai 2, 3 round. Thanks ye sayang.. banyak lagi birthday party bakal menyusul ni *sengih*

buat masa ini. dia paling boleh 'masuk' ngan Amer lah. yang lain-lain dia macam malu-malu lagi. penyegan sangat. cuba tengok bini-bini ni.. rileks je kan. 1st time jumpa dah boleh berpeluk cium bagai.

ada yang baru pertama kali berjumpa. tapi no hal. sambil kendong anak, mulut berceloteh.

*aku kena lancarkan misi tak makan nasik 90 hari je gayanya.
*seperti biasa, aku kejenya amik je gambar dari orang kalau gi mana-mana event *peace*
** lps ni birthday sape?? Areessa ke?? ke Aqeef dulu?

6 comments:

  1. owhh patotla na rase mcm xckup mkn je hr tu,
    maybe sbb sama2 mkn ngn kakak,
    patut ikot mcm dayu, sorg mkn sorg melayan anak ek, hehe
    btw, xde la berisi sgt dayu ni,
    nyampas..saje je mention byk2 kali gtu
    buatkan org lain yg g segar dr dia ni sentap tao..huhuhu
    tp nk bt cmne, misi diet xsmpai seru lg :p

    ReplyDelete
  2. Bestnya......jeles betul rasanya...malulah nak jumpa..

    ReplyDelete
  3. hihihi jelessssssssssssssssss....

    ReplyDelete
  4. BEST2..mana tau kot2 one day kita jumpa ehehhe =)

    ReplyDelete
  5. happy birthday cyrus =) dayu, date kita jgn dilupakan..haha

    ReplyDelete
  6. mmg geram tgk dayu ade mase majlis tu. sbb dah sedih awal2 bile bace kat FB ckp nk balik kg. tup2 ade..hesss....sabo jelah.. =.=

    dtg awal lak tue. skrg, aku jelah yg dtg lambat. xde geng dah dtg lewat T_T

    ReplyDelete