21 September 2014

Aku takdelah ikut buku sangat

Kelmarin masa dinner, aku pangku Elma sementara Ekwan makan. Datang sorang tegur dan usik-usik Elma. Biasalah bermesra-mesra dengan baby. Dia tanya berapa umur Elma, aku jawab 'hari ni 5 bulan' Dia geram tengok Elma kot, habis diramas-ramas lengan Elma. Pastu dia tanya dan cakap 'dah makan ke ni? Tembamnya dia' Aku dengan pantasnya jawab 'belum..baru je 5 bulan kan' Dia kata 'bagus betul kau ni Dayu, dengar sungguh cakap doktor'

Tak sempat nak kata apa-apa dia dah minta diri. Tapi aku pun tak terfikir nak jawab semula, senyum je. Sebab malas nak berdebat hal-hal gini. Dia pun takdelah keluarkan ayat-ayat yang menguris hati kan. Cuma gaya tu macam nak kata, aku ni ikut buku sangat. Tapi bukanlah aku ni akur sangat sebenarnya, cuma keadaan mengizinkan aku patuh kepada arahan yang lebih pakar, aku ikut je lah. Tak menyusahkan pun, apa salahnya dengar je cakap doktor. Tak rugi apa pun.

Eisya dulu aku mula beri makan masa dia 4 bulan lebih. Dengar sangat cakap orang. Sedangkan budak tu elok je kenyang walau hanya minum susu. Makanan pertama Eisya puree carrot. Dan eisya bukanlah pemakan budaknya, tapi aku tetap gigih buat homemade puree untuk dia. Garam pun lambat dia merasa. Tapi kecik-kecik senanglah aku nak kawal itu ini, dah besar ni..hhmm, ibu pejam mata je lah.

Kalau tengok Elma sekarang memang orang akan kata 'dia nak makan lah dayu, tengok tu mulut.dia' Kalau tengok orang makan pun tak lepas mata dia memandang. Gaya macam minta disuap sama. Tu belum lagi tangan sama sibuk tarik pinggan sudu smua. Tapi aku tak pernah pulak terfikir sebelum ni yang semua tu petanda dia dah bersedia nak makan. Aku anggap tu semua tindakbalas biasa dia. Lagipun dia macam cukup je dengan susu. Lepas susu nenyak je dia tidur. 

Tapi dalam masa yang sama aku teruja sebenarnya nak perkenalkan solid food kat Elma. Siap dah plan, 1st puree aku nak bagi kat Elma nanti adalah puree labu, tak pun puree sweet potato. Aku memang over melampau ni. Lagi 1 yang over, dari bulan lepas asyiklah ushar baby bullet, steamer, pressure cooker semua tu. Tapi masih mampu kawal diri sebab rasa semua tu nafsu. Steamer lama elok lagi. Baby bullet tu pun tak perlu kot, blender kan ada. Tapi pressure cooker tu macam boleh dipertimbangkan.

are you ready for solid dear???

Semoga aku dikurniakan kegigihan yang berterusan untuk menyediakan makanan pejal untuk Elma. Semoga aku tak kalah dengan dugaan Nestum dan instant baby food yang melambak kat Mydin tu. Insya Allah. Permudahkanlah niat murni ku ini. Amin.

*dan berharap mampu bertahan untuk fully breastfeed Elma sampai 6 bulan sekurang-kurangnya.

17 September 2014

Flamingo Hotel by The Beach

Aku kalau bab carik hotel, memang google je lah. Taip aje 'hotel pulau pinang' Melambak kuar, pepandailah pilih, siap dengan review lagi. Lagi-lagi sekarang ni ada macam-macam website yang dengan baik hati tolong compare kan harga. Memang sangat memudahkan kerja. Bagus. Akak memang suka. 

Aku jumpa hotel ni masa tengah belek-belek review pasal Copthrone, harga pun masih dalam range bajet. Expedia bagi harga paling murah. Kat Agoda, Booking.com semua RM250++ tAPI Expedia nyer harga RM 187 je. Apa lagi. Try lah klik. Macam menarik. Menepati segala kriteria yang diperlukan. Bilik Hillview pun apa kesah. Janji tak over budget. Maka, teruslah aku booking. Dan dengan yakin nya bayar RM 434 kat Expedia. Lepas je bayar aku terus Whatsapp Ekwan 'sila jangan cancel, kalau tak refund semula duit hotel' Kalau tetiba kena cancel memang nangis lah aku.

Sebelum pergi, puas aku belek segala gambar dan review. Semua macam okay. Dan aku berharap sangat semua itu indah bagai dikhabar. And Alhamdullilah, bila sampai tu..aku impress sangat. rasa sangat untung dapat bilik hotel selesa macam tu dengan harga RM 187 semalam. 


Deluxe Hillview. Ni gambar from website. Walaupun hillview, aku tetap boleh tengok laut dari balcony. 

ini gambar visitor. Cik Eisya dah rasmi dan kecahkan dulu, tak sempat ibu nak amik gambar setiap angle.

jadiklah nampak laut sipi-sipi. takdelah duduk kat balkoni nmpak dinding bilik orang. padan lah dengan rege.

Breakfast pun best. Pilihan makanan banyak. Memang puaslah. Swiming pool best. Nak ke laut pun boleh akses dari pool je. Tapi kitaorang tak pergi pun. Malas. Macam apa je kan.. boleh malas. Nasib Eisya tak beriya nak ke laut. Dia puas kot mandi kolam je.

nampak kolam, semua dia tak peduli dah

coffe house dia *ni gmbr website* merasalah bfaz kat tepi kolam renang. kalaulah dapat camtu setiap weekend..nikmatnya lah hidup

semua tak mandi lagi ni. hahaha..pinggan dlm gmbr tu, tuan blog yang punya. pinggan pertama, ke-2, ke-3 tak payah amik gambar. tgk gambar Elma ni, rasa macam 'ek eleh, tak mandi tapi beriya pakai headband' anak sape lah tu..

*tutup mata pun tetap nak upload sebab ni je gmbr yg ada*
ekwan makan, aku dukung Elma. bawak jalan-jalan tepi laut. itu perkara biasa. redho dah walau perut lapar beriya. stroller tu memang beli buat penuh rumah je kan dik kan..

Banyak je facilities dia. Gym ada. Ekwan siap manfaatkan. Gigih. Ada gak kid club, indoor playground untuk budak-budak. Tapi kena booking kalau nak guna. Ingatkan boleh main terjah je. So tak dapatlah masuk. Nasib Eisya tak beriya. Sebab tak berapa menarik, biasa-biasa je. Kalau lah ada slide bagai, mau dia merengek-rengek gak aku rasa.

Kesimpulannya, memang berbaloi dan kalau orang minta suggestion nak dok mana kalau gi Penang, silalah cuba Flamingo Hotel ni.