07 July 2011

Status Baju Baby Blogger

Berikutan kuantiti dan kekerapan pertanyaan yang diajukan kepada aku sama ada melalui email/sms atau msg di Facebook berkenaan status baju baby blogger yang ditempah 2 bulan lepas, tetapi masih belum diterima, aku merasakan menjadi tanggungjawab untuk aku membuat penjelasan secara umum kepada semua. Supaya nanti tiada yang terus tertanya-tanya. Bagi yang dah bertanya sendiri terus kepada aku, terjawab dah lah persoalan di hati. Tetapi yang masih berdiam diri.. aku jelaskan semua di sini.

Terdapat sedikit permasalahan dalam proses pencetakan baju-baju tersebut kawan-kawan. Kilang telah membuat kesilapan dalam cetakan size. Entah tak tahu mana silapnya, baju yang sepatutnya size 18bln, dia buat 12bln. Yang 12, dia buat 18. Ngantuk agaknya pekerja dia time tu. Tu yang habis tertukar semua.

Kalau ikutkan 3 minggu lepas (awal Jun, kalau tak silap aku) baju tu dah siap. Onniey siap dah nak bungkus nak pos kat kita semua. Time nak pos tu Onniey sedar ada silap. Maka, Onniey pulangkan lah semula baju-baju tersebut kepada orang printing tu. Dan suruh dia bertanggungjawab atas kesilapan berkenaan. Dan sebagai tindakan susulan, mereka telah pulangkan semula kepada kilang. Mula-mula kilang tak nak mengaku silap dia. Tapi aku cakap kat Onniey, suruh cakap kat printing 'tu semua kita tak nak amik tau, pandai-pandai dia lah. yang penting, kita dapat baju ikut tempahan'

Dan sekarang baju-baju tu semua dalam proses baikpulih di kilang.

Aku dah pesan kat Onniey, bagi dateline kat printing untuk push kilang 2 minggu je. Tapi ni dah nak masuk sebulan. Masih jugak belum siap. Biasalah, bila kena buat semula, kena kuar kos lagi. Haruslah dia buat keje lembab maksima kan. Onniey puas dah push printing. Tapi nak buat camne.. jawapan yang diterima tetap sama 'tak siap lagi'

Oleh yang demikian, aku di sini ingin memohon maaf kepada kawan-kawan sekalian di atas semua kesulitan ini. Sungguh tak sangka begini jadinya. Sorry ye geng.. Aku sendiri hampa, teruja okay bila Onniey cakap baju dah siap dan nak pos segera. Sekali dia sms 'dayu, baju salah sizing' Terus menjunam mood aku tau. Maka, aku mohon jugak. Bersabar lah ye kawan-kawan. Berdoa banyak-banyak baju tu siap segera. Boleh sarung kasik anak bergaya.

Semoga semua ini dapat menjawab segala persoalan yang bermain di minda kawan-kawan smua.

saya yang memohon seribu kemaafan
-dayu-

5 comments:

  1. dayu....kalu tak siap jgk ko gertak kilang tu nak bawak kes ni g tribunal...biar diaorg takut...ni kes tak mahu rugi la ni...tu yg bertangguh nk siapkan

    ReplyDelete
  2. terjawab suda..
    thanks dayu penjelasan itu..:)

    *entri baru : Gumbira

    ReplyDelete
  3. terima kasih dayu.
    baru la jelas citer dia skrg.

    ReplyDelete
  4. ye sy sokong. kita bwk ke tribunal.ramai2 kita tuntut keadilan momma bloggers keh keh keh

    ReplyDelete