20 July 2011

Ruang Kehidupan

Aku rasa, aku adalah antara golongan pekerja yang bertuah. Disediakan pelbagai kemudahan yang menarik. Dan sangat memuaskan hati.

Sesuai dengan kelayakan seorang pegawai P&P kerajaan, aku dapatlah menikmati ruang kerja yang sangat memikat jiwa. Ada ruang kerja yang sangat privacy, walau aku hanyalah kuli semata. Ni yang seronok keje dalam sektor kerajaan ni. Kalau kat private,tak merasa kot. Mau apa yang aku ada sekarang ni, jadik senior executive baru nak merasa.

Dan yang paling aku seronok, aku sentiasa dapat permandangan-pemandangan yang sungguh menarik dari ruang kerja aku. Seronok je. Boring-boring boleh termenung tepi tingkap. Dulu dapat tengok Dataran Merdeka, kalau ada pape event, aku tengok dari tingkap je. Sekarang dapat pulak pandang Menara KL tiap-tiap hari. Memang best.

Ini rezeki namanya. Alhamdullilah

Tapi bila pusing je smula pandang meja sendiri. Terus rasa nak pitam.

giler serabut

Entahlah, aku memang tak pandai nak kemas kot meja aku ni kasik tersusun elok, tak terabur semua benda. Aku pulak jenis, balik keje aku tinggal je smua gitu je. Camne last aku guna, gitu lah dia aku tinggalkan. Ngan buku terbukak pun aku tak tutup, esok senang aku nak refer semula. Lukisan bersepah-sepah atas meja, aku biarkan je.

Kadang rasa meja member kat sebelah yang laki ni lagi kemas dari meja aku.

*tapi aku rasa kalau ada satu meja khas untuk aku buat keje kat belakang, tempat aku nak teraburkan segala drawings dan buku, mesti meja komputer aku ni kemas tersusun rapi

12 comments:

  1. cayalah Dayu... dah hari2 ko dok tgk menara KL tu, tak mustahil nanti ko lukis gambar buat bangunan lak..hikhik

    ReplyDelete
  2. Haritu kita baru kena sound dengan bos;

    "Meja awak ni dah macam pasar dah saya tengok"

    Kahkahkah. Terus buat muka tak bersalah. Tapi serius kalau meja kemas sangat pon, soon nak kerja takde nanti.

    ReplyDelete
  3. Meja kite penuh dengan semut....hi, tension tau

    ReplyDelete
  4. ok r tue..kami nie jadik engineer kat swasta..nan ado pon bilik tau..duduk pon dekat...takde partition..hampeh

    ReplyDelete
  5. huh!kita serupa la dayu bersepai kertas disana sini dengan drawing segala.kalu kemas rasa semacam la plak..cam tak dak kerja.hehehe

    ReplyDelete
  6. pergghh,,, kerusi tetamu masih bersalut plastik siot..nmpak sgt xde org dtg bilik ko, dayu...confirm ko mmg jurutera kanan yg garang..hahaha=p
    ...
    tp seyes,,pngkat manager kat tmpt aku pon xde bilik lg,masih setia duduk di sebelah partition aku menemani kami junior engineer nieh..huhuu..

    sobh=( ..

    ReplyDelete
  7. bersepah baru bos nampak mcm banyak kerja Dayu
    hahah
    btw memang best kalau dpt tgk pemandangan yg best. ni tidak, pusing kiri kanan depan belakang semua nampak partition org lain. :D

    ReplyDelete
  8. best nyer lau ada tempat keje sendiri privacy lagi..dayu kerja kat mana..? jabatan kerajaan apa..? melukis2 nie jkr ker dayu..?

    ReplyDelete
  9. hihihi.. dayu.. nak kena di-5S kan meja dayu ni.. :p meja saye pun serupa jugak~

    ReplyDelete
  10. hahaha dayu....meja ko tak pernah kemas sejak zaman dara lagi kan?kan?kan?

    ReplyDelete
  11. hahahahaha kantoi
    dr zaman bujang smpai dah jadik mak orang mmg pemalas kemas meja
    hahahaha

    ReplyDelete
  12. yes, i like keje ngomen..rindu...tak sabrnyer tp bila mood ok..sure meja kemas..kalau mood tak ok..mmg bersepah..
    dayu, lagipun tanda buat keje..hihi

    ReplyDelete