Bulan November bakal menjelma.. kad jemputan pun dah mula kunjung tiba. Ramai yang akan naik pelamin November ni.
Dan ada sorang membe ni, entah macam mana tengah borak2 ngan dia *online je pun* Dia tanya 'dulu ko jemput ke ex-bf ko masa ko kawin??' Hah, amik ko, soalan cepu mas dia bagi. Kan bagus kalau soalan tu tak relevan untuk dibagi kat dayu. Tapi nak buat camne, dulu saya kan agak gedik terlebih. Pastu sengal, perasan diri macam laku terlebih *yelah, dolu-dolu kita 52kg je tau* Tapi bila usia mula bertambah, otak mula bertindak tanpa terlalu mengikut kata hati. Barulah pandai nak membuat keputusan bijak. Pilihan yang dibuat pun pastilah yang terbaik.
Dan disebabkan kesengalan dan ketidakbijakan membuat keputusan pada suatu masa dulu telah mengakibatkan kewujudan mereka-mereka yang dikategorikan sebagai 'ex-bf' sebagaimana yang dimaksudkan oleh rakan saya di dalam soalannya di atas. Tapi biaslah kan, tu namanya pengalaman. Kalau tak buat silap, kita tak kan belajar pape. Samalah kes nya kat sini, kita sebenarnya dah jumpe org yang sesuai untuk kita, tapi hati masih degil, konon akan ada yang lebih baik dari dia. Sekali dapat yang lagi teruk.. padan muka *kata kat diri sendiri*
Arrgghhh sudah... kisah lama smua tu. Sudah pun dikesali.
Kembali kepada persoalan asal 'perlukan menjemput ex-bf kamu ke majlis bersejarah kamu itu??' And for me, jawapannya adalah 'tak payah' Lagi-lagi kalau ada urusan tak selesai antara kamu berdua. Kalau dulu tidak berpisah secara demokrasi. Ada perasaan tak puas hati dia terhadap kamu. Jangan carik masalah. Baik keluarkan nama dia dari senarai awal-awal. Sebelum dia buat majlis kamu huru-hara nanti. Tak terbayangkan beb...
Tapi itu kalau kamu ada masalah yang tak selesai lah. Kalau dulu kamu berpisah secara damai. Dua-dua pihak dah saling memaafkan dan menerima hakikat, tiada jodoh di antara kamu, dan menrima baik pengakhiran hubungan tu. Tak salah rasanya untuk menjemput. Walau belum tentu dia nak dtg, saksikan kamu cantik2 duduk atas pelamin ngan org lain. Agaknya kalau dia sudi datang pun, dia senyap2 je.
Hmmm..terserah lah. Kalau kamu rasa mengundang dia tidak akan mendatangkan masalah pada mana-mana pihak, teruskanlah niat tu. Takde sape rugi, tapi kalau ragu2, baik tak payah.Hubungan kamu dengan dia dah berakhir. Kamu dah jumpa pun orang akan hidup bersama kamu sampai ke hujung nyawa. Apa lagi mahu diambil pusing hal lama. Tinggalkan je lah.
Hidup baru yang akan ditempuhi akan lebih indah. Percaya lah.. dan akan lebih indah tanpa kehadiran unsur-unsur yang tak diingini..
08 October 2009
05 October 2009
padan muka ko dayu
Semalam tiba-tiba sesak nafas..
Apa tak nye, baru je balik setelah seharian meninggalkan rumah sebab sibuk berjalan ke sana ke mari mengisi perut sehingga sendat. Pastu perangai punyalah molek, sebelum keluar rumah tak reti nak kemas rumah. Ngan baju memenuhi karpet depan tv. Nasib baik dah berlipat, kalau berlonggok-longgok je. Pengsan terus agaknya aku.
Sedang elok basuh pinggan. Ada orang bagi salam. En Ekwan lah yang menjawab, pastu dia terus datang dekat 'yang, org depan dtg raya' Hah, amik ko.. berlari-lari laki bini 2 orang ni clear kan meja kat depan tu. Angkut smua barang atas sofa campak masuk dalam bilik. Gelabah ayam jadiknya kitaorg..
Serius serik.. lepas ni sebelum keluar nak pastikan rumah berkemas. At least takde lah bersepah sangat. Buat malu diri sendiri je.
Dan hari ini, 3 jam dihabiskan hanya untuk mengambil tekanan darah, timbang berat badan *yeay!! dah tambah lagi 1.5kg..* dan untuk doktor tu tanya2 soklan, picit2 sikit perut..Ohhh, sgt membuang masa lah!!! Kalau dikira secara lojik rasanya dalam setengah jam siap dah semua tu tau.. saja nak buat aku tersenguk-senguk kat klinik tu..

Subscribe to:
Posts (Atom)