Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

24 February 2009

suatu ketika dulu

Diperkenalkan anak sulong En Abdullah dan Pn Hamidah;

bape umur along time ni mak??

angah ke kat belakang tu?? nape muka dia mcm pompuan??
*muka mcm tak puas hati je kena bawak budak tu naik motor*

ni kat umah atok ke ni mak??
hahahaha..ngan botol susu lagi..kantoi di situ, sudah besar pun hisap botol

aaawwww!!! *boleh tahan mak aku*

ayah pasti bangga tengok tubuhnya yg dulu kurus kering ni
sekarang?? huhu.. toksah cakap lah

huhu..pernah botak rupanya kamu Dayu

02 February 2009

Mari kita Bermain Warna

Anak - beranak itu tengah pening kepala, mata pun tiba-tiba jadik rabun kaler sebab dari tadi asyik ngadap brochure ICI tu.
Dan Dayu pulak telah berkata 'chaaiittt, kena pilih kaler semula ke?? boleh lak kaler biru tu takde..kalau tau, tak yah susah nak pilih kaler langsir..confirm amik cat kaler cream + white'

Dan adik-adik ku telah memilih beberapa kombinasi kaler. Dan mak telah menyuruh Along mereka ini membuat kelulusan sebelum tempahan kedua dilakukan. Dan, terpaksa lah Along mereka mendownload brochure ICI Paints *bukan boleh caya sgt budak2 tu, kang pape kaler je derang pilih*

Sesungguhnya memang pening ye nak memilih kaler ni. Dan ini adalah beberapa pilihan yang telah mereka buat *dr petang diaorg dok membelek katalog dan asyik call, org nak membeli-belah pun tak tenang*

Pilihan Pertama: Hakim punya


Color range of Dulux Pearl Glo.. Ni dah masuk tone pink ni *tak sangkanya budak akim tu pilih kaler gini* walaupun mcm dah lari dari tema White+Cream, tapi cun gak kan combine 2 color ni. Langsir still boleh masuk la sebab beli kaler cream coklat... *isskkk, kalau dr awal tau boleh pilih kaler cat smula kan senang*

Pilihan Kedua: Mak punya Citarasa


Pilihan mak ni agak dull sikit la cream dia, Cromwell tu macam tak berapa menarik lah mak..

Lawanya interior dia.. Kombinasi putih dan biru memang menawan lah..
'uncit, umah kita nanti cat gini eh'

Dan setelah berkali-kali men'scroll PDF document tu *pinar la mata den nak pilih* Nasib baik kena pilih je, tak kena bayar. Kalau kena bayar.. memang esok gi kedai mintak brochure yang ada harga sekali. Dan takde nye lah nak guna ICI ni, murah2 sudah. Tapi sebab mak ayah yang kuar duit.. pilih lah dengan hati yang terbuka. Alah, beli harga kilang, mak kata satu tin yang 12L *kalau tak silap* dapat RM 35 je *juga kalau tak silap*


My 1st choice.. Light Salmon tu untuk tembok batu, Buttercup untuk dinding bahagian atas..
Sesuai tak?? Sebab mcm match jugak ngan langsir.. Hmmm, nmpak gaya kena tunjuk kain langsir yang telah dibeli ni...
*next entry lah*
Tapi bila dah pikir-pikit, combination kaler yg akim pilih tu menarik gak. Sebab langsir dah cream brown kan, hantaran lak nanti white pink, so mcm menarik je.

Tapi nak dinding kaler Floral Peach tu, biar lagi light. Papillon tu ok, tapi sebab kata kelulusan di tangan Along kan, tak boleh la setuju 100% ngan pilihan adik tersayang *haahahahah..kakak giler kuasa*
Okay..confirm. Esok sila lah mak meng'order ye. Dan adik-adik sekalian 'sila lah mula mengecat rumah ye' Jangan malas-malas... Akak korang nak kawin ni..


