Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

25 October 2011

Mamutik.. Manukan...

Kalau achik nak buat entry pasal Kota Kinabalu Sabah, boleh?? Achik tak sempat dulu nak citer pasal aktiviti bermain air masa achik sekeluarga gi sabah bulan 7 dulu.. boleh lah eh achik cerita sekarang. Sape-sape dah tempah tiket AirAsia nak ke Kota Kinabalu di masa hadapan, boleh lah kiranya sudi gunapakai entry achik ni untuk buat rujukan *kalau rasa boleh pakai la..

Meh kita mula meh..

Achik laki bini memang suka aktiviti air ni. Gi mana-mana, kalau ada laut memang kena snorkelling. Biar orang kata 'alah.. laut dia tak best pun.. air keruh..ikan biasa-biasa je' Tapi kami tak peduli. Tetap gak nak gi berendam main kejar-kejar dengan ikan. So bila sampai KK, haruslah lagi macam teruja. Nak merasa air laut kat Malaysia Barat tu. Dah la selama ni asyik mendengar je pasal Pulau Manukan, Mamutik tu semua. Haruslah bila dah berada berdekatan nak merasa sendiri kan. Tu yang beriya, masukkan jugak aktiviti snorkelling dalam jadual 3 hari kat Kota Kinbalu tu.

Aktiviti ke pulau dilakukan pada hari ke-2. Pagi-pagi lagi dah tercegat kat Jesellton Point, jeti nak ke pulau kat KK tu. Tapi tak la awal mana, 8.30 gak kot baru sampai. Biasalah family trip ni, ngan anak kecik.. beginilah gayanya. Kat situ banyak kaunter tiket, boleh la survey-survey. Tapi smuanya lebih kurang sama je  rasanya. Kebanyakan, pakej untuk 3 pulau dalam RM24++ (kalau achik tak silap, lama sgt dah kan). Tapi dari jeti nak sampai ke pulau, habis gak la sorang RM50. Ni untuk 2 pulau ye, kami pergi Mamutik ngan Manukan je. Kenapa habis RM50? Kata murah sewa bot.. ye, tapi nanti kena bayar cukai jeti RM7.20, sewa goggle ngan life jacket RM10. Sampai kat marine park, kena bayar RM3 lak.


muka ceria nak main air laut

ni gambar tradisi kot. wajib ada. 

Bagi toddler, life jacket khas disediakan. Size dia kecik skit la. So tak perlu risau, tak payah la pening-pening nak gi beli siap-siap. Bot tu ada sediakan. Ohhh, Cha sangat suka okay muka kena tiup angin kuat-kuat. Siap tak nak duduk, nak berdiri. Time balik lagi lah, siap sibuk tertongeng-tonggeng nak pegang air. Ibu dia yang terjerit-jerit.. tp dia makin syiok hulur tangan. Cha.. Cha..

Kami bawak bekalan makanan yang sangat banyak, dengan roti. Tuna, biskut segalam macam la. Maggi dalam cup.. sebab risau kat pulau takde orang jual makanan. Tapi tak perlu risau, kat pulau tu ada orang niaga. Restoran lagi, harga pun tak lah mahal sangat. Boleh tahan la.. tapi kitaorang tak makan pun sebab stok makanan banyak kan.

Selamat datang ke Pulau Mamutik. Selamat ber'snorkelling sampai lebam. Eh tak..tak.. sejam je. Lepas sejam, sila siap sedia tunggu kat jeti. Jom gi Pulau Manukan pulak.

Biarpun pegi ber-3 ngan Cha yang waktu itu berusia 1 tahun 2 bulan, snorkelling tetap.. bergilir pun bergilir la. Tak kesah.. yang penting dapat bagi ikan makan roti sambil-sambil cuba nak pegang badan ikan tu tapi memang jangan haraplah kan. Sementara Ekwan cuba ngorat ikan, aku temankan Cha main air guna pelampung. Tapi anak aku seperti biasa, eksen.. tak nak guna pelampung. Nak gak suruh ibu kerah tenaga dukung dia dalam air.. layan kan je lah. Cha bertahan kat Mamutik je, sampai Manukan dia tertido. Tido beralaskan tuala je lah anak aku.

