04 July 2011

Aktiviti Sosial Bulan Jun: Membakar di Tepian Pantai

*ini entry susulan dari entry lepas

Jam 3.00 ptg kitaorg dah bergerak ke lokasi kejadian. Bangun tido terus siap-siap punggah barang. Perut masing-masing dah lapar. Tapi sebab mengenangkan stok BBQ yang melambak-lambak, tahan je lah kejap. Eisya pun makan roti+biskut ngan susu je. Tapi dia apa ada hal. Asal dapat susu cukup dah.

Lokasi sasaran adalah Pantai Tanjung Biru atau lebih dikenali sebagai Blue Lagoon Beach. Sebab ini yang paling berhampiran dengan kediaman sementara di Tiara Beach Resort. Memang sangat sesuai lah. Masa kitaorg dtg pun, dah ada 2,3 group lain yang turut nak membakar. Macam meriah pulak aku rasa tepi laut tu. Eisya seperti biasa, mengelupur bila nampak air. Tapi sorry lah ye, ibu tak rajin nak layan awak main air. Ibu lapar ni..

Dan marilah beramai-ramai menatap gambar di sekitar suasana kejadian.

edisi pertama yang habis licin dalam kadar yang sangat pantas sebab masing-masing kebulur.
memang terbaik lah!!

tukang bakar sementara yang lain men'joyah

Eisya tak mahu berenggang sama abah dia okay.. asyik la nak berkepit. abah tgk sibuk kipas daging, time tu lah nak main cak-cak ngan abah, nak peluk-peluk abah.

kasik caj semula tenaga yang hilang

Eisya akhirnya berlenggeng bila baju habis comot. ibu pun satu, nak bagi anak makan-makan sarung baju kaler putih. rasakan lah..

-ibu tak tahu nak komen apa Eisya-
galak semacam anak dara aku kebelakangan ni

Aktiviti macam ni memang seronok. Berkumpul ngan kawan-kawan. Meriah dia lain macam. Tapi bila buat selalu sangat pun kurang seronok. Kalau jadikan acara tahunan memang baguslah. Tu yang bila kawan Ekwan dah siap plan nak membakar kat air terjun pulak, dalam masa terdekat. Kitaorang kata 'rileks la bro.. baju kotor balik PD pun tak basuh lagi'

*achik excited nak tunggu Jumaat

3 comments:

  1. alaaa dak pompuan kecit tak pakai baju apa ada hal. tak malu la kann cha kann

    ReplyDelete
  2. Aktiviti macam ni memang seronok. Tapi kalau buat selalu pun kurang seronok. Setuju:)

    ReplyDelete