22 July 2011

Program Diet yang berakhir entah bila: The Start

Berat aku sekarang 65kg. Hampir-hampir nak jadik 66kg dah. Memang hebat. Dulu zaman sekolah berat aku 52kg je. Habis SPM, masuk UiTM, berat memang naik mendadak masa 1st semester. Entah kenapa aku macam sangat berselera dapat makan free kat dining hall tu. Tak pernah missed. Pastu ngan nasik lemak kat Seksyen 2 tu. Mana tak kembang aku jadiknya.

benci!! benci!!

Zaman keje, lagilah. Malas sendiri nak komen sebab memang frust dengan diri sendiri. Masuk tahun ke-2 bekerja, insaf sikit. Dan berdiet lah aku. Alhamdullilah.. berjayalah hidup dengan seberat sekitar 56kg. Sehingga nak kawin, dengan tak berapa disiplin menjaga makan, bersandinglah aku dengan berat sebanyak itu jugak. Redha walau tak suka. Dah sendiri yang tak mahu usaha gigihkan. Rasakan lah.

tapi sebab 2,3 hari sebelum majlis aku makan tak menentu, takde selera nak isi perut. dapat lah muka sedikit runcing ni. nak sarung baju ni pun senang je.

Selepas setahun berkahwin, mengandung dan melahirkan. Aku dapat rasakan kadar pengembangan diri aku memang macam sangat mendadak. Merasa slim 2,3 bulan lepas pantang je. Lepas tu, punggung ngan peha makin lama makin banyak incinya. Seluar smua makin ketat. Tu yang aku jadik makin menyampah tu. Geram. Baju-baju banyak dah tak bleh pakai. Kebaya, kurung moden smua jadik hiasan almari semata. Menyampah aku.

Mulanya malas nak amik peduli. Lantak kau lah. Nak gemuk, gemuk lah. Aku malas nak diet-diet, control makan. Dah la aku ni kalau tak jumpa nasik rasa macam tak sempurna je hidup sehari. Laki pulak jenis dari dalam kete lagi dia dah tanya 'malam ni masak apa yang?' Ingat sennag aku nak masak nasi ngan lauk untuk dia je?? Tak kan sebab aku nak diet, ngan dia sekali nak kena tak makan malam. Makin kering laki aku tu kang. Suruh dia makan kat kedai, mana dia mahu. Dia nak makan bini masak je. Tak puas makan kat kedai katanya.

Dan itu antara faktor kenapa susah aku nak menguruskan badan.

perempuan gemuk bersama anaknya. anak dia kurus je. dia lak yang makin lama makin mengembang.

Bila dia dah mula asyik berbunyi 'yang, apa ni ketul-ketul ni' sambil sengih-sengih picit lemak-lemak yang berlipat kat perut. Aku sentap gak jadiknya. Biarpun dia gurau-gurau, achik tetap terasa hati tau. Dan aku macam terus berazam, nekad 'raya ni mesti kena kurus!!' Tak kira. Kena jugak. Tak dapat balik berat 52kg, 55kg pun boleh lah. Macam tak sanggup dah lagi nak hidup dengan badan berat 65kg ni. Dan paling utama, aku tak nak punggung ngan betis yang lebar dulang ni. Tak mahu!! Tak mahu!

aku benci peha tu

kawan selim melim, aku kembang semangkuk.. benci!!

Sebagai permulaan, hari ni aku breakfast oat ngan sebiji epal hijau +5,6 biji anggur. Cukup. Tengahari kang, aku nak makan ikan bakar je. Dan balik nanti nak ajak Ekwan gi carik DVD Paula Abdul yang Jue cadangkan tu. Tak pun ikut je tips Pja, kita melompat-lompat je 200 kali sehari. Dapat bakar 2000kalori. Lepas ni merasalah aku bangun pukul 5 pagi melompat-lompat seorang diri, pastu terjoget-joget depan TV. Demi nak kurus katanya.

*tapi ahad ni ada sesi BBQ ngan keluarga in laws. takpe, aku makan ayam 2,3 ketul je

*tak lupa juga kepada Wani yang membantu dalam usaha aku nak mengecilkan dan mengembalikan bentuk badan ni. TQ sebab percaya dan beri peluang ni kepada kita. sangat rasa bertuah tau..

13 comments:

  1. same la.. skang tengah berpantang dan berusaha menurunkan berat badan.

    ReplyDelete
  2. heheee...lawak la hang ni dayu,,ade ke patut peha ngan betis tu disamakan dgn dulang,,,ekekekek...

    ape2 pon mmg org pompuan ni perlu jaga badan, seyes beb...
    so tips aku utk ko adalah:
    1) jgn mkn mlm with nasi or fastfood,OK??
    2) siang mkn byk pon xpe, tp mknn tu harusla jauh drpd santan, gula dan goreng2.
    pisang goreng pon X BOLEH!
    klu nk sgt, seminggu 2x je k, klu lg elok sebulan sekali,hihiih...
    3) air sejuk or ais dilarang sama sekali! biasakan mnum air panas or suam!

    tu jew dayu, hanya 3 tips mudah dr aku..harus la ko follow dgn jayanyer k!!! sekian! =p

    ReplyDelete
  3. tp awk cm tggi je yunk..x de nmpk berisi sgt...

    ReplyDelete
  4. DAYU-takat mkn aym 2-3 ketul no prob la, kurgkn carbo

    ReplyDelete
  5. sama la kita..:) jom sapu losyen mustajab malam2..:)

    ReplyDelete
  6. dayu..jom kte lompat2...dulu time bujang pja mmg bangun kol 4.30am semata2 nk aerobic bersama cd..menari2 depan laptop...wahahhahahah....pastu mandi2+smayang subuh trus siap2 p kje...bfast nasi lemak ari2 pn x heran sbb tahu everyday pn exercise..skrg tensi je kalo pagi makan nasi lemak...huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. selamat berusaha yer ;) tapi apepun awak tetap nampak shomel...

    ReplyDelete
  8. chaiyok dayu!! insya-Allah, kalo ada semangat n usaha pasti boleh tuh.

    ReplyDelete
  9. hai dayu...chaiyok2...x lama lg dh nk puasa..boleh la kurang mkn...

    ReplyDelete
  10. Dayu, kalau ikut perancangan tu memang blh kurus pnya, saya pun dl 60kg, now 48kg. pagi makan oat+buah, tengahari roti wholemeal+tuna, malam buah or minum milo saja. Setiap hari buat jumping rope 200x + squad 50x. dalam 3 bulan. turun hingga 48kg.
    lagi satu, jgn selalu timbang berat, yg penting awak boleh rasa badan mengecil atau ringan. dan baju makin longgar.
    Good Luck!!

    ReplyDelete
  11. hhahahaha...kelakar ko...mmg payah nk turunkan badan...same je kes cam aku..sentap bila laki tegur...tapi...takkan nak biar laki makan luar, makan sorg2 kan!mmg tak best! good luck dayu...

    ReplyDelete
  12. dayu dok tingkat berapa? kang terganggu plk jiran umah bwh dengan bunyi degung degang pepagi buta kang

    ReplyDelete