Tak mustahil okay nak bawak anak kecik gi pulau, tak semestinya nak gi pulau terpaksa tinggalkan anak. Just prepare segala apa yang patut.. boleh je. Macam untuk Cha.. kat pulau ni dia aku bagi roti ngan puree dalam botol tu. Selalu dia tak bape gemar, tapi masa kat KK dia boleh habiskan sebotol kejap je. Sun block pun untuk Cha yang aku beli dulu.. untuk aku ngan Ekwan?? Balun je Cha punya...hahahaha...

Hah.. kat pulau-pulau ni network coverage sangat baik. Rileks je main FB sementara tunggu giliran nak masuk air jumpa ikan (:

Catatan: Panduan Jalan-jalan ke Kota Kinabalu, Sabah

19 July 2011

Lembu New Zealand

masih lagi berkisar hal di Sabah. layan je lah. kalau muak, buat-buat tak nampak je entry ni. tq

Desa Cattle, Mesilau, Sabah

Tapi macam kat New Zealand. Nak ke Mesilau ni, sila tanya jalan dari orang tempatan terlebih dahulu (kalau tak sempat nak google) Dia macam ke dalam sikit. Jalan nak masuk ke ladang ni pun tak berapa nak elok. Lori asyik keluar masuk mungkin.

Masa terbaik untuk datang ke ladang lembu ni adalah pukul 3 ptg. Masa ni derang perah susu. Kitaorang sampai dalam pukul 1, lembu-lembu smua baru lepas makan. Tengah beratur nak masuk kandang. Ikut belakang lembu-lembu sekalian. Nasib baik tingkap bertutup, kalau tak memang hirup udara 'nyaman' sungguh.


lembu-lembu sekalian. besar-besar belaka mereka ni


hajat hati nak gi turun tunggang lembu tapi tak dapat keizinan. amik gambar dari kejauhan pun jadiklah. asal jangan kempunan


apalah Cha, datang ladang lembu minum ribena. ibu bagi susu segar dari ladang tak mahu


segar dari ladang. RM 2.70 sekotak
-bila tengok lembu-lembu ni aku macam tak yakin nak minum yang kaler putih punya. tu suruh Ekwan beli yang perasa coklat. tapi sedap, tak cukup sekotak-


nak bergambar dengan lembu tak dapat, tepi pagar pun jadik lah


sejuk je angin kat sini kan Cha.


Sedikit nota:
Aku cadangkan, adalah lebih sesuai kalau bermalam satu hari di Kundasang. Tak penat nak patah balik ke Kota Kinabalu. Jauh babe, hampir 3 jam perjalanan. Penat. Nanti malam melepek je kejenya. Dah buang masa di sana. Lagipun kalau bermalam, esok pagi boleh tengok matahari terbit. Pastu petang-petang Kundasang berkabus. Seronok. Bleh peluk-peluk anak beranak.

Kalau bermalam, boleh lah jalan jauh sikit. Boleh gi Ladang Teh Sabah ngan Poring Hot Spring

*aku memang wajib pergi lagi ni. bila AA promo?

15 July 2011

Kundasang War Memorial

Kalau diperhatikan melalui GoogleMaps, dari Kinabalu Park ke Pekan Kundasang adalah sejauh 10.7km dan mengambil masa lebih kurang 13 minit je. Wahhh, giler pantas.


dekat je


tapi jalan dia, mendaki di lereng bukit. tu yang buat lambat. dengan jakun lagi. tgk rumah-rumah tiang tinggi-tinggi tepi bukit. alah, gambar tak jelas. kalau tgk kat google EarthPro memang jelas nampak, rumah, kebun sayur tu smua.

Actually kitaorang pun macam tertanya 'apa best kat Kundasang ni? mana je nak pergi? jauh-jauh datang dari KK ni?' Yang memang pasti adalah War Memorial dan singgah ke ladang lembu di Mesilau. Aku pernah diberitahu pasal sungai Fish Spa, tapi tak sempat nak buat kajian. Kalau tak boleh singgah sebab dah satu jalan. Nanti pastikan sape yang merancang nak ke Kota Kinabalu dan Kundasang masukkan Sungai Morali, Kampuang Luanti dalam senarai tempat persinggahan korang.

