03 November 2011

Cha sakit mata


Okay, hari ni dah hari ke-6 dia bermata sepet sebelah.. dan kaler mata juga bertukar warna, ngan bulu mata kejung dek taik mata.. kesian anak aku. Tapi syukurlah dia tak meragam. Aktif macam biasa. Tetap tak reti duduk diam, masih dengan aktiviti harian dia. Masih terlompat-lompat, terjun dari sofa ke atas tilam. Masih berjoget-joget.

Tapi disebabkan sakit mata adalah sejenis penyakit yang berjangkit. Maka, terpaksa la kuarantin dia kat rumah. Cuti la Cha dari pegi sekolah. Dan ibu abah merasa la mengambil giliran menjaga anak. Aduhaaiii.. cuti dah la ciput.. makin licin lah jadiknya. Ekwan cuti melambak, tapi susah la pulak nak dapat cuti. Tapi nak tak nak, kenalah jugak, nak harapkan aku sorang. Sorry la.. dengan keje pun melambak menanti kat opis tu. Ni pun dah serba tak senang hati asyik cuti je. Tapi demi anak kan.. Apa je pilihan yang ada..

Kat KL ni, kami takde sape-sape.. kami sendiri je.. Mak ayah semua kat kampung.. *motip??

 
masih beriya layan ibu main amik-amik gambar. iye..iye, dia memang suka letak lengan baju bawah ketiak. dia rasa sgt seksi mungkin

 biar mata dah sepet sebelah, masih mampu nak gelak besar

 peace!! yang sakit mata.. tapi yang lain-lain masih berfungsi dengan sempurna. bukan selalu dapat peluang duduk ngan ibu macam ni. mana boleh lepaskan peluang buli ibu .. peace yo!!

Dan kemungkinan, nanti kena tinggalkan Cha kat kampung. Warrrgghhh!! Tu yang tak sanggup tu. Kena pujuk MIL datang KL tolong jaga Cha kat sini lah. Ibu dia ni tak sanggup nak berjauhan dengan Cha. Lagipun, kesian pulak mak nak kena jaga Cha malam-malam, dah la sekarang tido makin lewat. Tak pukul 11, jangan harap dia na baring. Ada je aktivit dia.Kalau jaga kat KL.. jaga time siang je. Malam biar aku yang uruskan, seperti biasa. Ok, dapat 1 point untuk membodek (:

*tp nape macam takde pape progress je ni? makin merah mata dia adalah aku tengok..
*pagi ni gi keje dengan penuh sayu.. cha menangis2 depan pintu.. sampai ke kereta aku boleh dengar suara dia menjerit-jerit.. ibu gi keje jap ye Cha

7 comments:

  1. dayu, titiskan susu ibu dlm mata die..susu ade lg kan?
    cha ni sakit2 pun banyak betul aksi die..hihihhi

    ReplyDelete
  2. sakit mata ni mmg amik ms la nak baik
    mika hr tu xsilap berminggu gak,
    mcm dah rindu sgt nk tgk mata dia putih & normal, asik sepet, merah & bertaik mata, ksian sgt2
    tp tu la, dlu baby lg xde ubat
    just kne bersihkan je taik mata,
    manelah xlama penyakit tu bru nk ilang..

    ReplyDelete
  3. haah dayu....tips yana tue ok gak..cuba....yelahkan...kalau mak dekat mcm mun nie ok jugak....hurm memang perlukan pengorbanan bile anak sakit kan dayu....semoga cha cepat sembuh

    ReplyDelete
  4. ala ciannye cha... moga cepat sembuh ye cha

    ReplyDelete
  5. Dayu, masih ada susu badan tak? Orang kata, kalau sakit mata belah kanan, ambil susu belah kiri. Kalau sakit mata belah kiri, ambil susu belah kanan. Cubalah, mana tau berhasil?

    ReplyDelete
  6. yup titis kan susu bdn..InshaALlah

    ReplyDelete
  7. sakit mata ke..hope cpt baik...hehe lama tak raun2 blog org ..sbb akak makin pemalas berblog hehehe..

    ReplyDelete