Showing posts with label Masak-masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts

20 February 2010

Hari ke dapur

Kat dalam peti ais, buah-buahan adalah banyak. Hasil segar dari Melbourne, tp skrg dh tak segar. Sebab dah dok dlm peti ais berhari-hari. Maka, pagi-pagi ni lepas mengisi perut dgn nasi goreng, trus rasa nak membuat sesuatu ngan buah tersebut. Dan sebab epal tu yang paling mcm tak sedap, sebab dia tak rangup. Tertipu guwe jap, punyalah tag kat giant tu kata 'epal rangup' tp bila gigit, tak rangup langsung. Maka dia harus diubah bentuk dan rasa. Biar tak membazir. Kang simpan lagi lama, dia akan mengecut. Sebelum dia berakhir ke tong sampah. Baik aku buat sesuatu kat dia.

Dan idea nak membuat Pai Epal datang secara tidak tiba-tiba. Sebab dari semalam dah rasa nak buat. Pagi ni, apa lagi... seperti biasalah. Jasa baik mereka yang sudi berkongsi resepi dengan kerjasama google sentiasa dimanfaatkan. Juga jasa baik suami, dia perlu ke kedai. Serbuk kayu manis mana lah ada dalam simpanan. Tak kan nak suruh aku gi tumbuk kayu manis kat dapur tu. Jangan sengaja menyusahkan diri sendiri beb..beli yang dah siap proses sudah.

Tapi sedang aku sibuk potong-potong epal tu dia call 'yang, takde lah serbuk kayu awak tu?? dah 3 kedai org gi ni' Ok, nak tak nak menumbuk la aku..

inti pai yang terhasil. ikut resipi asal pakai epal hijau. tp epal yang cuba diubah bentuk adalah epal merah. itu tak jadik masalah.. boleh je. rasa tetap sedap..

Gambar pai yang sudah siap dibungkus, tidak sempat nak capture. Sebab keluar je dari kuali, kami suami isteri terus serbu. Makan panas-panas baru sedap. Takpe..takpe, tepung nak buat pastry tu banyak lagi. Nanti kalau buat lagi. Gambar pasti akan diambil.
Isskkk.. susah gak nak buat kulit pai ni.. ikut rasa hati.. mau je aku guna acuan karipap tu. Tapi sebab suami aku dok kata 'isskkk.. tak jadik apple pie la kalau gini' trus aku gigih gak mengelek tepung tu. Tekan-tekan tepi dia...

Alah kata 1st time.. mmg lah tak kemas lagi hasilnya. Esok buat lagi mesti jadik sebijik macam apple pie Mc'd...*rasa dah sama dah*

08 July 2009

Siakap Masak Steam

Ohhh, ramai yang request resipi. Maka, Dayu dgn rasa penuh bertanggungjawab menyediakan resipi tersebut. Macam hak milik dia pun, sedangkan dia pun google je. Tapi serius, yang ni mmg boleh caya. Kan org kata resipi internet kadang2 entah pape...

And most important, sgt senang lah nak buat...

ikan kita lumur dgn tepung jagung, garam dan lada sulah. sebelum tu harus lah bersihkan dulu kan *ini gambar suami saya yg tolong capture* ikan tak semestinya siakap, ikan bawal, ikan merah pun boleh. asal namanya ikan la. Siakap kat pasar borong, RM14 sekilo. Dapat la 2 ekor sekilo tu. Bila dah lumur ketepikan dulu, buat sos pula.

Untuk sos:

Semua bahan adalah dihiris halus:


1. 5 - 10 biji cili padi - akan sgt pedas, kurangkan la kalau tak nak pedas sgt
2. 2 batang serai
3. 1/2 kuntum bunga kantan -sbb suka bunga kantan, sampai 2 kuntum aku hiris
4. 1 helai daun limau purut - yang ni pun aku guna lebih, sgt sedap ohh bau dia
5. 1/2 inci halia muda
6. 2 ulas bawang putih