Bayaran masuk adalah RM2 seorang. Boleh lah masuk bawak anak jalan-jalan. Orang kata alang-alang dah sampai kan.


Cha, kali ni ibu bawak awak ke memorial askar Australia. balik KL nanti kita gi Tugu Negara eh.. barulah patriotik


sukanya ibu tengok awak sengih-sengih gini Cha
-apalah ibu ni,asyik terpejam mata je-


ruang mengambil gambar dan duduk melepaskan lelah
-cha, tak payah la buat muka pelik tgk ibu awak ni-


nama tempat ni war memorial, tapi dia ada taman bunga yang sangat cantik. rasa nak amik bawak balik, tapi dia dah tulis siap-siap 'Di Larang mengambil bunga. Ada TV' Bila Eisya nak petik bunga ros ni, trus lepuk-lepuk manja tangan dia.

Bila check balik, aku takde gambar kat pintu gerbang War Memorial ni rupanya. Camne bleh lupa ni?? Mana gi photographer ni?? Ohhh, dia sibuk layan anak time ni. Okaylah.. dimaafkan.


eh, ada la sekeping. kononnya nak kasik Cha bergambar sorang-sorang. tp jgn harap. anak aku mana reti duduk diam

Kat Kundasang ni macam tak banyak kedai makan. Lagi-lagi kedai makan melayu. Ada satu je kat sebelah memorial ni. Boleh lah. Sup ayam dia sedap gak. Ayam di Sabah mahal ye kawan-kawan. Sup ayam tu, ayam dia sikit je dah RM5. Tapi bahan laut memang murah lah.

Okay.. Rileks jap. Jap lagi kita achik bawak semua gi perah susu lembu kat Mesilau ye. See ya (:

14 July 2011

Hotel Review *katanya*: Promenade Service Apartment

Sepanjang di Kota Kinabalu, Sabah. Kami menghuni sementara di Promenade Service Apartment. Kami memang mencari hotel-hotel yang murah harganya. Nak yang bawah RM100, sebab akan menghuni selama 3 malam. Maka, tak nak berhabisan sangat kat bilik sementara yang hanya akan dijadikan tempat tidur.

Nak carik hotel, tak bermasalah. Taip aje Hotel Kota Kinabalu kat google search tu, melambak-lambak list keluar. Tinggal pilih je mana berkenan kat hati, dan sepadan dengaan peruntukan.

Sebelum memilih Promenade Service Apartment ni, antara lain yang menjadi pilihan adalahImpian Mutiara dan City Park Inn. Tapi setelah belek-belek atas talian, kami pilihPromenade. Berbaloi-baloi. RM80 je semalam untuk Studio Apartment. Hujung minggu pulak tu. Tapi ni harga tempahan atas talian, kalau thru phone booking, harga lain. Lagi mahal. Harus lah achik suka..

Senang kan zaman sekarang, smua urusan atas talian je.

Terletak di Api-Api Centre, lebih kurang 15min dari airport. Naik teksi, RM 30 ye bah. Apartment Promenade ni memang terletak kat kawasan apartment ye. Maknanya ada orang-orang lain yang memang tinggal kat situ. So tak lah rasa macam pelancong sangat. Pagi-pagi masuk lif, sama-sama turun ngan orang nak gi keje. Dan disebabkan terletak dalam kawasan penempatan, sila jangan expect kawasan persekitaran luaran dia seperti surrounding hotel. Pastilah sama macam apartment-apartment lain.

Tapi masuk dalam, memang puas hati. Bilik adalah luas. Yang best, ada dapur. Lengkap pulak tu, siap ada tong gas. Memang boleh masak lah. Tapi sebab tak budget nak memasak, pandang je lah periuk nasik, kuali tu smua setiap kali nak keluar. Bilik air pun luas. Ada bath tab siap ngan water heater. Seronok anak aku berendam, siap tak nak kuar lagi.


sorrylah geng, tak amik gambar dalam 'rumah' sebab sampai-sampai terus golek-golek dan sepahkan katil, tilam semua.


tapi gini lah rupanya. sebijik. disebabkan kami ada anak kecil yang kalau tido punyalah buas, kami cantumkan katil tu. terus rasa 'wahh, luasnya katil. kena beli satu mcm ni kat umah yang' Dan Eisya sangat suka main suis lampu kat tengah-tengah tu. Gembira bukan main dia.


