Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

17 March 2008

kehidupan di hari minggu

Weekend yang sarat dengan aktiviti menghabiskan duit -warrgghh!! lambat lagi lah gaji-

Saturday

As that evening Ekwan has to attend meeting tergempar at her sister's place, dia janji ngan i nak gi Jalan TAR around 11 -masa dia ckp tu, i macam tak caya je, ntah bangun ke tidak dia tu tapi setuju je lah- I woke up quite early that Saturday, siap buat jemput-jemput pisang lagi for breakfast. While menggoreng kat dapur, i gave Ekwan a call. Suara dia segar semacam je, siap bunyi2 bising lagi. Bila i tanya dia kat mana, dia kata dia kat Subang, kat workshop ngan abang dia. Macam hangin je tau. Masa tu dah around 9 lebih, harus dia tak kan sampai kat i by 11.

Tapi sebab malas nak marah2, terima je lah bila dia postponed ke pukul 2 -tak nak lah rosak kan mood nak keluar beli barang tunang kan- Maka, i pun layan la diri kat rumah, main sudoku NST -berangan boleh menang RM1000- Disebabkan leka nak solve sudoku tu, i tak sedar dah nak pukul 2 pun -susah ok level 3 sudoku tu, tapi i manage to solve the puzzle-

Tengok Ekwan tak sms@call. I gak yang kena call dia. Chiiaatt!! Dia kat Subang lagi, tak boleh harap punya bf. I dah buat suara tak puas hati -atau lebih tepat merajuk- Dia lak selamba badak, 'petang sikit la yang,nanti kita gi terus rumah Kak Ngah' I terus malas nak cakap and end the call. Pastu antar sms kat dia 'tak yah lah awak dtg, orang i sendiri je lah'

No replied. Bagus. Paham pun i tengah marah. Masa tu 2,3 msg i draft tapi tak hantar pun, tengah2 marah pun i boleh lagi fikir panjang, implikasinya kalau i sent the messages. Tengah i draft2 msg tu, sms from Ekwan came in. 'awak siap lah, 2.30 org sampai' Hahahaha... Petanda kemenangan!! Masa tu dah around 2.10pm, i boleh pulak main2 sudoku lagi -tanda protes kat Ekwan, biar dia lak tunggu i jap lagi- Around 2.20pm baru i bersiap.

Kali ni, Ekwan punctual. Dia sampai tepat on 2.30pm. I lak baru keluar bilik air. Maka kena la dia menunggu i bersiap jap. Masuk kereta, tersengih2 dia tengok muka i -sengaja i buat muka kelat-

Ekwan: Kita nak gi mana dulu ni yang?
Dayu: Gi carik kain dulu la..pastu baru gi sogo.

Dengan secara tiba-tiba, i sejuk hati. Tak kuasa dah nak merajuk2. Buat rosak mood je. So terus la kami ke Jalan TAR, penuh sungguh itu tempat. Yelah, ada pasar malam kan hari Sabtu. Parking pun susah amat nak carik. Kena la parking jauh sikit.

First, carik kain untuk baju i. I pilih kain batik lepas colour hitam motif coklat. Then masuk kedai barang hantaran, nak survey harga satin&lace alas dulang. But before tu, Salwa already sms me bout harga alas dulang yang dia sewakan. Harga kawan2 RM10 je satu set, selalu dia sewakan RM18 kat org lain -luv u sal!!- So, maybe untuk Ekwan je kami beli, tu pun kalau kakak2 dia takde lah alas dulang.

alas dulang -nak gak upload, sebab terasa macam tak seronok je post takde gambar-

Then, gi Sogo. Ingat nak beli tuala ngan kemeja untuk Ekwan. Tapi sebelum tu kami serbu foodcourt dulu, lapar yang amat. Lepas makan2, terus turun. Waktu dah pukul 4 lebih, Ekwan nak gi kat akak dia pukul 5.30pm. On the way nak ke gents dept tu tersinggah la pulak kat households. Nampak lak comforter set ngan tag 70% off bergayut2an -hahaaha...tiap2 hari tag tu ada kat sogo- Lastly, konon2 nak beli tuala ngan kemeja, tapi terbeli comforter set.