Kemudian campurkan bahan-bahan hirisan tadi dgn 3 sudu jus limau kasturi, 2 sudu minyak masak, 2 sudu gula, 1/2 sudu garam.
Pastu lumur lah atas ikan tu. Kat dalam belahan perut dia pun isi. Pastu letak atas bekas tahan panas. Kukus lah, lebih kurang 10-15min. Ikut size ikan lah. Yang ni ikut penilaian sendiri lah. Tapi kalau isi ikan dah putih, masak la tu.

ingat nak rasmi steamer hadiah kawin, tp mana la muat ikan tu nak masuk dlm bekas steamer yang kecil molek itu. periuk kukus yang dah beli berbulan lamanya ini lah yang akhirnya dimanfaatkan.

ohhh sgt sedap dan yang penting suami saya makan sampai tak cukup nasi. nak lagi best, buat kailan ikan masin ke, kangkung goreng ke... peergghhh, mmg failed la kalau ada hajat nak berdiet.

Masak ni seronok. Lagipun boleh jimat kan kalau masak sendiri, Makan pun puas. Dan Ruangan Memasak bersama Pn Dayu diakhiri dengan...

hasil sentuhan sendiri. ohh skrg sgt taksub dgn editing style yang begini. mintak maaf lah ye, dayu mmg ngada2, dia mmg saja upload sekeping.. sekeping. feeling VIP terlebih dia ni. korang layankan je lah kegedikan dia tu

yg begini lagi best lah *di mata saya*

*apa mau masak untuk suami ye esok...

07 December 2008

bought me an oven and standmixer

Sukanya!! Hajat nak beli oven ni, dah berbulan-bulan tertangguh. So, bila dah nampak ni, just grab it!! *as konon bulan ni budget di dalam kawalan*

Mula-mula nampak kat Jusco, tapi tak jadik sebab Ekwan malas nak carik parking *mula2 nak sevris EG kat Eneos, tapi queue sgt panjang, 5 jam baru siap..so cancelled*
Akhirnya EG diservis di Sentul. Sementara tggu EG siap check-up, kami ke kedai elektrik sebelah workshop tu. Owwhhh..ada End Year Sale *suka..suka*

beli oven dapat free standmixer *saya suka sangat*

Ni yang suka beli barang kat kedai2 biasa, boleh tawar menawar lagi. Boleh mintak free gift pulak tu. Kalau beli kat Jusco ke,SenHeng ke mana boleh nak demand2, harga fixed, sebarang rundingan harag tak dilayan ok..
Dan Ekwan terus ajak gi beli bahan nak buat kek *dia lak yg excited* So ke Plaza Damas, Sri Hartamas *as time tu kami dh kat Hartamas nak amik Vito*

chocolate brownies *ekwan yg pilih*

For the 1st ni, kita buat kek segera. Semua dah ready, balik tengah campur telur dengan air je. Huhu..senang nye nak buat kek + brownies sekarang. Tepung nak buat muffin pun ada, pilih je. Cookies pun ada, macam2 jenis lak tu.
Rambang mata tu, rasa nak beli semua tau..

Dan sekarang ni, tengah asyik browse resipi-resipi biskut dan muffin *ada sape2 nak share resipi dengan dayu?*

29 November 2008

hari membayar hutang sedunia

Hari ini adalah hari membayar hutang sedunia *sedihnya tgk duit dlm akaun menyusut secara drastik*
Pagi-pagi lagi dah ke management office apartment untuk menyelesaikan bil-bil yang tertunggak. Owner dah telefon marah2, sebab notis dah sampai kat umah dia. Bukan kitaorg sengaja tak nak byr, tapi selalu takde masa.

