27 April 2015

Kaki Ayam Sedap.

Jangan nak pandang aku semacam. Kaki ayam ni memang betul-betul sedap. Makan dengan roti canai melayu..Perrghh, bagi aku 4 keping pun aku boleh perabis. Punyalah sedap kan. Yelah, kat KL ni kadang susah gak nak makan roti canai melayu. Asyik-asyik makan kat mamak. Tak sama beb feel dia. Tu yang bila budak-budak opis ni ajak breakfast kat kedai Kaki Ayam ni, aku siap kosongkan perut dari malam. Sebab esok nak makan 3 keping roti Canai cicah dengan gulai kaki ayam.

Nak lagi best... Murah giler weh.. Dulu opismate tapaukan 2 keping roti telur dengan teh tarik, RM4 je kau. Semalam makan 2 keping roti kosong, teh'o..RM2.80. Murah sangat. Dah lah boleh amik gulai kaki ayam tu banyak mana kau suka. Memang terbaik lah!! Rasa nak breakfast kat sini everyday. Nasiblah jauh dari opis. Bila dah mengidam sangat, pepandailah curik masa ke Kg. Baru tu. Tapi jangan datang lambat, beratur sampai ke jalan lah nanti jawabnya.

Terbaik!!!!

Aku selalunya tak gemar makan kaki ayam. Tapi bila makan gulai ni, boleh lak siap meratah kaki ayam tu. Punyalah sedap kan, Eh,.tak reti nak cakaplah, Kena cuba sendiri baru bleh paham.



Kedai dia biasa je. Tapi punyalah penuh. Orang setiasa ramai, tapi jangan risau, meja banyak. Sampai je terus beratur tunggu roti. Kalau datang beramai, bolehlah sorang gi tunggu meja. Semua self service ye. Air pun amik sendiri. Kalau setakat teh'o, teh tarik.. dia dah bancuh siap-siap dah. Pepandailah gi amik sendiri.

Kat kedai ni nasi lemak pun ada. Menu-menu breakfast lain pun ada, tapi dah speciality dia roti canai gulai kaki ayam kan.. makanlah roti canai. Setakat nasi lemak tu, kat mana-mana pun boleh dapat. Isskk, tengah menaip ni pun terasa-rasa kesedapan roti canai cicah gulai kaki ayam tu wehh.. Nasib lah Isnin dia tutup, kalau tak memang dah ajak Ekwan gi kedai ni.

2 comments:

  1. Sedapnye awak.. saya memang suka kaki ayam.. nanti nak cari la kat kg. baru..

    ReplyDelete
  2. menjak zaza balik dr kursus ngan jakim last week aku dh xsanggup nk makan kaki ayam lg dah walaupun selama ni itulah peberet aku huhuuuu...gudbye kaki ayam

    ReplyDelete