Dan untuk 'Bilik Pengantin' pulak... Kaler-kaler ni menjadi pilihan..
Nak Debutant, tiba2 tengok Candlelight mcm lagi menarik...
*huhu..ni lah kalau banyak sgt pilihan.. susah betul nak buat kputusan*

Kejenya asyik scroll balik PDF tu, pastu berkenan lak ngan kaler lain..
Bila nak selesai nyer..
Confirm lah Candlelight..
Dah..dah, jangan pandang lagi brochure tu.. cukup2 lah


*apa ke hal ko update blog dayu wehhh, slide presentation baru siap untuk 2 chapter...ada 4 chapter lagi cik dayu oiiii... nak gi audit pun ko tak study lagi design tu smua, nak kena bambu ke???*
dayu jawab 'takpe..esok kan masih ada' hahahahaahah!!!! Esok KL cuti...yay!!!

07 October 2008

Raye di Melaka dan Negeri Sembilan

Malam raya pertama, kul 8 je terus masuk kete. Nak gi umah Mak Dijah (adik mak) kat Alor Gajah, Melaka. Naik kete baru angah, sebab kete dia, dia la yang drive.

Sampai umah Mak Dijah terus perabiskan ketupat ngan rendang dia, pastu terus masuk tido *huhu..sia-sia lose weight, time raya makan tak ingat dunia* Takpe..lepas raya kita start lah diet secara extreme ok *semoga berjaya lah kamu dayu*
Pagi esoknye, angah mengedik nak balik JB semula sebab gf dia sakit lah kononnya. Hah ko, tak pasal2 jadik bahan ngumpat bualan seisi keluarga. Jawab la ko nanti kalau jumpa makcik pakcik ko ngah. Disebabkan itu, akak dia ni lah kena jadik driver dari Alor Gajah ke Bahau, Negeri Sembilan.

 
 sepupu yang giler bergamba: Farah & Erul

tuan rumah: Erul, Mak Dijah & Uncle Baha

saya lah driver di hari raya
Perjalanan nak ke umah Pak Andak kat Palong 12, Bahau, haruslah kita ni ikut je kete org kan. Kalau gi sendiri harus sesat barat jadiknya. Mmg dari dulu, tak penah ingat jalan. Banyak sgt simpang2 kecik.
Gerak around pukul 10 am, sampai dalam pukul 1. Masing-masing lepas makan kuih raya. Makan ketupat, terus carik bilik nak tido *hahahah kami kuat tido* Sedangkan mak ngan mak andak kat dapur sibuk siang udang, ikan smua nak masak. Dayu dgn sengajanya tutup pintu bilik, bukak kipas dan tido *hahahah*
Alah menantu mak andak, Kak Fiza pun ada. Pak Man & family pun dah sampai kan, Cik Gee pun ada kat dapur. Dah ramai sgt org kat dapur. Biar lah cik driver kita ni tido..
 acara makan tak ingat dunia. Pak andak beli udang galah..punyalah seronok meratah udang, ngan ikan tenggiri masak asam pedas lagi. nasik harus la bertambah
*geleng kepala je lah bila kenang balik pe yang ditelan. mmg lupakan je lah niat nak mkn sikit raya ni*
sesi bergambar
ni baru 4 keluarga..kalau smua ada mmg tak muat la nak masuk smua
Petang raya ke 2 baru kitaorg balik. Singgah jap ke Batu Pahat. Huhu..benci yang amat memandu di hari raya. Jalan sesak. Tersengguk-sengguk kete bergerak. Dah la manual..nasib baik tak cramp kaki ni tau. Ngan ujan nye.. Mencabarnya la nak beraya *huhu..lelebih lak*
Sampai je umah terus balun tido. Penat dah seharian bawak kete. Membe2 ajak beraya pun tangguh esok je.