Dan lepas tu, En. Ekwan call ajak teman dia gi Klang, bayar advance payment untuk EG *EG adalah bf Vito*
Hajat hati malas, sebab nak masak nasi lemak dan kemas rumah, tapi uncit beriya gak suruh ikut. Banyak manja itu manusia tau. Maka, masak secara pantas dan terus bersiap. Uncit tu kalau dia yang ajak keluar, cepat je muncul nye.

my very 1st nasi lemak *kekekeekek*

Terus ke Tasik Titiwangsa. Nak makan dulu, lapar dah wehh, tengahari dah time tu. Ekwan seperti biasa makan dengan penuh selera, bila dah abis licin dia keje kan, baru bagi komen membina. Sambal tumis ikan bilis dia kata pass, nasi je terlebih santan, lembik skit.
-komen2 pun abis licin nasi satu tupperware dia balun-

Kemudian terus ke Klang, setel payment EG terus carik CIMB nak, withdraw duit nak bayar Vito *nape ko mintak duit byk sgt Vito wehhhh??* Pastu gi Maybank lak, bayar duit umah...
Balik umah je terus log-in Maybank2U, bayar hutang kad kredit dan bil Maxis.. *aiyaaahh!!! separuh duit gaji bayar hutang saja!!!*

Dan malam ni, baru lepas masak nasi lemak, 2nd around untuk En Ekwan *ceh...komen2 pun request gak lagi* Dan perut ku kini dipenuhi ubi rebus yang amat nikmat!!

-dan uncit ekwan di bekalkan dgn ubi untuk digoreng-

27 October 2008

Saya masak apa semalam??

Dari maghrib sampai ke pukul 9 lebih kita ni duduk kat dapur ngadap kuali, periuk semua tau.
Penat siot masak sorang-sorang. Patut lah dulu, mak selalu marah+membebel sikit2 kalau dia punyalah bersilat kat dapur, anak ngan laki dia punya la senang-lenang ngadap tv.

Baru kini ku tahu betapa penatnya duduk kat dapur tu...*encik ekwan, sila kamu rajin membantu saya di dapur nanti*

ini bukti saya mmg di dapur ye, bukan di sogo@jusco
-kejap je lah bleh lepas rambut bagai kat dapur, lepas 10min..jgn harap-

ni agenda pertama: rebus nasi impit, dan sanggar kelapa parut

mula lah menumis sehingga semerbak serumah bau nya
-terasa mcm malam raya lak-

dan kacau bagi rata

siap!! boleh makan.. sedap weehhh. bangga saya dapat masak sedap2 gini
*bukan saya kata, tapi housemate saya yg kata*

Jangan ingat keje saya di dapur telah selesai, ada satu lagi menu nak disediakan tau
*ohhhh gigihnya saya*

ini pula..*rajin nya kamu dayu*
nasib baik yang ni simple, kejap je lah ngadap dia

Dan akhirnya setelah abis kotor dinding dapur tu sebab tumisan pertama td yg merecik bagai kan apa *benci tau, merecik-recik kena tgn* Siap sudah masakan saya!! Boleh makan!!

Seperti biasa, segala masakan harus lah dihantar ke rumah En Izan. Nak makan sendiri mana abis, banyak ni hah. Dan kebetulan, bakal ibu mertua ku juga ada di sana *wink..wink*
*berani mati la bagi masakan yg pertama kali dicuba, amik resepi kat internet lak tu.. bagi kat mak mertua...semoga masakan itu menepati piawaian citarasa mak*



Cuba teka apa yang saya masak dgn penuh kegigihan itu???
Hint: Sila rujuk gambar di atas *heheheheh*

edited:
sesungguhnya saya masak serunding daging ye. untuk resepi, sila klik di sini

Terbukti kerajinan Ku

*owwhhh sudah pukul 12 malam, patut lah bising bunyi bunga api. tak paham aku,tiap minggu area tasik titiwangsa tu mesti ada bunga api..memekak pun ada*

owwhhh...saya ke pasar lagi. tapi kali ni bukan chow kit
supermarket blkg umah je

Dan, semua itu sudah digunakan untuk merubah yang mentah menjadi sesuatu yang boleh di makan. Yang tak sedap jadik sedap..
dari dalam plastik dah masak ke dalam kuali..
dari dapur tu dah dibersihkan siang td, kena bersih kan lagi
Pe yg susah sgt nak paham ni?? Saya masak lagi malam ni!!!

Rajin kan Dayu?? Terbukti kini saya mmg rajin,
bukan cubaan memuji diri semata!!

Saya masak pe??
Tggu next entry, saya penat ok nak update,
penat memasak dan mengemas dapur belum hilang lagi ni..

