17 October 2008

imbasan

Sudah lama kita bersama, dari zaman muda remaja hingga kini semakin tua
Banyak kita lalui bersama...
Dunia ku di UiTM jadi amat bermakna kerana kamu
Susah senang bersama kamu
kita kongsi semua berdua

Ye..kita pernah terpisah dulu..semua silap ku..
Namun mungkin ini dinamakan takdir, kita bertemu kembali
Walau hakikatnya dulu, kita tak pernah terputus hubungan
terasa kita mmg tak dpt dipisah

di sini kita bertemu semula.. Naili's, Mac 2007

Kita kembali bahagia berdua..lupakan yang lama
Saling menerima kembali..terima kasih diucapkan..

saat-saat kita berdua



Kamu peneman yang setia, sudi bersama ke mana jua
selagi termampu segala keinginan akan dituruti
betapa diri ini amat dimanja,walau kamu sering kata
saya agak mengada-ngada *tapi saya tahu kamu rela*


Bertemu dan bersama kamu, peluang yang tak terlupa
adakah mereka yang lain, yang akan mampu menjadi seperti kamu
terasa seakan mustahil

Segalanya terasa sempurna bila bersama
tidak perlu berpura, tidak perlu menjadi yang lain
syukur, kamu boleh terima semua tentang diri ini

Walaupun tertekan dgn bebanan keje..hati ni masih berasa sayu
Maka, saya nak buat entry mengimbau kenangan...
secara bertalu..

Semoga ini membantu
Mengubat hati ini...

*oohhh, saya takde mood nak buat keje arini. TA lak antar byk dokumen nak kena check*