21 July 2011

Hidup mati untuk Dia

Rasanya aku tak pernah bercerita secara detail hal kisah percintaan antara aku ngan Ekwan. Dan rasanya tidak perlu kot. Takut orang muak. Cukuplah aku katakan, kami mula kenal 10 tahun dulu di UiTM. Berkenalan dan berkongsi rasa seawal umur 18 tahun *gedik* hinggalah akhirnya di ijabkabulkan 31 Mei 2009 ketika aku berusia 26 tahun, dia pula 27. Namun, tidaklah sepanjang 2001-2009 tu kami sentiasa bersama menyemai cinta. Tidak. Ada fasa perpisahan selama 2 tahun di situ. Perit tapi cukup memberi pengajaran. Buat aku semestinya. Buat aku lebih sedar, jangan terlalu mencari kesempurnaan. Hargai segala milik kita. Peluang tak sentiasa datang buat kali kedua.

Tetapi kalau dah namanya jodohkan.. Bersatu juga akhirnya. Syukur.


Apa yang aku berkenan sangat kat Ekwan? Kenapa pernah berpisah, bila jumpa, berkawan dan akhirnya bercinta semula. Mungkin itulah yang dinamakan keserasian, ada chemistry antara kami yang tak boleh dipisahkan. Terbentuk antara kami berdua je. Aku ingat lagi, dulu ramai yang tanya apa yang aku berkenan sangat kat Ekwan. Rasa macam tak sepadan sangat dia ngan aku. Tapi hati dah suka. Tetap bersama. Biar macam-macam orang kata.

Berkawan dengan Ekwan, aku sangat selesa. Rasa tak perlu nak berlakon, cover itu, cover ini. Senang nak bawa diri. Itu yang paling aku suka. Bila keluar dating, nak makan banyak-banyak ke, tak payah nak malu-malu. Selamba je. Nak kuar dating pun tak payah nak berhias beriya, dia lagi suka. Nak terkentut ke apa.. lepas je. Takde malu punya. Sampai gitu sekali dia punya tak kesah. Tu yang aku selesa. i like..

inilah rupanya orang yang aku jatuh hati tu dulu. kurus sungguh dia kan. tapi kalau hati dah kata mahu.. mahu jugak

ini pulak aku zaman berusia 19 tahun. baru habis kelas ni *ke ponteng last class gi makan cendol pastu lepak kat tasik Shah Alam*

Dan yang paling aku suka, dalam sempoi-sempoi, dalam selamba bila di ajak berborak atau discuss hal serius, dia adalah sangat bagus. Kriteria ni sangat penting bagi aku, sebab aku sangat rasa komunikasi adalah asas dalam sesebuah hubungan. Walaupun adakalanya aku yang kematian idea, terdiam tak tahu nak kata apa dah.. aku suka je. Biar dia nampak bijak lagi dari aku. Terserlah lah sikit ciri-ciri pemimpin yang boleh buat aku dengar kata. Lagi-lagi bila dah jadik suami ni, dia memang pandai control bini dia. Aku membebel berbakul-bakul, sekali dia bersuara, achik terdiam okay. Selain terkenang dosa yang sendiri dah jana, the way dia cakap tu yang buat aku insaf *walau ada kala tak setuju, tapi diam tetap diam. masuk bilik peluk bantal*

sebulan selepas dinikahkan
*skrg aku dah tak bleh sarung kebaya ni, Ekwan smpai sekarang bleh sarung kemeja itam belang-belang dia ni*

Ekwan bukanlah jenis suami yang ringan tangan membantu aku urus rumah tangga. Dulu aku macam hangin jugak. Rasa macam 'eleh, aku gi keje gak. apa kes balik umah aku kena buat semua sendiri' Terdetik juga rasa tak puas hati. Sangat jeles aku bila baca kisah orang yang dapat suami rajin tolong sapu rumah, basuh baju, sidai baju, masak, basuk bilik air semua. Tapi laki aku?? Puas aku mintak tolong berkali-kali baru gerak. Tahun pertama kawin, aku memberontak jugak. Arah-arah juga dia buat itu ini. Tapi harus minta secara baik, perkataan 'tolong' tu kena ada. Kenalah berhemah.

