05 August 2013

Menjelang Raya

Hari ni last day keje, petang ni nak balik kampung dah. Eisya 2,3 hari ni asyiklah nanyi 'hoho balik ampung..hoho' Bila tanya sape ajar, dia ajwab 'cikgu huma anyi' Cikgu Huma tu adalah nama cikgu dia kat nursery. Kesian cikgu dia, nama Shima jadik Huma. Aku macam tak sudah-sudah shopping pulak tahun ni, sedangkan dah shopping barang raya dari awal lagi. Biaslah, selagi tak raya katanya. Ada je yang terlintas kat kepala ni. Ada je yang rasa macam tak cukup.

Tapi kena mengaku, tahun ni memang over.

Kami 3 beranak je. Nak balik kampung bukan lama mana pun tapi barang melambak-lambak. Beg punyalah besar. Dah lah besar, 2 bijik lak tu. Belum masuk woven bag. Siap kena perli ngan abang ipar. Tapi nak buat camne, biar terlebih jangan tak cukup. Baju dan barang Eisya paling banyak lah. Baju dia penuh satu bag. Tapi mak bapak dialah yang membelinya pun. Ikut budak tu, suruh try baju pun meronta-ronta tak nak. Pelik sungguh. Tapi kalau macam tu sampai besar, selamat poket ibu.


redha je lah abah awak kena junjung anak dara dia ni sekeliling Sunway Pyramid. Stroller boleh letgo. nasib awak ringan cha, tapi ringa-ringan pun 12kg gak. kalau ibu memang tak larat lah.

Eisya dan sepupu-sepupu

Memang bukan main seronoklah Eisya ada ramai sepupu kat rumah dia seminggu ni. Ramai orang nak melayan dia main dan buat kecah rumah. Sampai tak nak gi school. Kalau tak keluar sama-sama, mesti dia tanya 'mana ayong?? mana tehteh??' Hari tu masa aku gi Sarawak, dia duduk kat rumah akak ipar aku, lagi ramai sepupu. Bila ajak balik, siap melalak-lalak tak nak balik. terlebih seronoklah tu ramai kawan bermain. Dan bila tanya sekarang 'nak tak baby, leh teman cha main nanti' 

Dengan yakin dia jawab 'nak!!!'

3 comments:

  1. Sila beranak utk adik cha2 secepat mungkin ye :)

    ReplyDelete
  2. aku pun arini last keje..sbb bs baby arfan dh blik kelate smlm..arini mtk tlg mertua jagaken..selamat hari raya dayu..maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete