30 July 2011

Selamat Datang Ramadhan

Isnin hadapan, kita akan sama-sama menyambut kedatangan Ramadhan. Sama-sama berlapar di siang hari *sangat berkesan bagi menjayakan program diet kan* Dan seperti yang dijangkakan, jalanraya pasti sesak. Sesak yang sungguh sesak. Berbuka dengan hanya meneguk air di dalam kereta adalah perkara normal. Jangan sedih. Maka, jangan lupa sediakan botol berisi air dalam kereta. Supaya jangan mengalir air mata nanti.

Dan bersuamikan suami saya, dia adalah lebih gemar berbuka di rumah. Berbuka dengan masakan isteri.

Hari biasa pun sampai rumah dalam pukul 6.30-6.40pm, camne lah bulan puasa ni kan.. dapat sampai pukul 7 pun aku dah syukur dah. Sempat la lagi nak masuk dapur. Aku pun lagi suka berbuka kat rumah sebenarnya. Puas berbuka, tak terkejar-kejar nak maghrib. Lepas sembahyang bleh sambung lagi. Boleh makan dengan tenang. Jimat pun jimat. Alang-alang masak untuk buka, masak je lebih sikit untuk sahur.

Bagi menghadapi masa yang sangat suntuk untuk memasak minggu hadapan. Hari ni aku berpedih mata. Habis semua bawang aku kupas, pastu blender siap-siap. Cili kering pun aku blender, buat stok. So nanti pagi-pagi nak keluar gi kerja, turunkan ayam/daging/ikan siap-siap. Balik keje harus dah defrost kan. Bila bawang, cili smua dah siap blender. Insya Allah, setakat nak masak kari ke, buat sambal ke... 10-15min dah siap kan. Selalu nak mengupas-ngupas bawang tu yang leceh, buat lambat.

Insya Allah.. semoga segala urusan di bulan Ramadhan nanti dipermudahkan.

Bila menjadi isteri dan ibu, dalam masa yang sama kita turut bekerja. Sama-sama mencari rezeki untuk keluarga, pandai-pandailah kita carik cara mempermudahkan urusan di rumah. Dan ini salah satu usaha aku.

Tapi kalau sampai rumah pun dah 7.15pm, memang aku ajak Ekwan gi kedai sebelah ni je.

Dan tak lupa, Selamat berpuasa rakan-rakan!!!

9 comments:

  1. nak tiru cara dayu la..tp by the way, dayu balik keje kul brape? selamat berpuasa

    ReplyDelete
  2. baru teringt plan nk kupas abwang siap2 jugak..hari ni lupa pulak nk buat..esok wajib buat..aih banyak nya nk buat esok

    ReplyDelete
  3. Ops lupe nk wish kat ko gak..slmt b'pose bersama suami dan cha yg comel..ummuah utk cha yer..

    ReplyDelete
  4. betul tu.. masak lebih cepat klu sume bahan asas dah siap..

    seronok dpt masak n makan bsama2 keluarga kn..

    selamat bpuasa jg ;)

    ReplyDelete
  5. selamat berpuasa juga buat Dayu..tahun ni 1st time saya berpuasa dalam keadaan preggy..mudahan2 dipermudahkan urusan semuanya..AMIN~

    ReplyDelete
  6. kite pon buat stock macam dayu tue..bukan ape senang nanti nak masak....

    ReplyDelete
  7. Hahahaha bile cite bab kupas bawang, malam semalam aku dok pulun kupas satu bekas. tapi tak blend lagi. malas pon iye. takpe tengahari karang lah balik buat kejap. hehehe

    selamat berpuase beb!

    ReplyDelete
  8. blend bwg cili sesiap mmg bijak la dayu. sayur ikan ayam pon dh siang siap2 eh.as for me, hubby kata xyah masak.tapau kt psr juadah jer.heaven ekekeke

    ReplyDelete
  9. Gigih Dayu, kita pun rasa nak buat gitu. Dengan syarat suami kena tengok kan anak la. Kang mak bersilat kt dapur anak pun ikut bersilat sama. Haha

    ReplyDelete