Konon nak quickly Turun bawah, beli kemeja. Tapi tiba2 terserempak ngan kawan Ekwan. Diaorg dok berborak lak. Sambil tu, i belek2 lah tuala kat situ. Bila Ekwan dah selesai berborak, abang dia dah call tanya nak pergi umah angah kul bape. So tak jadik la carik kemeja. Kena sambung esok.

So dia pun hantar i balik. Hujan punya la lebat masa tu, nak keluar kete pun leceh. Sempat lak kitaorg discuss briefly pasal hal2 nak bertunang tu, yelah, jap lagi kan dia nak kena clear out everything ngan family dia. I pun kena call mom nak sah kan fews things.

Naik je rumah, i terus call mom. Sebelum terus cakap pasal hal2 tunang, kena la bertanya macam dulu kan -tak la nampak gedik sgt..huhu-

Dayu: Mak, ni hah nak tanya?
Mak: Apa nya?
Dayu: Petang ni Ekwan ada meeting ngan family dia. Mak dia suruh tanya, duit hantaran nak kena bagi separuh ke masa tunang tu?
Mak: Tak payah la, kalau bagi pun mak tak nak amik.

Kemudian i dah gelak2 je dgr mak ckp gitu -sebenarnya tarik nafas lega- Kemudian mak cakap dia nak tukar tarikh, tak nak buat 31 Mei sebab Pak Man, my uncle yang nak jadik tukang cakap tak cuti hari tu. So, mak suruh tukar ke 7 Jun. Terus lah i msg Ekwan suruh dia bagitau mak dia.

Then lepas dah bincang2 semua, it now decided to be on 1 Jun 2008, pukul 2pm. Mula2 nak buat pukul 11, tapi my mom kata awal sgt, takut kelam-kabut. Isskkk...leceh tul, baru nak bertunang.. So, i ada 2 bulan lebih lagi nak prepare everything.

SUNDAY

Sabtu tu Ekwan tido umah kak ngah. So around 6 baru dia dtg amik i untuk sambung sesi membeli-belah kami. Hari ni, nak selesaikan semua barang yang i kena bagi kat dia. Nak carik kemeja, sejadah ngan tuala.

On the way tu, i tanya la apa keputusan mesyuarat semalam. Ekwan dengan bangga je cakap i macam ni 'orang sediakan cincin je, yang lain2 semua sponsor' Amboi!!! Bertuah nya badan. Siap dengan gubahan hantaran semua, akan diuruskan oleh kakak2 + mak dia.

Petang tu masuk la lagi Sogo tu, jadik regular customer sogo lak kami ni. Carik tuala,pastu baru carik kemeja. Tak tau lah sejak bila Ekwan ni cerewet pilih baju. Berkali-kali pusing gents dept tu. Last2 baju ni gak yang dipilihnya.

penat tau ikut dia ni pilih baju

sempat lak dia suruh i pose amik gambar -gedik la dia-

Selesai di Sogo, kembali ke Jalan TAR, carik sejadah. Perut dh lapar, i lak tetiba mengidam nak makan steamboat. So ke Wangsa Maju la kami. Nak makan kat Kak Eita, Sup tulang steamboat. Saja je kosong kan perut sebab malam tu nak melantak buffet steamboat -hahaha, entah bila nak diet ko tu dayu-

Malam tu rasa Ekwan ngan i la yang paling banyak makan. Orang kat sekeliling meja kitaorg dah bertukar ganti, i ngan dia tak gak bangun2, tak sudah2 lagi makan -kena maksimum kan harga buffet tu, tak la rugi nanti..heheheh-

orang makan rojak lepas dah siap makan main dish, ni tak, i sampai2 je terus gi amik rojak buah ni

