03 June 2011

Sekinchan Ikan Bakar: Sedap, takde la sedap sangat

Malam Selesa yang lepas kami saja nak mencuba Ikan Bakar Sekinchan yang asyik lah orang kata sedap. Nak juga cuba sendiri kan. Sedap sangat ke? Kami ke cawangan dia di USJ Taipan. Inilah yang paling hampir.

Sampai dalam pukul 8.30pm, Ekwan sangat confident kata orang tak ramai kononnya kat Taipan ramai cina. Chinese tak makan sangat ikan bakar katanya. Sekali amik kau.. penuh okay restoran tu. Nasib baik ada meja. Maka terus la memilih ikan. Aku dah budget, harus lambat dapat makanan ni. Dah la memang dia budget 30min untuk order siap.. 8.55pm hantar order, dalam 9.25 baru dapat makan. Memang tahap kebulurlah.

peluk anak ketat-ketat sambil cover lapar tahap maksima

cha, ibu lapar!! sikit lengan boleh?

Bagi aku ikan bakar dia takde lah sedap melampau bagai yang dikhabarkan. Biasa je. Sedap memang sedap tapi macam melebih-lebih pulak orang punya kata sedap tu. Menu kami malam itu adalah Ikan Jenahak bakar (tak ingat langsung nak amik gambar sebab dah kebulur sgt) dan juga makanan tambahan seperti di bawah:

Sotong Bakar
Seekor adalah RM 13. Sedap.

Lala Bakar.
Setengah kilo RM 10. Yang ni bagi aku macam 'kureng' skit.

Harga dia pun aku tak pasti nak kata mahal ke murah. Tapi bagi setiap 100gm ikan adalah RM7. Macam talapia, kembung tu RM5/100gm. Kitaorg amik jenahak kena RM35. Ngan air, nasik, ulam semua kena RM75 untuk 2 orang makan. Mahal ke murah? Bagi aku, okaylah. Perut kenyang, makan pun boleh tahan sedap. Tapi kalau nak dikira-kira, RM75 tu dapat stok ayam, ikan, udang, sotong untuk seminggu kat rumah.

Sekali-sekala bolehlah.. nak pergi tiap minggu, haru.

Eisya adalah membuas okay kali ni. Penat layan dia sambil makan. Tapi dah jumpa taktik nak kasik dia diam. Bagi pinggan ngan sudu, isi nasik sikit dalam pinggan tu, diamlah dia. Bila nasi dah habis terabur, dia tak diam semula. Tapi kali ni isi nasik dia tak layan dah. Dia nak minum air dari gelas kita pulak. Nak tak nak mintak gelas kosong satu kasik dia main.

Klau dah ada 2,3 anak, aku tak makan luar dah kot

Buat Cik Ani

Cik Ani,

Nanti saya datang umah Cik Ani ye. Saya memang teringin nak bertemu dengan Cik Ani. Selama ni saya hantar kain nak buat baju, main pass-pass je kat Reen ngan Farid. Kali ni rasa nak ukur badan semula la Cik Ani. Rasa macam ukuran badan dah lari sikit lah Cik Ani.

Dulukan Cik Ani saya ni suka beli baju dah siap je sebab saya ni tak menyabar orangnya. Nak baju siap cepat je. Lagi-lagi bila stok baju nak pakai gi keje dah takde, lagilah mengelupur kalau baju lambat siap. Tu sebab suka beli yang dah siap je. Pastu merasalah, jalan-jalan kat Sogo nampak orang pakai baju sama. Tapi saya tak berapa kisah sebenarnya.

Tapi yang buat saya lagi suka nak beli baju ready made sebab upah jahit baju sekarang ni macam sangat mahal. Mengalahkan harga kain pulak. Baju kurung pun nak amik sampai RM50-60. Tu belum kalau saya ngada-ngada beli Chiffon nak kena lining bagai. Berapa dah upah dia. Ngan harga kain lagi, baik beli siap je. Balik dah boleh sarung dah. Tapi bila anak Cik Ani, si Reen tu kata mak dia amik upah jahit baju. Pastu harga pun sangat memikat. Sejak itu, saya jadik pengunjung setia Jakel, Nagoya dan juga bazaar kat Jalan TAR ni. Beli kain je kejenya.

ni baju pertama yang Cik Ani jahitkan untuk saya. best je pakai
saya buat kurung pahang

Baju kurung biasa : RM30.00
Baju kurung riau : RM35.00
Baju kurung moden : RM50.00
Baju kurung pahang : RM35.00
Baju kebaya : RM50.00
+ Lining : rm25.00
Blouse/Kemeja : RM25.00
Seluar (outer seluar) : RM5.00
(Kecilkan seluar) : RM10.00
Outer baju kurung : RM15.00
Langsir 1 panel : RM15.00
*(scarlet) : Depends
Baju melayu : RM60.00
Skirt : RM20.00
(Bawak contoh)

Mana nak dapat harga upah jahit baju macam ni kat KL ni

Baju Cik Ani jahit sedap je pakai. Dan paling saya suka, selamba je Cik Ani jahit 3 pasang baju saya siap 2 minggu. Kita lak yang lambat amik *nak tunggu gaji punya pasal*

Sebab tu sempena nak raya bulan September nanti, saya dah reserved Cik Ani siap-siap. Pesan kat Reen berkali-kali suruh bagitau Cik Ani saya nak booking Cik Ani untuk jahitkan baju raya. Dan saya juga telah memborong kain tanpa ada kesedaran diri untuk Cik Ani transform menjadi baju. Sudi ye terima Cik Ani. Tak banyak.. 7,8 pasang je termasuh baju Eisya *sengih pastu Cik Ani semput*


Tapi kalau Cik Ani tak sanggup nak terima semua. Takpe. Saya pun macam kesian nak bagi semua kat Cik Ani. Kang jahit baju saya je. Tak sempat nak hadap kain orang lain. Ke okay je Cik Ani?

Insya Allah, hujung minggu akan datang saya datang jumpa Cik Ani serahkan kain-kain ni ye. Nanti saya plan-plan ngan Reen.

TQ Cik Ani. Jumpa nanti ye