Upacara jalan-jalan ke Kota Kinabalu ini aku kategorikan sebagai upacara percutian tahunan untuk kami sekeluarga. The way kami treat diri kami setelah penat bertungkus-lumus keje sepanjang tahun. Maka, kena bagi peluang kat diri untuk berehat. Pergi bergembira. Lupakan sekejap hal keje. Tinggalkan Kuala Lumpur. Tak jauh pun takpe, asal boleh lambai-lambai tangan tinggalkan KL. Cukup-cukuplah hadap hidup di Kuala Lumpur.
Tiket dah beli dari bulan Oktober 2010 lagi. Sebab dah tahu nak berjalan, nak bercuti dan bakal memerlukan peruntukan untuk bergembira, kami dah sediakan dana siap-siap. Tak mahu lah gi bercuti ngan budget ciput, kurang seronok jadiknya. Dan alhamdullilah, KPI company Ekwan punya assesstment dilakukan bulan lepas. Sangat kena pada masanya. Achik suka (:
Suami achik kan kuat bekerja, time ni lah baru aku rasa berbaloi bila terpaksa menunggu dia sampai 6 ptg. Kalau tak merengek-rengek je aku ajak balik.
Kami bercuti bersama rakan-rakan sepejabat. Meriah je rasa. Nasib bos sporting kasik kami semua cuti serentak. Kalau tak.. silalah merasa haru.
Hari Pertama di Kota Kinabalu. Siap sedia nak ke Kundasang
*laki achik gaya pelancong habis*
Bagi memudahkan urusan perjalanan di sana, kami sewa Avanza sebijik. Sebab nak naik 3 keluarga. 6 dewasa, 3 kanak-kanak. Oklah.. muat-muat je untuk kegunaan bersama. Setakat Eisya nak membuas, nak memanjat. Boleh je.. no hal. Murah lah, kami amik sehari setengah RM330 je. Sebab kongsi ber-3, jadik la RM110 je sekeluarga. Ngan duit minyak smua, RM130. Bagi aku berbaloi-baloi... Nanti aku bagi contact number abang tu eh.. Orang kedah tapi kawin ngan orang sana, trus niaga kat sana.
penumpang kanak-kanak yang men'ceria'kan avanza sewaan. lagi-lagi yang pakai baju kaler merah tu. suara dia saja
Hari pertama kami rancang mahu ke Kundasang. Rancangnya pukul 7 pagi masing-masing dah patut tercegat kat bawah apartment. Tapi ngan nak tunggu iron, Eisya lak macam keletihan semacam, tak bangun-bangun. Sedangkan selalu 6.15am jaga dah. 7.30am gak la baru aku turun. Orang lain siap sedia tunggu tepi kete dah.
Kat sana cerah awal. Aku bukak tingkap pukul 6.30am, dah terang macam pukul 9am. Jakun lak rasa.
tuan puteri Eisya Elyssa siap sedia nak ke Kundasang. bekal susu, air smua dah tersedia.
Perjalanan 2 jam. Eisya tak reti duduk diam. Tak reti penat. Puas suruh tido, jangan harap. Sampai lah ke Kinabalu Park. Dia tetap segar bugar. Lagi-lagi bila layan udara sejuk kat sana. Lagi seronok itu budak.
Kundasang memang bestlah. Sejuk je, even panas tapi tetap rasa sejuk berangin. Makcik kat kedai makan tu siap cakap, time tu tak sejuk sangat. Selalu berkabus dia kata. Hari Sabtu kami habiskan di Kundasang sahaja. Dari Kinabalu Park, ke War Memorial, kemudian ke Mesilau melawat lembu ternakan. Hajat di hati nak ke Ladang Teh Sabah dan Poring Hot Spring. Tapi bila tengok signboard tulis 20km lagi, kami amik keputusan patah balik je. Sebab kami tidak bermalam di Kundasang. Kalau tak, boleh gak layan.
20km mendaki bukit, jalan bersimpang-siur.. tak larat *mcm aku bawak kete kan
best kan Sabah? rasa tak cukup 3 hari gi sana. anak lagi seronok apatah lagi ibu bapa. hehe
ReplyDeletecha macam boss je dok dlm stroller tu. comel sungguh!
gambar takde ke dayu?
ReplyDeletetringin nkg sabah
ReplyDeletetp smpai skrg mcm xtao ape yg best kt sane.. T__T
dayu bykkan gambo la...den pon nak pi jugak nnt hehehe...suggest skali tmpt mkn yg ok yek muahaha
ReplyDeleteiyer ke eisya yg lewat bangun ni? bkn ekwan ke? upsss ampun ekwan ampunnnnnn
ReplyDeleteaaa makin tak sabar nak pergi ni.
ReplyDeleteDayu, sana memang best. My husband pun cukup suka pegi sana. Sy pun sbg org Sabah, lagi la suka..last year aje 2x pegi. This 2011, dia kata nak pegi lagi..tp tu lah sy kebetulan nk deliver our 1st baby somewhere in October..so dia kata tunggu baby besar sikit la..hehe~
ReplyDeletelenkali, jgn tak pegi Poring tu..satu lagi pegi Tagal, kat sana bleh try masuk dalam air sungai yg ade ikan2 suke gigit2 kulit mati tu..besh!
seronok kan g ramai2..target nk g srawak plak
ReplyDeletewahhhhhhh dayu..bestnye..elly sampai KK park je
ReplyDeletenanti bg no contact ye dayu contact abg tu
ReplyDelete