21 September 2008

iftar di Taman Bukit Mahkota *betul ke?*

Ni citer aktiviti semalam, Ekwan kata upacara family. Semalam kami berkumpul kat umah angah, buka pose sama2. Mak pun ada sekali *akhirnya dpt gak buka pose ngan mak, puas ajak ekwan gi jumpa mak*
-sblm ke umah angah, sempat uncit ajak gi Cineleisure beli jam-

Dalam kete tu, saja pakai selendang yg dah mmg ada dlm handbag. Kan Jumaat tu ada tahlil kat opis. *saje gedik2*

ekwan nyampah tgk i pakai selendang mcm tu *bukan dia sorang je nyampah ok, tuan punya badan pun meluat. mcm artis baru keluar mahkamah je, tak kes cerai, kes kena tangkap basah*
-bila tiba masanya nanti, pasti dayu akan bertudung dgn seriusnya..Insya Allah-

Sampai umah angah dalam 6.30pm. angah buat nasi ayam. Banyak dia masak, sedangkan bape org je nak makan. Ngan puding jagung lagi. Nasi dagang pun ada. Memang makan banyak tak ingat la semalam.

Lepas makan, terawih sama. As Cik Dayu sedang dalam tempoh percutian, dia jadik penjaga bdk2 je lah. Owhh..lama tak nmpak uncit saya berkain pelekat.

29 July 2008

Arman Faris dah 4 tahun dah..

'Bape umur abang Long?' -makcik Yu

Terkial-kial la si Faris ni kuarkan 4 jari dia. Faris..Faris...

Training Ekwan cancelled, so semalam dapatlah dia join bday party Faris. Takde lah party mana pun, sekadar makan-makan ramai2. Kak Fatin beli Satay Hj. Samuri *dah la mmg teringin nak makan satay..tq kak fatin*

excited sungguh faris ngan kek dia.
ibu beli kat Secret recipe khas untuk awak tu abang long

bday boy makan satay..

pantang nmpk org nak amik gmbar dia ni, mmg pose lah. pastu mesti nk tgk gmbar dia kat kamera.. abang long..abang long

Kak Fatin & Abg Izan with their precious, Faris and Faiq

Achik Wan tgh ajar Faiq buat peace

pe awak buat tu Faiq?
takpe..dulu abang long awak pun tak reti. skrg ni, asal bergambar mesti buat peace...

Duduk kat sana sampai around 11pm, borak2 ngan derang. Layankan budak 2 org tu. Dan teruskan aktiviti memakan...pastu baru balik.

Bagi present lah dulu kan...suka abang long dapat hadiah.

Happy Birthday Arman Faris!!!

28 July 2008

Faris's Birthday

*skrg ni Cik dayu tengah menghabiskan cuti. maka seminggu ni i will be home*

And today is Faris 4th Bday! Dan disebabkan Achik Wan dan Makcik Yu dia ni terlupa yang arini bday dia, so hadiah pun tak beli la lagi.

Maka, tengahri tadi berkejar-kejar la Makcik Yu ke Sogo mencari hadiah. Ingat nak beli kan toys, tapi taun lepas dah beli mainan. Beli baju la tahun ni.

Pusing punya pusing, sedar2 dah dekat 2 jam kat situ. Tapi tak beli pape pun lagi. Semua berkenan. Huhu..jalan2 kat toddler ngan infant department ni, leka siot. Semua baju cute2, lawa2.. Patut la Pa'a kata, kalau gi mall, harus asyik membeli baju Si Sara je.

Last-last i beli kan Faris Kemeja Garfield. Dan dengan bermurah hati beli kan jugak Faiq baju.

wrapped dgn sampul spiderman..kotak je besar, dalam baju je

Majlis mula kul 8 malam ni, tapi Ekwan can't make it. Dia ada training malam ni. Balik keje kang dtg amik i..terus lah ke Hartamas tolona pape patut...

*huhu..bila nak gaji ni. dah la gaji ekwan pun tgh revised smula ni*

28 March 2008

Friday & ~la la la la~

Yay!! The meeting is over!! Sometime i did wondered, why the meeting has to be so long. Yeah, there a lots issues + matters to be discuss, lagi2 we are the HOPT kan(Head of Project Team). We have to supervise so many people. It hard actually to be a program manager, we're responsible for everything. Project delay, it'll appear on our performance.

