27 April 2015

Kaki Ayam Sedap.

Jangan nak pandang aku semacam. Kaki ayam ni memang betul-betul sedap. Makan dengan roti canai melayu..Perrghh, bagi aku 4 keping pun aku boleh perabis. Punyalah sedap kan. Yelah, kat KL ni kadang susah gak nak makan roti canai melayu. Asyik-asyik makan kat mamak. Tak sama beb feel dia. Tu yang bila budak-budak opis ni ajak breakfast kat kedai Kaki Ayam ni, aku siap kosongkan perut dari malam. Sebab esok nak makan 3 keping roti Canai cicah dengan gulai kaki ayam.

Nak lagi best... Murah giler weh.. Dulu opismate tapaukan 2 keping roti telur dengan teh tarik, RM4 je kau. Semalam makan 2 keping roti kosong, teh'o..RM2.80. Murah sangat. Dah lah boleh amik gulai kaki ayam tu banyak mana kau suka. Memang terbaik lah!! Rasa nak breakfast kat sini everyday. Nasiblah jauh dari opis. Bila dah mengidam sangat, pepandailah curik masa ke Kg. Baru tu. Tapi jangan datang lambat, beratur sampai ke jalan lah nanti jawabnya.

Terbaik!!!!

Aku selalunya tak gemar makan kaki ayam. Tapi bila makan gulai ni, boleh lak siap meratah kaki ayam tu. Punyalah sedap kan, Eh,.tak reti nak cakaplah, Kena cuba sendiri baru bleh paham.



Kedai dia biasa je. Tapi punyalah penuh. Orang setiasa ramai, tapi jangan risau, meja banyak. Sampai je terus beratur tunggu roti. Kalau datang beramai, bolehlah sorang gi tunggu meja. Semua self service ye. Air pun amik sendiri. Kalau setakat teh'o, teh tarik.. dia dah bancuh siap-siap dah. Pepandailah gi amik sendiri.

Kat kedai ni nasi lemak pun ada. Menu-menu breakfast lain pun ada, tapi dah speciality dia roti canai gulai kaki ayam kan.. makanlah roti canai. Setakat nasi lemak tu, kat mana-mana pun boleh dapat. Isskk, tengah menaip ni pun terasa-rasa kesedapan roti canai cicah gulai kaki ayam tu wehh.. Nasib lah Isnin dia tutup, kalau tak memang dah ajak Ekwan gi kedai ni.

24 April 2015

Rezeki Pertama Bersama Blu Inc

Haruslah dia punya gembira adalah tak terkata. Dari Januari cuba nasib, setiap bulan gigih submit jawapan online kat smua majalah keluaran Blu Inc. Dan setiap bulan tumpang kegembiraan kawan-kawan. Memang murah rezeki kawan-kawan aku, setiap bulan, ada je yang menang. Kadang tu menang secara berjemaah pulak tu. Aku nak gak merasa barang free dari BluInc ni. Dan Alhamdullilah, rezeki aku tiba April 2015 ni. Tersenarai jugak nama aku sebagai pemenang salah satu promosi Cosmopolitan. Thanks to Dira yang setiap bulan jadik tukang semak nama pemenang, kawan-kawan ni tahu join je. Bila umum pemenang pun tak tahu bila.

Alhamdullilah, terselit nama akak.. 

Excited menang, tapi tak ingat apa hadiah dia.. Hahaha.. Nasib cikgu besar, Dira bagitau siap-siap 'Kau menang barang mekap One Direction Dayu'  Wahh!! Akak suka!! Dira kata nanti bila BluInc dah ada hadiah dari penaja dia akan SMS suruh datang collect hadiah. Tak sabar akak menunggu. Tapi esoknya terus dapat SMS dari BluInc suruh datang collect hadiah kat opis BluInc kat PJ. Dan kebetulan semalam ada masa, singgah lah sekejap. Opis BluInc ni dekat opis Ekwan je rupanya. Punyalah aku sesat barat mulanya. Nasib Dira bagi tunjuk ajar. Eh.. Banyaknya jasa kau kat aku Dira. Thanks Dira!! Muahhciked..

Posing bersama hadiah yang dimenangi berlatar belakangkan poster kat pintu masuk opis BluInc. Terima kasih kepada jaga BluInc yang rajin layan kerenah aku. Siap 2-3 kali snap, siap suruh aku pandang kananlah, kiri lah.. Hahaha.. Bagus betul.

Isi dalam. Kasik tayang sikit.

Thanks BluInc. Thanks Cosmopolitan. Bulan depan pilihlah saya lagi.