-saya nak ber' Push To Talk' dgn tunang saya sebentar. Dah bayar RM 1/day, harus di manfaatkan. Dah la tadi org tgh masak pun sibuk ajak PTT *

25 October 2008

saya yang rajin *sila kata ya*

Sila setuju dengan kenyataan di atas, sbb mmg hakikat dan kenyataannya saya seorang yang rajin.
Rajin pe??
Serba serbi la saya ni rajin *jgn la tak caya, sesungguhnya saya tak menipu*

Hari ni kan Sabtu, maknanya ada masa yg amat banyak di rumah. Boleh bangun lambat, dan yang penting adalah kesempatan nak menghabiskan masa di dapur. Boleh main masak-masak hari ni *main-main ko kata??? ingat keje mudah ke masak tu hah??*

Dan tekak ni teringin nak makan sayur lodeh ngan nasi impit. Terasa jugak nak buat kuah kacang. Pastu terpikir, sape nak makan kang kalau masak byk2, so decide buat sayur lodeh je. *teringin nye*

aktiviti menyalin resepi dilakukan dgn tekun nya

Dan terus minta en ekwan bawak saya ke chow kit, nak shopping brg basah. Tu kan favorite place cik dayu kalau nak carik barang2 nak masak
Encik Ekwan harus la setuju je, untuk dia gak masak ni kan

Dan malam itu tido dengan bermimpi ,esok sarapan sayur lodeh dan nasi impit
Memang sah mimpi semata sebab kul 11 baru bangun *hahahaahahah*
Terus menuju ke dapur rebus nasi impit ngan telur, then baru tuju bilik air: mandi
*efisen kan saya*

sediakan segala bahan yg diperlukan as instructed dlm resepi salin semlm

tak lupa juga resepi yang di salin *ni wajib ada ni*
harus kena angkut sekali ke dapur

tumis sampai garing dan naik bau ye, bau udang kering amat menusuk ok

dah garing tu, masuk kan la pulak segala jenis sayur tu, masak sampai layu katanya

dah nak siap ni *lapar pulak saya tiba-tiba*

Kemudian, dengan gigihnya buat sambal tumis ikan bilis. Nak buat serunding daging macam leceh *huhu...resepi pun salin juga* Sambal tumis pun sedap pe...

and here presenting my sayur lodeh bersama nasi impit dan juga sambal tumis ikan bilis
*sedap owwhhh..lepas ni bleh amik resepi dr sini lagi*
sambal tumis tu resepi sendiri eh, ingat bengong sgt ke saya smpai sambal tumis pun nak amik resepi kat internet...*riak lak kejap ko dayu*

25 March 2008

Kari Ayam

Resipi untuk Puan Rafidah... -Pid, ko suka eh makan kari ayam..jgn makan byk2 weii..nanti bertambah kembang ..huhu-

Senang je sebenarnya nak masak kari ni, tak leceh, semua bahan yang diperlukan pasti ada kat dapur tu -kecuali mmg tak pernah shopping on grocery lah kan- So, let's get start...


Bahan-bahan + Cara memasak Kari Ayam : - ceh..beriya.. :) -

1. Bawang besar -sebijik cukup kot untuk seekor ayam-
2. Bawang Putih 2-3 ulas
3. Halia dihirs -ada org dia blend sekali tapi i hiris2 je-
4. Serbuk kari ayam
5. Santan -kalau boleh jgn pakai yg dlm kotak..kurang sedap lah-
6. Kentang
7. Sedikit air asam jawa
8. And of course.. Ayam

1. Blend bawang2 tu. Pastu tumis lah sekali ngan halia..bagi sampai kekuningan. Time ni boleh lah tambah cili kering (yang dh blend) sekali kalau nak lebih pedas. Masuk kan sikit serbuk kunyit -kalau tak boleh je blend sekali kunyit ngan bawang awal2 td- Gaulkan dan goreng lagi, pastu masuk kan la serbuk kari ayam. Time ni boleh la masuk kan kentang.

2. Gaulkan lama sikit pastu masuk kan la ayam...Gaul lagi bagi rempah tadi rata kat ayam, pastu masuk kan la santan. Tambahkan sikit air asam jawa.

