Adakalanya bukan berat badan yang menjadik masalah besar. Tapi bentuk badan tu yang mengembang dan terbentuk tak simetri. Ada bahagian yang terlebih besar, ada yang sedang elok je. Sedap je nak menyarung baju. Mata yang memandang pun sejuk je. Kalau dapat badan yang membesar sama adil semua bahagian, dari atas hingga ke bawah. Memang seronok je rasa. Kena pulak, makan banyak-banyak pun tak mengembang banyak mana. Memang pakej terbaik sungguh.
Tapi kalau dapat badan yang tak seimbang macam aku ni. Memang rasa nak menangis. Badan dah lah besar tak balance, makan tak reti nak kawal. Memang padan muka lah jadik perempuan gemuk. Lagi-lagi dengan badan serupa buah pear *semalam telan 2 bijik buat mengisi perut sementara tunggu masa untuk bedal semangkuk tomyam untuk makan malam*, makin rasa macam entah pape je rupa badan aku ni.
motif pilih gambar kartun berbadan bentuk pear yang hot gini??
*penyejuk hati dan mata*
Aku memang hangin bila pilih jeans. Punyalah payah nak lepas tang peha tu. Terlompat-lompat aku nak kasik lepas. Bila dah lepas, punyalah longgar tang pinggang.. Geram tau. Bila buat kurung moden ke, kebaya ke.. memang rasa kelakar je tengok baju tu. Bahagian atas hingga pinggan elok je, tetiba sampai tang punggung tu kembang je. Rasa macam buruk je pulak.
Kena pulak aku jenis malas nak berusaha sungguh-sungguh nak mengecilkan bahagian-bahagian kritikal tu. Cara yang aku tahu, sapu krim-krim panas pembakar lemak tu je pun. Dan seperti biasa, seminggu je kot aku rajin nak sapu lepas mandi, sebelum tido. Lepas tu krim tu tergolek-golek je lah atas drawercase tu.
Dan sehingga hari ni, dah 3 hari aku menyarung corset Premium Beautiful ke badan selama sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Hari pertama memang terlompat-lompat lah aku nak sarung long girdle tu. Nak kancing long bra pun Ekwan kena pasangkan. Masa 1st memang macam seksa je laki aku kancingkan. Balik keje je terus mengelupur tanggalkan PB. Tapi pagi tadi macam senang je. Mungkin juga sebab corset tu dah mula terbentuk ikut badan aku kan. So, senang sikit nak disarung.
Yang aku suka, PB ni macam selesa je melekat kat badan. Tak lah rasa sakit ke apa, tapi sendat memang sendat. Ngan waist nipper, dah macam tiang lak aku rasa. Tegak je badan ni. Tapi itu lah yang bagus kan, membantu membentuk postur badan.
Walaupun aku berhasrat dan ingin menurunkan berat badan. Tapi aku tak mahu bergantung harapan kat Premium Beautiful semata-mata. Bagi aku, PB (in short) adalah alat bantuan sokongan yang sangat efisen dalam program diet aku ni. Yang mampu tolong kawal kadar kemasukan makanan dalam perut. Bila PB dah melekat kat badan, macam secara automatik nak habis kan mihun sup semangkuk pun macam tak larat. Macam mengah je nak habiskan.
Yang paling aku suka bila sarung PB, habis hilang tersorok semua lemak-lemak terkumpul yang mengumpal kat perut. Bila jalan pakai baju kurung, ada angin tiup, yakin je aku membawa diri. Tak payah nak tarik-tarik baju menyorok lemak. Dan aku bertambah seronok bila long bra PB tu berjaya tolong membentuk kembali breast aku menjadi macam masa zaman anak dara. Yelah, bila dah beranak, breastfeed, breast macam sedikit 'lari' bentuk dan kedudukannya.
Lepas seminggu kang aku nak ukur semula punggung, peha aku ni. Kita tengok macamana hasil dia. Berat pun aku tak timbang lagi. Tak mahu naik weight scale selalu sangat, takut nanti frust kalau tengok sama je. Jarum tu tak berganjak pun. Nanti aku gebang lagi eh pasal PB ni.
Jap..jap.. PB tengah sale weehhh!! RM1800 je, tak kira size!! Free shipping, Free consultation!! Kalau rasa berminat bleh contact Wani (0123792210) Tak pun email je kat dia wani56@gmail.com
*Beyonce pun pear shaped gak, tapi apsal dia hot semacam hah?
*lain kali jangan mengelat berbengkung time pantang. dulu asyik ngelat je kan, rasalah hidup dengan perut buncit tu.
ho yeah...welcome to the club dayu..
ReplyDeletehihi rasa dah kan seksa pakai pb...seksa yang menyedapkan..wahahah.. yg pakai bra tu kan dayu..dayu leh kancingkan bawak ke depan dulu..bila dah kancing..lipat sikit bagi kene kain seluar tu..pastu tarik pelan2 ke belakng..hihi
anyway..gud luck
wah dpt try free ke Dayu? ada tak sape² nak offer kat Fie? haha
ReplyDeletewahhhh~ u beli PB?? hebat ah Dayu.. dpt package price best ke? bole hana grab 1 utk pantang nnt~ *berangan* :) tp, mana tau boleh usap2 en suami lebih2 sikit n dapat kan? rezeki tu. hahaha..
ReplyDeletefuh, terkejut bukak blog dayu ade perempuan seksi. hihi.. terus skrol naik atas takut opismate lelaki kat blakang ternampak. hahahaha...
ReplyDeleteDulu pun penah pakai PB, selesa, memang best pakai PB. tapi tak sanggup pakai lama2 sebab susah nak shii shii..hihi...
hehe..kt pun ade pkai pb gak..tp tak tahan la pkai girder yg seluar tu..mmg sakit..abis luka2 perut coz ketat sgt...nmpak sgt dh terlalu gemuk...dulu xde la camtu..best je pkai...skang nie pkai koset je...huhu...
ReplyDeleteTahniah! Akhirnye ade jugak satu =D
ReplyDeletedayu buleh tak u blanje I PB sepasang? ekekekek
ReplyDeletePB mmg idaman dari dulu
ReplyDeletepunyer lah nak sgt pakai PB
Sekali ada org offer.. mmg terbaik!!
tp siyes mmg selesa pakai PB
2,3 days awal2 je rasa macam sendat sgt. tp masuk hari ke 4,5 .. ok dah. selesa je
congrats dayu :)
ReplyDeleteyup PB mmg sangat selesa..
kita pakai PB dari anak kita baru 3 bulan sampai skang..
skang waist nipper pn dah cangkuk yg plg kecik..pastu stretchmark dah 90% gone..pasal kita caye dgn produk ni tu yg kite terus join biz ni..
hehe sesape nak dptkan PB dari saya pun bole esp kat area shah alam and klang..bole wat free measurement skali no problem
Cun ar dayu..kompem raye ni dh leh sarung kebaya, chayokk!! Teruskan usaha diet anda, semoga anda lebih gigih dan jgn hangat2 taik ayam je tau! Aku skong ko dr tepi sebelah sisi kiri blkg sket ke kanan k..ekekeke..
ReplyDeletelorr..dayu pon dah berPB rupanya..kehkehh...
ReplyDeletewelcome to the club. lama2 mmg rasa selesa pakai pb nie. pastu energy pon lebih. best =)