Kemudian, sementara nak tunggu udang dan ketam tu masak, ngadap lah kerang rebus ni pulak. Panas betul terasa bahang api dapur steamboat tu.

dan ini la yang penuh dalam perut kami semalam

Ntah bape ekor Ekwan makan udang semalam, ngan ketam lagi

syok sangat makan sampai tak perasan Ekwan snap my picture

dan kemudian ngadap ice-crealm lak -2 mangkuk je kami makan ye-

Hhahaaha, bila balik je masing-masing kekenyangan. Nak duduk bersandar dalam kereta pun tak boleh -buruk lantak korang ni lah- Tapi puas hati la, seafood dia semua fresh, udang ngan ketam dia pun besar2, puas sikit makan. Kat Nelayan, Titiwangsa tu tak sedap compare to Kak Eita ni.

Dan begitu la berakhirnya weekend ku...dan jumlah di akaun simpanan tetap Maybank juga semakin berkurang -redha je..ko yang belanja kan-

~kini diriku di pejabat mengharung hari Isnin yang busy..lunch hour is over.. Back to work!!!~


10 March 2008

Baby Sitting

That Sunday, finally i woke up at 3pm. Lama sungguh i terbaring tido hari tu. Gave Ekwan a call. Dia jawab dengan suara yang amat segar. I je yang masih mamai.

Me: Awak buat pe yang? Dah lama ke bangun?
Ekwan: Tengok tv. Yang, BN kalah kat 5 state. Selangor ngan KL pun kalah yang.
Me: Hah? Biar betul, selangor pun kalah
Ekwan: PM awak lah ni, lembab.

Chiaat!! Sesuka hati dia je kata macam tu. Tapi election kali ni memang mengejutkan. BN kalah teruk, tak dapat 2/3 seats pun kat parlimen. Isskk...apa nak jadik ni. Arrgghh!! Lupa kan sebentar isu itu, terasa nak cerita what happen yesterday.

Petang tu i asked Ekwan to fetch me and took me for my late lunch. Around 4pm dia sampai. Masuk2 kereta terus cakap pasal election. Layankan je lah. Pastu baru dia teringat yang i ni tengah kebulur.

Ekwan: Awak nak makan kat mana ni? Gi Hartamas je lah erk
Me: Hmm..orang terasa nak makan keow teow kerang la yang
Ekwan: Mana nak carik. Uncle Don tak bukak lagi
Me: Mana2 lah yang, lapar dah ni.

Dia terus masuk Mahameru, then suddenly dia cakap nak gi Uptown Damansara, kan my favourite keow teow kat situ. Bila sampai, banyak lagi gerai tak bukak. Tapi nasib baik kedai keow teow i dah bukak. Cari seat dan terus order.

dayu's fav keow teow kerang. i je yang makan, Ekwan dah kenyang melantak kat rumah

Ekwan ngan his favourite pose, uweekksss, dia perasan hensem la tu. kutuk boyfriend sendiri-dayu yang kejam-

Lepas makan2, Ekwan ajak gi tengok kereta abang dia kat Subang. I setuju je sebab tak terfikir nak ke mana2 petang tu. Ingat nak gi carik hadiah untuk Min's becoming b'day tapi terasa macam awal lagi, lain kali pun boleh. So ikut je lah mana dia nak pergi.

Bila sampai workshop tu, abang dia dah balik dah rupanya. Cehh!! Buang masa + minyak je tau. Then masa stop isi minyak abang dia call, ajak gi OU. Dia nak gi tukar DVD kat Jusco. Ikutkan hati macam malas je nak pergi. Terasa nak berdua je ngan Ekwan hari tu, tapi biasalah Ekwan susah sikit nak menolak ajakan abang dia. Maka ke Hartamas la kami. Amik En Izan and family.