masa ni kami dah berjauhan. aku kat Shah Alam, Ekwan kat Sg Petani.
tarikh kat gambar 9 Ogos 2004. Ekwan datang melawat aku. kami sambut anniversary couple *mcm gedik lak kalau dikenang* Ohhh iye.. dulu, tarikh 7 Ogos sangat bermakna, sekarang dah sah, kenalah ingat tarikh nikah lak

Tapi bila dah ada Eisya, aku dah makin boleh terima. Aku dah macam tak kesah. Dia penat mungkin. Keje dia tak sama ngan keje aku. Aku duduk opis je sepanjang hari. Dia ke sana, ke mari. Ngan bawak kete layan jammed lagi. Biarlah. Biarlah bila sampai rumah dia rileks-rileks je depan TV teman Eisya main. Aku dah tak kesah. Sungguh. Apa aku larat, aku buat. Kalau dah rasa penat, aku tinggalkan je. Aku tak nak memaksa badan, pastu rasa dengki kat laki dia goyang kaki depan TV. Biarlah.

Biarpun dia bukan suami yang perajin nak tolong bini uruskan rumah, aku tetap gembira dapat dia jadik suami sebab dia tak memilih bab makan. Apa aku masak dia sapu je. Senang nak jaga laki aku ni. Lagipun bila sesekali rajin dia datang, habis satu rumah dia vacuum. Kipas smua dia basuh kasik bersih.


Dan walaupun dia jenis susah nak bangun pagi, selalu buat aku terjerit-jerit nak kejutkan dia. Aku sentiasa cuba tak meninggi suara. Kalau dah rasa meluat, aku biarkan aje. Tapi sejak Eisya ada, aku selalu gunakan Eisya. Aku suruh Eisya yang gi kejut abah dia. Ekwan kalau dia dengar suara Cha, dia rasa Cha tepuk-tepuk badan dia, macam senang lak nak bangun. Pelik aku. Tapi dia bukak mata, nampak aku dah jaga. Dia katup mata balik. Geram tau. Tapi biarlah, asalkan rajin tolong uruskan Eisya. Aku dah puas hati.


Ekwan juga bukan romantik orang. Dan sekali lagi 'achik tak kesah' Serius, bukan sekadar nak sedapkan hati. Sebab itu bukan elemen paling penting aku carik dalam relationship. Tapi aku lebih jatuh hati ngan sifat protective dia. Cara dia jaga anak bini dia. Bila dia lebih utamakan anak bini, itu lagi buat aku cinta dia sepenuh hati sampai mati. Tak perlulah nak lambak kan aku dengan hadiah mahal-mahal semua. Aku tak kesah kalau tak ada *tp kalau dpt memang achik tersengih dari pagi sampai petang*

Dia tak sempurna. Sama jugak macam aku. Kawin pun baru nak masuk tahun ke-3. Masih panjang lagi perjalanan hidup. Banyak lagi nak kena tempuh, nak kena belajar. Dan seperti kamu semua, aku juga sentiasa mengharapkan hubungan ni terus mekar. Jangan pudar. Nak hangat sentiasa.

Akhir kata, saya sayang suami saya. Ya Allah, terima kasih atas jodoh ini.

*hidup dan mati kini untuk suami. opppss.. untuk anak-anak juga
* giler gigih aku selongkar album lama, bawak gambar gi opis, scan gambar. demi menghasilkan entry dedikasi untuk suami ni. patut buat masa anniversary. tp nak buat camne, time anniversary mood cinta tak berterbangan di udara
*gambar adalah ditempek secara random

19 comments:

  1. so sweet laa dayu :)

    bab keja umah tu sama ngan papa qies jugaaak, ada mood dia rajen haaa amik kau satu rumah dia vacuum..hehe.tapi bila dah M datang sabar jela :P

    inilah life somi isteri kan..true colors dah nampak jadik kena banyaaak sabar!

    semoga bahagia sampai sorga kalian..

    silent reader,
    yat mama qiestina

    ReplyDelete
  2. dayu, aku perasan baju ekhwan time sebulan pas kawen ngan gmbr last ngan cha. sama je weh. boley pakai lagi die ye baju tu.'

    hehehehe. seth pet kirim salammmmmmmm :p

    ReplyDelete
  3. ekwan kembang sikit je
    dia ni senang kurus
    makan byk2 tp gitu jugakk. ada org ingat aku tak bagi laki aku cukup makan, sedangkan... tiap hari balik je keje trus aku bersilat kat dapur occay

    ReplyDelete
  4. Owh, so suwit, lama betul bercinta. syukur, kalau itulah jodoh kita. pergi terbang jauh-jauh pun, dia jugakla jadik peneman hidup kita.