3. Pastu jangan lupa gaul, kang pecah minyak -ke pecah lemak hah? ntah la tak sure apa term dia- lak santan tu. Letak la garam dan perasa pape yg korang suka.

Masak la sehingga ayam tu masak.. Bila ayam dah masak, kentang dah empuk.. Maka siap la Kari Ayam itu
Senang je kan.. Boleh lah cuba nanti ye..

Sekian..Terima kasih.

24 March 2008

Kari Ayam + Sambal Goreng

I took about an hour to prepare this..-apa yang lambat sgt pun tak tau lah, adakah i yang lembab? Lantak lah..asal siap...-

So here i'm presenting my Sambal Goreng and Chicken Curry

Bahan-bahan yang diperlukan -prepare those things kot yg lambat amik masa skit-

tak tau nape lauk ni dipanggil sambal goreng sedangkan takde sambal langsung, nape tak panggil sayur goreng campur ke...pape lah...

Hasil air tangan Dayu di hari Sabtu : Kari Ayam dan Sambal Goreng

Seperti biasa Ekwan jadik tukang rasa dan pengkritik tetap. Dia kata kari i ok je-walaupun i rasa macam terlebih masam skit- Sambal goreng tu pun dia tak komen banyak sgt, tapi mungkin sebab dia macam tak suka sgt makan. Iyelah, org jawa je suka -saya kan jawa-

Macam terbanyak la pulak i masak hari tu, housemates pun semua takde. Maka nak tak nak dinner pun kena lah makan lauk yang sama -tak elok kan membazir-

~sampai habis gas kat rumah sebab selalu sangat masak-masak~

21 March 2008

end of my weekdays

~saya baru balik dari HQ, ada sambutan maulidur rasul~ Ye..saya warga KKR yang prihatin dan rajin. hahahahaah...saja je sebenarnya, dari duduk office tak buat pe, baik gi dengar ceramah agama (walau tersengguk2 mengantuk) -hehehehehe..-

En. Shahidan on leave, so bila bdk2 ni ajak gi HQ, join je lah. Lagipun tahun ni takde aktivit lagi, nanti kosong SKT, ujung tahun tak tau nak isi apa -hmmm..gini la gaya pegawai kerajaan, SKT penting yang amat- Kata gi Maulidur Rasul kan, kena la bersopan santun, menutup aurat -majlis agama tu-

saja tak nak betul kan orientation gambar tu -terserlah ketembaman ku-

harus kah i bertudung every Friday? hmmm..boleh gak dijadikan langkah permulaan.. Mak Ekwan pun dah siap pesan kat Ekwan 'dah lepas tunang nanti, awak ajar2 lah Ayu tu pakai tudung Wan'
'saya akan cuba makcik...selagi tak sampai seru, begini la saya' -nak je jawab gini, boleh ke?-

Nasi Ayam Percubaan Pertama Farhah

Di kala semua warga pekerja bercuti sempena Maulidur Rasul, kami (S&B) telah berkeumpul di rumah Pa'a, mencuba rasa -sambil komen pape yang patut- nasi ayam si Farhah tu. Hmmm... Sedap je, boleh minta resepi ni.

Konon2 nak datang awal, tapi biasalah, hari cuti kan -ngan Ekwan lagi- pukul 12.30 baru i sampai. Have to fetch Umi first as Wak have to work yesterday. Huhuuu..perut umi semakin besar, sama macam pa'a. Budak 2 org ni expected to deliver on Julai. Tengah2 sarat pun vogue lagi kawan i sorang tu.

Min..orang yang nak diraikan, masih belum sampai. Bila call dia masih kat Shah Alam. Chhiiiaatt!! Kami ni semua dah kelaparan. Maka, kami makan lah dulu. Nasib korang lah, sape suruh lambat kan.

yummmy...sedap tau nasi ayam pa'a ni -berbakat rupanya budak tu memasak-

Then, pilih2 Satin untuk alas dulang yang i nak sewa from Salwa. Tetiba ternampak kotak2 hantaran pa'a dulu. Warna pun mengikut tema yang i pilih. Hajat di hati nak pinjam je, pa'a pun tak kisah tapi suddenly Hana kata;

Hana: tak payah lah Dayu, tak kan nanti ko nak mintak semula..tak malu ke?
Dayu: Hmmm..takpe lah, lepas tu aku suruh la Ekwan pulang semula
Hana: Beli lain lah Dayu, kang apa lak derang kata..ni baru tunang, dah berkira macam ni, kang dah kawin lagi la..