Apa kan lagi i yang hanya ber'gred J41 ni, i sometimes i just don't know how to communicate with senior2 ber'gred J54 -dah lah mereka itu semua at my dad's age, lagi tua pun ada-

Whatever... I did my best -ye ke? :) - I buat apa yang i mampu untuk capai KPI JKR. Maybe some people rasa macam kami ni macam rileks je. Even org2 yang di bawah our supervision pun ada gak question our function in the projects..-tak puas hati sebab kitaorg asyik keje push derang je- tapi hakikatnya kami yang kena jawab nanti kalau Pengarah JKR panggil -mmg lah it won't be me, tapi pasti lower officer pun terasa kesannya-

Enough...cukup lah mengeluh tu.. Ni lunch hour lah.. Rileks la

Okay..semua org gi Sogo -tiap2 hari sale kat situ tau- I tak terasa nak join them, gaji tak dpt lagi -saya pegawai kontrak, gaji lambat lah- Kang ada ter'swipe' credit card lak. I can't shopping anymore. Mmg lah tak smpai limit lagi, tp cukup2 lah. Giler ko..kalau sampai limit lama dah i campak kad tu dlm Sg. Gombak.. :>

Bought mom a present for her B'day. A new purse should be fine -rasanya last year pun bagi purse gak..hahahahaha- Harus kah beli kan ayah something, even his Bday is on May? -kang jeles lak dia...hmmm, akan difikirkan-

Yeah.. this weekend i'm gonna not seeing Ekwan. I'm going to Aziah's home. I need to visit salon at her place -kat sana murah sikit charge dia..Dayu agak kedekut ye- I need new hairstyle la. Patut kah i curl my hair? Or go for rebonding?

~Ekwan tak suka i curl my hair~

11 March 2008

Dinner Bersama Izan's Family

Just terasa nak post on last night dinner with Izan's family. Entah nape, tetiba semalam En Izan bersemangat bagai memasak, dan suruh i datang makan sekali ngan derang. I pulak semalam terasa malas je nak 'bersosial', terasa nak baring+memalaskan diri je lepas balik keje. Ekwan pulak beriya suruh i datang. Maka nak tak nak, i join lah the dinner.

By 8pm Ekwan datang amik i. Bila sampai Hartamas, Kak Fatin is working on her Siakap 3 Rasa. Sawi goreng sotong pun dah siap. Ikan pari tengah bakar dalam oven. Bawaknya lauk. Saja je nak gemuk kan i tau Izan ni. I tanya ada ke pape i boleh tolong tapi Kak Fatin kata, tak payah. So i layan la Faris ngan Faiq. Budak 2 org tu pun dh hulur2 honeystar suruh i bukak. Termakan la sekali ngan derang -Arrgghhh!!!-

faris asyik suruh i amik gambar dia,pantang nampak i pegang hp.

2 beradik tengah berebut honeystar. gitu lah gaya si faris kalau amik gmbr. faiq muka sedih honeystar kena rembat ngan abang long dia

Around 9pm gak baru kitaorg makan, Kak Fatin dengan sengaja isi nasi banyak2 dalam pinggan i tau, saja je tau dia tu. Tak sempat nak amik2 gambar lauk yang meriah bagai semalam-segan sebenarnya- Dah makan banyak pun,lauk masih banyak. Masa tu En. Izan dah bangun basuh tangan. Kak Fatin pun dah siap. Nak tak nak, i ngan Ekwan la kena meratah habiskan siakap ngan pari tu -banyak ko makan dayu-

Then, basuh2 pinggan dan buat teh'o panas. Ekwan requested, dia kan tak boleh minum ais. Kemudian masing2 melepek depan tv tgk Slam Dunk. I yang memang tak layan citer tu, main2 ngan budak 2 tu.

layan kan faris ngan faiq yang tunjuk2 i mainan baru derang. i lak yang excited main game tu-ekwan gelak je tgk i-

concentrate je masing2 tgk tv. time ni kak fatin ngan faiq dah masuk bilik.

tinggal la kami berdua main2 hide & seek bawah comforter. i sejuk sebenarnya, tu yang duduk bawah comforter. faris ajak i main 'chak chak'. sempat lagi dia peace time Ekwan amik gambar.

