01 July 2011

Aktiviti Sosial Bulan Jun: Berseronok di Port Dickson (24-26 Jun 2011)

Beberapa bulan yang lepas, gigih aku berusaha nak menempah kemudahan Rumah Persekutuan yang diperuntukkan untuk kegunaan warga kerja kerajaan Malaysia ni. Tapi hampa sungguh. Semua penuh. Lagi-lagi lokasi favorite macam Langkawi, Port Dickson. Memang takde harapan lah. Kalau Kenyir pun penuh.. Apa lagi Cameron.. Lagi aku kecewa, sampai tahun depan full. Maka, redha je lah. Memang takde rezeki aku nak rasa duduk Family Suite harga RM80 tu.

Tapi Alhamdullilah, company Jepun tempat Ekwan bekerja pun ada sediakan kemudahan riadah untuk staff. Boleh lah aku menumpang. Walau tempatnya sama setiap tahun, jadiklah. Dari takde kan. Dah orang bagi free, jangan lah nak demand lelebih. Sape nak bagi kau Family Suite 2,3 malam free kat Tiara Beach Resort, PD tu.. Dah dapat tu, terima je lah dengan hati terbuka..

Iye..iye, saya sangat bersyukur. Terima kasih.

Sebab ni adalah kali ke-3 mengunapakai kemudahan company, tidaklah aku muak lagi. Tapi kalau tiap tahun.. aku rasa terjuihh gak bibir aku bila masuk je pintu gerbang dia.

Eisya memang seronok habis. Biasalah ratu air katanya. Bila jumpa kolam besar, apa lagi. Jari dah naik kecut pun melalak bila orang bungkus ngan tuala bawak naik bilik. Gembira sungguh dia. Paling tak menahan bila dia tak nak duduk dalam pelampung. Dia rasa lagi seronok bila kita pegang dia dalam air. Tapi manalah larat nak pegang dia je. Lagipun ibu abah nak main air gak. Hehehehe...

teman sepermainan Cha weekend lepas

tak boleh dibiarkan berdua. kena ada kawalan dari para bapa. ibu perhati dari jauh

kami ibu bapa yang sama naik seronok main air dengan anak.

ibu nak pelampung ikan paus, abah nak barbie. sebab abah yang bayar.. Barbie lah jadik pilihan. eisya marah sungguh kalau Ekwan tumpang main pelampung dia. tak senonoh budak sorang ni.

Eisya muka tak puas hati bila bawak keluar dari air.

tapi bila bawak naik bilik ini jadiknya
akibat kepenatan berendam dalam kolam hampir 2 jam. masuk bilik, mandi, dapat susu, terus lena. letih sungguh lah tu.

Anak tido, mak bapak haruslah join sekali. Dah la memang penat. Aircond pulak tu, memang lena. Kalau member tak kejut nak ajak gi BBQ, mau sampai ke malam kitaorg balun tido. Ye..ye.. aktiviti outing kali ni adalah merangkap aktiviti sosial bersama rakan-rakan sekerja Ekwan. Asyik bersosial ngan rakan aku je. Sesekali kenalah join aktiviti sosial dia pulak. Barulah lagi ukhwah. Tak gitu.

Untuk BBQ, kami bahagi-bahagi tanggungjawab penyediaan bahan pemakanan. Kami kena bawak ikan dan daging. Dan aku pilih ikan patin. Memang terbaiklah ikan patin bakar, kena lah pulak ngan sambal ikan bakar tu. Makan ngan nasi panas-panas, memang terbaik.

Details next entry lah ye :)

2 comments:

  1. best ke dayu kat tiara beach resort ni..company kite mungkin akan wat family day kat sana november ni..

    ReplyDelete
  2. hhehehee..bile la nk gi cni lagik eik?
    ..
    ape2 seronok nyer tgok cha main air. mmg ratu air la anak ko ni dayu...2jam berendam pon ok lagik...

    ReplyDelete