Mengenangkan kata-kata Hana tu, i pun tak jadik. Bila tanya pendapat Ekwan, dia pun think of the same thing. Bulan 4 nanti ke Jalan TAR lah saya...

Min, Helmi and Ahmad arrived around 4pm. Makan2 -sambil berborak- Pastu acara memotong kek, penat i tahan Min dari pergi dapur sementara Sal ngan Hana prepare the cake. Another session makan2 and borak2, I have to make my way. Ekwan kena ke Subang ngan abang dia. I lak dah rasa penat + mengantuk yang amat. So tak dapat lah kami menunggu kedatangan Pijan -lama dah tak jumpa dia ni-

Dari rumah pa'a, we straight go home. Sampai je atas baru terperasan Wallet Ekwan ada dalam my bag. Kenalah dia patah balik, nasib baik tak jauh lagi. Sempat pulak borak2 lagi ngan dia depan pintu rumah -hahahaha...tadi punya la nak cepat, ni dia lak yang melekat-

And yesterday, i tido awal yang amat. Pukul 8.30pm i dah bawah comforter. Ekwan call+msg pun malas je nak layan. Ngantuk sungguh, tak tau nape. Tapi terjaga pukul 1am, nak tido semula tak boleh...Dan itu la sebabnya waktu ceramah tadi mata ku terasa amat nak terkatup.

~boleh tak balik awal arini? Boleh kot kan...Boss takde, pengarah puntakde~

03 March 2008

My Sunday

Memasak di Hujung Minggu

~dayu yang gile memasak, asyik citer pasal masak je~

Setelah ber'shopping' sakan kat Tesco malam Jumaat lepas, membeli barang memenuhkan fridge, hari Ahad tu, i sekali lagi memasak-masak di dapur kecil apartment ku itu. Menu kali ini adalah:

Kerabu Epal -tapi lebih kurang macam acar je-

Sotong Masak Tomato -walaupun takde tomato pun kat dlam lauk tu-

Setelah siap memasak, dan have my lunch, Ekwan sms me and asked me whether i nak keluar ke tidak petang tu. I actually macam malas, just nak baring-baring baca buku kat rumah, tapi teringin lak nak tengok Vantage Point. Macam best je tgk the making dia.

Vantage Point Di Cineleisure

Around 4pm Ekwan fetched me. Ingat nak gi straight ke Cineleisure tapi Ekwan ajak singgah tengok rumah kat Flora Damansara- i kan tengah carik rumah sewa baru- Hmm,memang murah la rumah kat situ, apartment baru dlm RM550,tapi macam terceruk sangat lah. Macam takut lak nak duduk kat situ. So, i just save the contact.

Then, terus ke Cineleisure dan serbu kaunter tiket. The next show available is at 7pm. Masa tu baru pukul 6pm. Maka, kami pun berjalan-jalan ke The Curve sebentar dan kemudian melepak-lepak kan diri kat luar tu. Sambil minum-minum, Ekwan hisap rokok dan 'photo session'

Cineleisure Damansara -disini la kami selalu tgk wayang. Senang..parking murah + banyak-

Sambil duduk-duduk tu, kitaorg main carik benda tersembunyi. Test sensitivity level mata sape lagi tinggi. Amat kelakar.. Harus la i yang menang, En. Ekwan tu dah lah rabun, mana lah dia nak nampak kalau i suruh carik tulisan-tulisan kecik kat advertising board/banner kat restoran around that area. Dia macam tak puas hati, dia kata next time sure dia menang. I layankan aje..

