07 June 2013

Rindu

Rasa rindu untuk kembali mem'blog tiba-tiba muncul. Tiba-tiba. Mungkin pagi Jumaat ni aku mempunyai sedikit ruang masa untuk dibazirkan. Mempunyai peluang untuk bermalas-malasan walau hakikatnya jadual aku tetap sama. List 'Task To Do' masih hampir penuh sehelai A4, ada 8 item semuanya. Tapi bila rasa malas datang menyengah, tray bertanda 'In' yang membuak-buak isi dia tu aku buat-buat tak nampak je. Dengan kuasa veto yang ada *veto sangat* aku kategorikan semua tu 'Tak Urgent.. Petang boleh buat' See..aku tangguh sampai petang je ok, bukan Isnin. 

Bila kali terakhir blog aku berupdate?? 27 Mac 2013. Lama. Sangat lama tempoh tu. Blogwalking?? Lagi jangan harap. 

Tapi bila check Nuffnang, dan Nuffnang masih dengan setianya bagi aku Buffered Earning, masih tetap setia bagi aku kesempatan menjana pendapatan. Aku rasa terharu. Tiba-tiba rasa rindu kat blog membuak-buak. Rasa macam kena carik sedikit masa untuk terus update blog. Mungkin lepas ni, tak perlu keluar lunch. Gunakan masa antara pukul 1-2 tu untuk hadap dan kemaskini blog. Update blog sambil makan biskut. Sambil tu boleh diet. Mungkin perlu ke tahap itu.. tapi tulah, adakalanya.. masa yang sejam tu pun aku kena peruntukan untuk setel hal keje. Camne?? Bangun kul 4 pagi?? Tu macam melampau sangat.

Sesungguhnya, aku rindu zaman di mana aku boleh update blog 4 kali sehari.

Will try. Too much to tell. Too much to share. 


No comments:

Post a Comment