By 10.30pm Ekwan sent me home. Ikut kan dia, malas je dia nak hantar i balik, syok layan tv. Nasib baik esok keje, kalau semalam tu Jumaat, dan i'm not working today, harus dia suruh i tido sana je.

Sampai rumah, my 'sleep partner' masih berjaga. Borak2 lah ngan dia jap, mendengar lipur lara kisah dia tu. Complicated kisah hidup dia tu, as friend i beri pendapat yang betul2 ikhlas dan i rasa yang terbaik untuk dia. I tak cakap apa yang dia nak dengar, tapi apa yang i rasa patut dia buat. Tak nak lah sekadar menyedapkan hati dia tapi tak membantu dia langsung.

~hahaha..sudah lah, siapa lah saya nak nasihat hidup org kan~

Asleep...and being lazy to wake up for work... I need something to motivate me!!

More Pay? Maybe...

10 March 2008

Baby Sitting

That Sunday, finally i woke up at 3pm. Lama sungguh i terbaring tido hari tu. Gave Ekwan a call. Dia jawab dengan suara yang amat segar. I je yang masih mamai.

Me: Awak buat pe yang? Dah lama ke bangun?
Ekwan: Tengok tv. Yang, BN kalah kat 5 state. Selangor ngan KL pun kalah yang.
Me: Hah? Biar betul, selangor pun kalah
Ekwan: PM awak lah ni, lembab.

Chiaat!! Sesuka hati dia je kata macam tu. Tapi election kali ni memang mengejutkan. BN kalah teruk, tak dapat 2/3 seats pun kat parlimen. Isskk...apa nak jadik ni. Arrgghh!! Lupa kan sebentar isu itu, terasa nak cerita what happen yesterday.

Petang tu i asked Ekwan to fetch me and took me for my late lunch. Around 4pm dia sampai. Masuk2 kereta terus cakap pasal election. Layankan je lah. Pastu baru dia teringat yang i ni tengah kebulur.

Ekwan: Awak nak makan kat mana ni? Gi Hartamas je lah erk
Me: Hmm..orang terasa nak makan keow teow kerang la yang
Ekwan: Mana nak carik. Uncle Don tak bukak lagi
Me: Mana2 lah yang, lapar dah ni.

Dia terus masuk Mahameru, then suddenly dia cakap nak gi Uptown Damansara, kan my favourite keow teow kat situ. Bila sampai, banyak lagi gerai tak bukak. Tapi nasib baik kedai keow teow i dah bukak. Cari seat dan terus order.

dayu's fav keow teow kerang. i je yang makan, Ekwan dah kenyang melantak kat rumah

Ekwan ngan his favourite pose, uweekksss, dia perasan hensem la tu. kutuk boyfriend sendiri-dayu yang kejam-

Lepas makan2, Ekwan ajak gi tengok kereta abang dia kat Subang. I setuju je sebab tak terfikir nak ke mana2 petang tu. Ingat nak gi carik hadiah untuk Min's becoming b'day tapi terasa macam awal lagi, lain kali pun boleh. So ikut je lah mana dia nak pergi.

Bila sampai workshop tu, abang dia dah balik dah rupanya. Cehh!! Buang masa + minyak je tau. Then masa stop isi minyak abang dia call, ajak gi OU. Dia nak gi tukar DVD kat Jusco. Ikutkan hati macam malas je nak pergi. Terasa nak berdua je ngan Ekwan hari tu, tapi biasalah Ekwan susah sikit nak menolak ajakan abang dia. Maka ke Hartamas la kami. Amik En Izan and family.

