14 July 2011

Hotel Review *katanya*: Promenade Service Apartment

Sepanjang di Kota Kinabalu, Sabah. Kami menghuni sementara di Promenade Service Apartment. Kami memang mencari hotel-hotel yang murah harganya. Nak yang bawah RM100, sebab akan menghuni selama 3 malam. Maka, tak nak berhabisan sangat kat bilik sementara yang hanya akan dijadikan tempat tidur.

Nak carik hotel, tak bermasalah. Taip aje Hotel Kota Kinabalu kat google search tu, melambak-lambak list keluar. Tinggal pilih je mana berkenan kat hati, dan sepadan dengaan peruntukan.

Sebelum memilih Promenade Service Apartment ni, antara lain yang menjadi pilihan adalahImpian Mutiara dan City Park Inn. Tapi setelah belek-belek atas talian, kami pilihPromenade. Berbaloi-baloi. RM80 je semalam untuk Studio Apartment. Hujung minggu pulak tu. Tapi ni harga tempahan atas talian, kalau thru phone booking, harga lain. Lagi mahal. Harus lah achik suka..

Senang kan zaman sekarang, smua urusan atas talian je.

Terletak di Api-Api Centre, lebih kurang 15min dari airport. Naik teksi, RM 30 ye bah. Apartment Promenade ni memang terletak kat kawasan apartment ye. Maknanya ada orang-orang lain yang memang tinggal kat situ. So tak lah rasa macam pelancong sangat. Pagi-pagi masuk lif, sama-sama turun ngan orang nak gi keje. Dan disebabkan terletak dalam kawasan penempatan, sila jangan expect kawasan persekitaran luaran dia seperti surrounding hotel. Pastilah sama macam apartment-apartment lain.

Tapi masuk dalam, memang puas hati. Bilik adalah luas. Yang best, ada dapur. Lengkap pulak tu, siap ada tong gas. Memang boleh masak lah. Tapi sebab tak budget nak memasak, pandang je lah periuk nasik, kuali tu smua setiap kali nak keluar. Bilik air pun luas. Ada bath tab siap ngan water heater. Seronok anak aku berendam, siap tak nak kuar lagi.


sorrylah geng, tak amik gambar dalam 'rumah' sebab sampai-sampai terus golek-golek dan sepahkan katil, tilam semua.


tapi gini lah rupanya. sebijik. disebabkan kami ada anak kecil yang kalau tido punyalah buas, kami cantumkan katil tu. terus rasa 'wahh, luasnya katil. kena beli satu mcm ni kat umah yang' Dan Eisya sangat suka main suis lampu kat tengah-tengah tu. Gembira bukan main dia.


Eisya suka masuk dalam almari. dah boring dia gi main hempas pintu peti ais lak


dapur yang hanya digunapakai untuk membancuh teh, dan sinki untuk membasuh botol susu

Kemudahan makan minum juga mudah. Turun je bawah, kedai makan banyak. Tapi mamak lah. Kalau rajin jalan depan skit, ada shopping mall. Apa nama dia erk.. Depan sikit lagi dah Pasar Filipina. Sangat convenience lah. 7E pun ada kat bawah. Lupa bawa berus gigi, ubat gigi, syampu, pampers, boleh turun beli kat bawah *macam kami* Tapi harga sendiri mahu ingat lah, Huggies sekeping RM 1.20 ok. Bank pun banyak. Mc'D semua ada. Tak perlu risau.

Yang kurang best, reception kaunter dia terletak selang 2,3 block ngan bilik-bilik. Kalau dapat satu blok bestlah. Sebab setiap kali nak keluar dari parking, kita kena pegi validate tiket parking. Baru dapat free. Kalau dah duduk jauh 2,3 blok, penat gak tiap kali nak gi cop tiket tu.

Kalau pergi sekeluarga ke, aku cadangkan Marina Court Resort Condominium. 3 bedroom superior baru RM200 semalam. Share ngan adik beradik, baru berapa sorang kan. Yang nak pergi lepas raya ke, hujung tahun ke. Kasik tempah segera.

Sekian review dari saya yang baru pulang dari Kota Kinabalu tapi rasa mau pergi lagi.

12 comments:

  1. alynn pun bermalam di marina court sgt selesa n berbaloi2...suker sgtt..

    ReplyDelete
  2. tak pernah sampai KK lagi..teringin gak nak gi..

    ReplyDelete
  3. yeah. aku dulu pun stay sini 2 mlm kot. lps tu stay kat nexus plak. tp dok sini mmg very value for money lah.

    nasib baik bilik kite org xjauh sgt dgn reception. hihihi.

    ReplyDelete
  4. murah dan berbaloi la kalau dapat bilik cantik macam nie

    ReplyDelete
  5. best best...suke bace review dr dayu kalo g mane2..rase mcm kite pon syok nak pegi sane jugak hihi

    ReplyDelete
  6. Hye Dayu,

    Dah lama dah saya jadi silent reader blog awak ni.Saya tag awak untuk join My Little SecreT GA Fisher Price.Join la kay...kalau ada rezeki menang mesti eisya suka...hehehehe....:)

    ReplyDelete
  7. thankks review ni ada member nurul kata marina pun best

    ReplyDelete
  8. Thanks info pasal Promenade Service Apartment ni..sbb mmg cari..malas nk dok jauh2..kirenye kalo 3 orang dewasa pon leh ar dok bilik ni kan...=)

    ReplyDelete
  9. thanks the info..search pasal promenade apartment ni..kuar blog ni..sbb nk g bln 4, 2012..tp, kalo dok 3 orang dewasa pon ok kan studio suite ni...(^_^)

    ReplyDelete
  10. jenguk2 sbb bln 10 nak pi KK 4 hr..:)

    ReplyDelete
  11. assalam hotel promnade ni di Kk ka ?jauh tak kalu nak pg ke kundasang -ada ssiapa tahu hotel/resort/chalet/homestay bawah 100 di kundasang atau area berdekatan ? plez help me :(

    ReplyDelete
  12. Thank you for sharing info ni tau..

    ReplyDelete