15 August 2013

Aktiviti Pagi Raya

Aku bertanggungjawab untuk masak lodeh pagi raya tu. Konon nak bangun awal, lepas subuh terus masuk dapur. Sudahnya aku paling last bangun..hahaha, nasib segala sayur-sayur nak masak lodeh dah potong siap-siap malam tu. Bahan nak tumis pun dah blend. Senang keje aku. Eisya pun tak bangun-bangun lagi. Senang lah aku nak meligat kat dapur. Masak lodeh je pun, macam nak masak Nasi Beriani je dia pun kelam kelibut.

Mau tak cuak, kat umah sendiri pun aku tak pernah masak lodeh ok, ini pulak nak kena masak kat rumah mertua. Memang mengelupur google resipi. Nasib baik menjadi.

Siap masak terus kejut bangunkan Eisya. Liat sungguh. Sepupu-sepupu dia yang lain semua dah siap. Kena tunjuk orang lain dah comel-comel pakai baju raya, kena tayang baju raya kat dia baru nak bangun. Pastu drama nak masuk bilik air pulak. Adeihhh anak aku. Ibu nak bersiap gak weh, kang abah dah balik sembahyang raya pun ibu masih berbaju tidur.

anak dara aku.

Dapatlah gak aku bersiap sebelum Ekwan balik sembahyang. Dan terus hulur kamera suruh amik kan gambar dengan Eisya.

mengelupur tak reti duduk diam.

sementara mood bergambar ada dalam diri Eisya. tapi sekejap je pun. lps tu mengelupur semula.

Lepas orang laki semua sampai, semua serbu meja makan. Pastu apa lagi, sesi bergambar di pagi raya lah. Dan kemudian disusuli dengan sesi bermaaf-maafan dan beratur beri duit raya. Dan kemudian, sesi beraya memenuhkan perut. Makan-makan sampai lupa diri.

assistant abah  

tengok dia mengelupur. nyampah.

malu-malu konon. nak salam atok pun ibu kena teman.

tersipu-sipu pakcik ni bila anak sedara salam minta duit raya. hahahaha..*saje aku besarkan gambar ni*

Raya tahun ni memang meriah bagi aku. Meriah sebab Eisya dah paham apa itu raya. Seronok tengok dia happy bukan main lagi. Seronok tengok muka happy dia bila orang bagi duit raya. 

*aiseehhh, boleh pulak takde pun sekeping gambar aku full body dengan baju raya ni. gambar Eisya pun takde. memang kena repeat pakai semula ni. demi gambar. hahahaha

4 comments:

  1. cantik tema color ko beb. up lagi gambar2 raya beb. selamat hari raya

    ReplyDelete
  2. haah..cantik baju =) samalah anak saya..susah bebenor nak amik gambo family..asyik nak main jer..hehe

    ReplyDelete
  3. salam aidilfitri utk kamu sekeluarga.....

    ReplyDelete
  4. Memang begitulah gambor raya sejak ada anak..menggelupur semuanya..hahah selamat gari raya Dayu!

    ReplyDelete