En. Afizan & Kak Fatin with their 2 boys: Faris and Faiq
ni bukan gambar from yesterday, tapi masa Kak Fatin company dinner, yang i ngan Ekwan turut serta sambil tolong baby sit budak 2 org tu

Dengan family abang dia, i memang dah biasa dan tak rasa kekok. Maybe sebab dah lama beramah mesra ngan derang, dari zaman kat UiTM dulu, semenjak diploma lagi dah selalu jumpa derang. Sekarang tak lah segan2 lagi. Si Faris tu pun siap dah panggil i 'makcik yu' lagi. Hahahaha..Terasa malu tau. Lagi2 bila dia panggil depan Ekwan's other siblings.

Sampai Hartamas, derang dah tunggu kitaorg. Faris terus nak duduk ngan i. Lama tak jumpa Abang Long ni. Faiq lak baru bangun tido, muka takde mood je. Terus ke OU, dan straight menuju ke Jusco. Kalau En Izan dan Cik Fatin dah shopping, memang lama. Maka bermula lah tugas kami untuk menjaga anak-anak mereka. Huahahhau..dah macam pantun lak. Nasib baik, Faris ngan Faiq ni jenis yang tak banyak songeh tau.

isskk si Faris ni, banyak kali dah i ajar buat 'peace' tapi tiap kali amik gambar kembang gak tangan dia tu.

tak larat la nak dukung awak faiq..duduk eh dlm troli tu-lupa nak bawak stroller-

Siap menghabiskan duit kat Jusco, ingat balik terus dah tapi macam pelik la pulak kan. Mana boleh En Izan & Kak Fatin nak duduk kejap2 je. Pastu, jalan2 la kat OU tu. Ekwan and i stopped jap kat Poh Kong, saje je nak tinjau2 cincin. Chiiaat!! Sekali mereka berdua lak yang membelek bagai. Faris dah tertido. I meng'offer' kan diri nak dukung Faiq. Susah pulak Kak Fatin nak sarung2 cincin sambil pegang Faiq kan-baik betul i kan-

Bawak la Faiq ni pusing2 sekitar that area. Gilir2 dukung dia ngan Ekwan. Agak2nya kalau orang tengok kitaorg, terfikir tak tu anak kitaorg ke bukan-henti2 kan berangan ko tu dayu- Selalu gak kitaorg bawak dua beradik ni berjalan. Selalu on Saturday la, bila En Izan outstation dan Kak Fatin keje. Ekwan nak keluar, kena la angkut derang sekali. Ngan pampers, susu semua di bawak sekali. Sampai kat i, dia sengih. I la yang kena uruskan. Tak bermanfaat sungguh dia tu. Tapi seronok gak kadang2-kalau bdk2 ni tak meragam lah-

Selepas Kak Fatin berjaya menghabiskan duit suaminya di Poh Kong, kami pun menuju ke KFC untuk mengisi perut. Sian Faris, kena baringkan dia tido atas kerusi je. Time ni, si Faiq naik hangin. Tak larat nak layan kerenah dia. Nasib baik mak bapak dia yang layan. I tengok kan je lah.

faiq kembali ceria setelah dapat belon dari kfc

Tak ingat pukul berapa kami keluar dari OU. Dari OU, singgah sekejap ke Pasar Chow Kit. En. Izan nak beli lauk ngan barang dapur. Sementara, dia membeli-belah, kami semua tunggu dalam kereta sambil borak2 dan gelak2. Banyak cakap pasal election je semalam.

Lepas tu Ekwan terus antar i balik. I pun dah macam penat. Sampai rumah takde sape. So bukak TV, and humban baju kotor dalam mesin basuh. Pastu duduk melipat baju yang dah berhari2 tergantung tak berlipat sambil ber'sms ngan Ekwan.

Semalam macam tak boleh tido la. Dah tutup lampu pun time tu. Tapi i bangun semula, bukak lampu dan carik pen dan kertas. Buat list to do for this Jun event. Semangat terlebih -dayu mmg macam tu- Tak sure pukul berapa i tertido. Luckily, dah seat alarm pagi tadi, kalau tak harus lambat lagi. Tapi En. Shahidan on leave sampai esok, maka boleh bergembira sebentar.

~isnin yang tak macam berkeje~