Eisya suka masuk dalam almari. dah boring dia gi main hempas pintu peti ais lak


dapur yang hanya digunapakai untuk membancuh teh, dan sinki untuk membasuh botol susu

Kemudahan makan minum juga mudah. Turun je bawah, kedai makan banyak. Tapi mamak lah. Kalau rajin jalan depan skit, ada shopping mall. Apa nama dia erk.. Depan sikit lagi dah Pasar Filipina. Sangat convenience lah. 7E pun ada kat bawah. Lupa bawa berus gigi, ubat gigi, syampu, pampers, boleh turun beli kat bawah *macam kami* Tapi harga sendiri mahu ingat lah, Huggies sekeping RM 1.20 ok. Bank pun banyak. Mc'D semua ada. Tak perlu risau.

Yang kurang best, reception kaunter dia terletak selang 2,3 block ngan bilik-bilik. Kalau dapat satu blok bestlah. Sebab setiap kali nak keluar dari parking, kita kena pegi validate tiket parking. Baru dapat free. Kalau dah duduk jauh 2,3 blok, penat gak tiap kali nak gi cop tiket tu.

Kalau pergi sekeluarga ke, aku cadangkan Marina Court Resort Condominium. 3 bedroom superior baru RM200 semalam. Share ngan adik beradik, baru berapa sorang kan. Yang nak pergi lepas raya ke, hujung tahun ke. Kasik tempah segera.

Sekian review dari saya yang baru pulang dari Kota Kinabalu tapi rasa mau pergi lagi.

Menghirup udara nyaman di Kinabalu Park

Singgah sebentar di Kinabalu Park di Kundasang. Menghirup udara sejuk yang sungguh nyaman. Memang asyik. Ini destinasi wajib pergi lah. Kalau tak nanti rugi. Sape yang tak tahan sejuk, sila bawak sweater. Kalau tak slumber je macam kami.


ibu, jom jalan!! bestnya.. sejuk!! sejuk!!


Eisya tak sabar nak menjelajah. pantang terlepas.


pastu perasan besar. tak nak pegang tangan. Tak larat weh nak mengejar dia. Last-last angkut bawak masuk kete. mengelupur jap dia tak puas hati.



port wajib amik gambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.


silalah singgah ke Botanical Garden *kalau rajin* Bayaran masuk RM8 je seorang. tapi kami tak rajin dan dah kebulur lapar nasik. tu tak jadik masuk. amik gambar sudah.


amik gambar kat entrance pun jadik la


kat belakang ni ada souvenir shop, ada jual fridge magnet. sila jangan beli, mahal. kat Pasar Filipina 4 bijik RM 10 je. kat sini dia jual sekeping RM 8. gilo apo? *tapi kami terbeli, damn!!*

Teruskan perjalanan dan anda akan sampai ke satu lagi lokasi menarik untuk bergambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Nak naik tak dapat, amik gambar pun boleh lah. Dari takde kan.


alalalalala.. sukanya dia.

aku berusaha mengecilkan fizikal, tapi hakikatnya tetap begitu. kembang serata inci.

sini jugak wajib amik gambar ye. latar belakang sangat menarik.


gembira sungguh gayanya perempuan ni kan


gembira sampai terpejam bijik mata

Nota tambahan:
Bayaran masuk ke Kinabalu Park kat main entrance adalah RM3 seorang. Kat dalam ni ada gak 2,3 bijik kedai makan. Tapi kami tak singgah. Kami makan kat Kundasang. Maka, tak boleh nak review. Mintak maaf..

Tandas pun banyak.. jangan risau. Ok, mari kita ke Kundasang War Memorial pula.