    Tarikh 7 0gos sampai bila2 kita ingat sebab 7 ogos besday kite..:)


    Amin atas doa-doa dayu.:)

    ReplyDelete
  5. sweet...dari zaman bujang n tunang kita dah kenal kan dayu..seronok tgk kawan2 sama bahagia ni...

    serius..kami elly n abg bebel mmg suka tgk korang berdua..

    ReplyDelete
  6. ha betul tu, kalau dah payah suruh je anak kejutkan. diorang mesti cair, bangun terus cium peluk anak tu.

    ekhwan dari dulu hingga kini kurus. lama gila korang bercinta kan.

    shuwett sgt

    ReplyDelete
  7. sweetnyer...semoga kalian berbahagia hingga ke syurga ")

    ReplyDelete
  8. semoga berkekalan hingga akhir hayat seterusnya disatukan semula di syurga nanti..moga2 dayu menjadi isteri terbaik di depan ekhwan, dan ibu terbaik untu cha..ameen

    ReplyDelete
  9. sama kes la dayu...laki ni bila mood rajin dtg abis semua benda buat...tak apa la janji laki kita syg kat kita...

    ReplyDelete
  10. timer dia seadanya seperti dia menerima kita seadanya...buruk baik biarlah bercinta sampai syurga..cewahhhh...kita kan tulung rusuk der..hehe

    ReplyDelete
  11. Punyelah lame aku silent reader blog ang, sengaje taknak menonjolkan diri. Dah jadik emak2 neh baru reti nak kawan-kawan. Hehehehe

    Aku suke tau entry ko neh. Sweet gile. Memang kalau ekwan bace haruslah dia bangga :D

    Gambar kau pakai baju kebaya memang cun gile weh! Sila dapatkan semula bentuk wajah ayu sebegitu. Sungguh aku berkenan tau! Hehehehe

    ReplyDelete
  12. hehhee,, keselesaan bersama tu juga antara sebab yuny sayang kat suami yuny... ehehee.. so sweet kak dayu... ingt kenangan lalu mcm tak percaya kan? hahhahaha

    ReplyDelete
  13. Alhmdulillah...semoga jodoh ko ngan ekhwan berpnjangan...ameen~

    btw, suke gel dgn entry berperisakan hati girang dikala sdg lena dibuai mimpi2 terindah~ waarrgghh,apakah....?hehee...

    ReplyDelete
  14. ekwan lain dulu ye rupa dia kurus. saiful dulu pun kurus tp bila jafi bapak budak perut je ke depan hehe

    ReplyDelete
  15. oh baju belang2 ekwan tu mcm sama dgn saiful jugak tau nurul dah perasan masa dayu shoot gambar dgn bani hari tu

    ReplyDelete
  16. sweet sgt...mmg gigih lah dayu selongkar gambar lame...imbau kembali memori dulu tu yang best tu kan....

    ReplyDelete
  17. Entry yg sgt sgt best.. shaye suke ! shaye suke.. bile kite negok pic lame2 klakar jek kn..tp tu larh memory yg pling istimewa..setiap org ade criter tersendri..gud job !

    ReplyDelete
  18. skrg ni mood cinta berterbangan ke? nak tgkp skit buat modalllll.. hehehe

    ReplyDelete
  19. so suwet dayu...kalau nani jadi ekwan confirm sangat2 terharu..sangat suka dayu time pakai baju kebaya..memula nengok ingatkan ekhwan dengan sape..lain sanagt2 muka dayu..seri pengantin kot..anyway, sangat suka entry ni

    ReplyDelete