En. Afizan & Kak Fatin with their 2 boys: Faris and Faiq
ni bukan gambar from yesterday, tapi masa Kak Fatin company dinner, yang i ngan Ekwan turut serta sambil tolong baby sit budak 2 org tu

Dengan family abang dia, i memang dah biasa dan tak rasa kekok. Maybe sebab dah lama beramah mesra ngan derang, dari zaman kat UiTM dulu, semenjak diploma lagi dah selalu jumpa derang. Sekarang tak lah segan2 lagi. Si Faris tu pun siap dah panggil i 'makcik yu' lagi. Hahahaha..Terasa malu tau. Lagi2 bila dia panggil depan Ekwan's other siblings.

Sampai Hartamas, derang dah tunggu kitaorg. Faris terus nak duduk ngan i. Lama tak jumpa Abang Long ni. Faiq lak baru bangun tido, muka takde mood je. Terus ke OU, dan straight menuju ke Jusco. Kalau En Izan dan Cik Fatin dah shopping, memang lama. Maka bermula lah tugas kami untuk menjaga anak-anak mereka. Huahahhau..dah macam pantun lak. Nasib baik, Faris ngan Faiq ni jenis yang tak banyak songeh tau.

isskk si Faris ni, banyak kali dah i ajar buat 'peace' tapi tiap kali amik gambar kembang gak tangan dia tu.

tak larat la nak dukung awak faiq..duduk eh dlm troli tu-lupa nak bawak stroller-

Siap menghabiskan duit kat Jusco, ingat balik terus dah tapi macam pelik la pulak kan. Mana boleh En Izan & Kak Fatin nak duduk kejap2 je. Pastu, jalan2 la kat OU tu. Ekwan and i stopped jap kat Poh Kong, saje je nak tinjau2 cincin. Chiiaat!! Sekali mereka berdua lak yang membelek bagai. Faris dah tertido. I meng'offer' kan diri nak dukung Faiq. Susah pulak Kak Fatin nak sarung2 cincin sambil pegang Faiq kan-baik betul i kan-

Bawak la Faiq ni pusing2 sekitar that area. Gilir2 dukung dia ngan Ekwan. Agak2nya kalau orang tengok kitaorg, terfikir tak tu anak kitaorg ke bukan-henti2 kan berangan ko tu dayu- Selalu gak kitaorg bawak dua beradik ni berjalan. Selalu on Saturday la, bila En Izan outstation dan Kak Fatin keje. Ekwan nak keluar, kena la angkut derang sekali. Ngan pampers, susu semua di bawak sekali. Sampai kat i, dia sengih. I la yang kena uruskan. Tak bermanfaat sungguh dia tu. Tapi seronok gak kadang2-kalau bdk2 ni tak meragam lah-

Selepas Kak Fatin berjaya menghabiskan duit suaminya di Poh Kong, kami pun menuju ke KFC untuk mengisi perut. Sian Faris, kena baringkan dia tido atas kerusi je. Time ni, si Faiq naik hangin. Tak larat nak layan kerenah dia. Nasib baik mak bapak dia yang layan. I tengok kan je lah.

faiq kembali ceria setelah dapat belon dari kfc

Tak ingat pukul berapa kami keluar dari OU. Dari OU, singgah sekejap ke Pasar Chow Kit. En. Izan nak beli lauk ngan barang dapur. Sementara, dia membeli-belah, kami semua tunggu dalam kereta sambil borak2 dan gelak2. Banyak cakap pasal election je semalam.

Lepas tu Ekwan terus antar i balik. I pun dah macam penat. Sampai rumah takde sape. So bukak TV, and humban baju kotor dalam mesin basuh. Pastu duduk melipat baju yang dah berhari2 tergantung tak berlipat sambil ber'sms ngan Ekwan.

Semalam macam tak boleh tido la. Dah tutup lampu pun time tu. Tapi i bangun semula, bukak lampu dan carik pen dan kertas. Buat list to do for this Jun event. Semangat terlebih -dayu mmg macam tu- Tak sure pukul berapa i tertido. Luckily, dah seat alarm pagi tadi, kalau tak harus lambat lagi. Tapi En. Shahidan on leave sampai esok, maka boleh bergembira sebentar.

~isnin yang tak macam berkeje~