28 February 2010

sungguh panas lah

Hari adalah sgt panas.. panas yang sangat panas lah.. Yang sampai rasa asyik nak mandi je. Rambut pun kena ikat tinggi2 mcm perempuan dalam pantang. Ohhh.. camne lah nanti nak berpantang dalam keadaan panas begini.

Serius... sangat panas!! Rasa nak pasang air-cond sekarang jugak!! *tapi sedar diri tiada peruntukan untuk tu smua,maka duduk diam2 depan kipas sudah*

Sebelum tido pun kena pastikan mandi lagi sekali. Uiihh penat mak aku pesan jangan mandi malam-malam, tak elok dia kata. Dia kata tahan je kalau panas pun. Tapi saya memang tidak tahan lah. Kalau tak mandi nanti saya tak boleh tido, dah mandi pun tergolek berjam-jam sebelum boleh lelap. Kalau tak mandi dulu... mmg tak tido la jawabnya. Dan sebab panas jugak semalam,kami suami isteri keluar umah tengah-tengah malam, sebab nak duduk dalam aircond. Kete je lah sumber angin sejuk yang ada kan. Maka keluar la kami pukul 1 pagi, carik jalan ke hospital. Ok lah tu, ada gak aktiviti bermanfaat yang terhasil..

Bulan 5 baru keadaaan ni akan berakhir... ohhh, lamanya...

Ok, mari menyejukkan badan sekali lagi. *on mode duduk dlm bilik air selama 30min*

23 February 2010

lagi pompuan saiz XXL

Ketika pagi buta di kala sedang mengelupur tido dalam kepanasan, handphone berbunyi. Ada sms masuk. Guwe memang tak boleh handphone bunyi tengah2 malam gini. Mana tau emergency kan. Bila bukak... ohh kawan saya itu, deskmate masa kat SMTTP telah selamat melahirkan. Siap ngan gmbar baby dia attached. Wahhh..tumpang gembira. Member dah jadik mak!! Rupa mak sungguh kamu ye!!

Ambok Muhammad Dzakir Dzaqwan *perghh nama budak ni*

Member terpaksa di belah bagi mengeluarkan budak kat atas. Kesian sama dia. Masa 37 weeks tiba-tiba kena darah tinggi. Pagi ni mengadu betapa seksa dia pantang beranak operate ni. Tapi aku saje tak tanya lebih2 sebab tak nak takutkan diri sendiri.

Nape sampai nak kena operate hah?? *aku google skrg juga*

Sempat dia pesan 'jaga makan ayu, jgn sampai kena belah mcm aku' Ohhh... berat saya dah 75kg ni. Pertambahan sebanyak 12 kilo *dengan jayanya* Sekarang dah 31 weeks.. ada 7 minggu lagi ni. Ohhh... selera makan makin menjadi-jadi pulak. Mood nak memasak pun dah dtg smula. Kalau dah masak kat umah, harus aku makan bertambah-tambah *feeling hasil air tgn sendiri adalah terhebat kan* Suami pula kata 'awak tu, jgn la asyik nak tertekan je. cuba rileks..' Aaahhh.. perempuan mengandung mmg emosi tak tentu hala la...

-sedang tunggu suami nak makan tengahari bersama-
itu kediaman anak saya ketika berusia 31 minggu.. mcm kecik je, cukup ke ruang dia nak main-main kat dlm tu hah?? ke itu tandanya saya bakal dpt anak yang tak besar *bawah 3kg*?? mak mengembang ngan jayanya, tp anak kecik.. apa kes??

ingat nak tunjuk muka tembam saya, tp tadi lebih fokus kepada perut. maka, muka pompuan size XXL ni dpt skit je lah. Aritu ada pakcik tanya 'dayu, boleh drive lagi?? perut kena stereng tak??' Ohhh pakcik, perut ku ini comel saja kan, harus lah tak bertemu ngan stereng tu. Tapi kini nak tekan-tekan clutch smua mmg buat kaki ku lenguh. Kalau tak emergency, mmg saya tak kan memandu sendiri lah...

*arini ada pasar malam, nak gi carik air tebu lah