Catatan: Untuk dijadikan panduan bila jalan-jalan ke Kota Kinabalu


13 July 2011

Jom gi Kundasang

Upacara jalan-jalan ke Kota Kinabalu ini aku kategorikan sebagai upacara percutian tahunan untuk kami sekeluarga. The way kami treat diri kami setelah penat bertungkus-lumus keje sepanjang tahun. Maka, kena bagi peluang kat diri untuk berehat. Pergi bergembira. Lupakan sekejap hal keje. Tinggalkan Kuala Lumpur. Tak jauh pun takpe, asal boleh lambai-lambai tangan tinggalkan KL. Cukup-cukuplah hadap hidup di Kuala Lumpur.

Tiket dah beli dari bulan Oktober 2010 lagi. Sebab dah tahu nak berjalan, nak bercuti dan bakal memerlukan peruntukan untuk bergembira, kami dah sediakan dana siap-siap. Tak mahu lah gi bercuti ngan budget ciput, kurang seronok jadiknya. Dan alhamdullilah, KPI company Ekwan punya assesstment dilakukan bulan lepas. Sangat kena pada masanya. Achik suka (:

Suami achik kan kuat bekerja, time ni lah baru aku rasa berbaloi bila terpaksa menunggu dia sampai 6 ptg. Kalau tak merengek-rengek je aku ajak balik.

Kami bercuti bersama rakan-rakan sepejabat. Meriah je rasa. Nasib bos sporting kasik kami semua cuti serentak. Kalau tak.. silalah merasa haru.


Hari Pertama di Kota Kinabalu. Siap sedia nak ke Kundasang
*laki achik gaya pelancong habis*

Bagi memudahkan urusan perjalanan di sana, kami sewa Avanza sebijik. Sebab nak naik 3 keluarga. 6 dewasa, 3 kanak-kanak. Oklah.. muat-muat je untuk kegunaan bersama. Setakat Eisya nak membuas, nak memanjat. Boleh je.. no hal. Murah lah, kami amik sehari setengah RM330 je. Sebab kongsi ber-3, jadik la RM110 je sekeluarga. Ngan duit minyak smua, RM130. Bagi aku berbaloi-baloi... Nanti aku bagi contact number abang tu eh.. Orang kedah tapi kawin ngan orang sana, trus niaga kat sana.


penumpang kanak-kanak yang men'ceria'kan avanza sewaan. lagi-lagi yang pakai baju kaler merah tu. suara dia saja

Hari pertama kami rancang mahu ke Kundasang. Rancangnya pukul 7 pagi masing-masing dah patut tercegat kat bawah apartment. Tapi ngan nak tunggu iron, Eisya lak macam keletihan semacam, tak bangun-bangun. Sedangkan selalu 6.15am jaga dah. 7.30am gak la baru aku turun. Orang lain siap sedia tunggu tepi kete dah.

Kat sana cerah awal. Aku bukak tingkap pukul 6.30am, dah terang macam pukul 9am. Jakun lak rasa.


tuan puteri Eisya Elyssa siap sedia nak ke Kundasang. bekal susu, air smua dah tersedia.

Perjalanan 2 jam. Eisya tak reti duduk diam. Tak reti penat. Puas suruh tido, jangan harap. Sampai lah ke Kinabalu Park. Dia tetap segar bugar. Lagi-lagi bila layan udara sejuk kat sana. Lagi seronok itu budak.

Kundasang memang bestlah. Sejuk je, even panas tapi tetap rasa sejuk berangin. Makcik kat kedai makan tu siap cakap, time tu tak sejuk sangat. Selalu berkabus dia kata. Hari Sabtu kami habiskan di Kundasang sahaja. Dari Kinabalu Park, ke War Memorial, kemudian ke Mesilau melawat lembu ternakan. Hajat di hati nak ke Ladang Teh Sabah dan Poring Hot Spring. Tapi bila tengok signboard tulis 20km lagi, kami amik keputusan patah balik je. Sebab kami tidak bermalam di Kundasang. Kalau tak, boleh gak layan.

20km mendaki bukit, jalan bersimpang-siur.. tak larat *mcm aku bawak kete kan