Us -nape mata i sepet semacam je? Mesti sebab sibuk carik pape yang Ekwan suruh ni-

Semetara tu, sempat lagi En. Ekwan mengeluarkan satu fakta dan minta i sah kan, sama ada i bersetuju atau tidak. Dia kata mengikut pemerhatian dia, 'amoi2' dressing lagi feminine dari awek2 melayu, sambil tunjuk kat i berapa contoh kat depan kami. Hmmm.. i pun kata, mungkin betul la kata dia tu, nak suruh malays girls pakai dress kuar jalan2, memang lah jarang, lagipun kan kurang sopan tu. Chinese lain lah, nak keluar hot pants pun takpe. Then dia tersengih tengok i..'camne la kalau makteh org ni kuar pakai dress pendek kan' Chiaattt!! Saje lah tu.

Dah about 6.30pm, kami pun masuk semula. Ingat boleh dah terus masuk. Tapi tak boleh lagi, maka kami pun melepak2 sekali lagi.

Plan View of The Curve from Cineleisure

Kami sekali lagi-payah betul kalau giler bergambar ni kan-

Kat luar tu ade lak derang letak patung character Monster Inc.-tak ingat la nama raksasa hijau ni- Monster Inc. ni la 1st movie yang kami tengok bersama dulu -teringat zaman muda-muda kat UiTM dulu- Maka i pun terasa nak amik gambar-giler ko dayu, keje amik gambar je-

apa ntah yang Ekwan cakap, sampai i tergelak sampai macam tu

Setelah siap bergambar, dan angka tu 7 dah menyala, kami pun masuk la tgk Vantage Point. Amat puas hati. Full action movie. Jalan cerita yang menarik, dan pengolahan yang amat bagus-from my point of view, seorang amatur dalam hal2 broadcasting ini- Cerita ala-ala Bourne Ultimatum, sape2 yang bercadang nak tengok, pegi la. Tak rugi nya beli tiket. Siap ada yang tepuk tangan bila that terrorists akhirnya kalah.


Habis je movie, kami yang telah berasa lapar, terus balik ke Sentul. 'Tapau' segala makanan dan kami had our dinner at our regular place, Tasik Titiwangsa. Then, terus balik. Ekwan ada interview esoknya lagipun dia nak balik Pahang lepas tu (that is today).

Mandi-madi dan terus peluk bantal. Ingat nak terus tido, tapi seperti biasa pasti ada pillow talks ngan Aziah. Dan akhirnya, around 2am baru kami stop bercakap.

~warna-warni kehidupan ku~

25 February 2008

~me~the chef~

This weekend what i'm only doing is COOKING. But just love it-nape i suka sgt masak this lately erk?- That afternoon, i decided to cook Black Pepper Beef (Rinie's recipe) for Ekwan, and once again fried cabbage-just to finish it-

Black Pepper beef in Making-add some capsicum-love it

It already 12.30 pm. I pun macam dah lapar-Issskk, semalam dah makan byk pun lapar lagi- Then quickly do the cabbage and i done about 1 pm. Served the disk and called Art & Zek for lunch - 2 hari berturut-turut i served them lunch (Baiknya... :>)

Makan la apa yang ada ye kawan-kawan...

While the had their lunch, i have my shower. I already asked Ekwan to fetch me. We gonna have our lunch at Tasik Titiwangsa-walaupun rasa macam pelik je nak makan kat sana in the noon, tapi lantak lah kan-

I packed the dish, bring the plate and spoon and go straight to tasik. I'm really hungry that time. Just got ourself a hatch and LET'S EAT!!

Ekwan keep taking my picture-seronok tgk i makan kata dia-tak senonoh betul lah dia tu.

Selepas kekenyangan-This lately Ekwan memang suka amik gambar sambil buat muka entah pape tau, dia ingat hensem ke?

After the lunch we went home, ingat nak gi jalan-jalan tapi macam malas je. So he sent me home and planned to go for jog that evening-i malas la, not in mood for exercise- So, get to my room and read 'kiss gone bad' until i feel asleep.

Ekwan did called me for jogged, but i answered then sambung tido-Dayu yang pemalas-

*that how i get through my weekend* lots of joy and some misery* that what we called life*