04 September 2010

akhirnya

Lokasi terkini kami berdua adalah di tingkat 5, wad 5A, Hospital Serdang. Eisya diarahkan unt ditahan,sampai bila aku xtau,tp harap2 x beraya kat hospital. Lepas tgn dicucuk jarum,diambil xray. Akhirnya kami bermalam di spital. 

02 September 2010

bila anak tidak sehat

Setelah 5 hari bercuti. Hari ni kembali bekerja. Masuk keje dalam keadaan badan agak letih. Mengantuk. Penat. Sakit pinggang adalah sikit. Dan yang penting, rumah masih dalam keadaan huru-hara. Sila jangan kata 'dayu, nk dtg tgk umah baru' Harus aku reject mentah-mentah permintaan korang tu. Tapi kepada mereka-meraka yang dipercayai, silalah dtg menjenguk. boleh tolong mengemas sekali :)

Dan keadaan semakin meletihkan dengan kondisi terkini Eisya.

Dia tak berapa sehat. Batuk makin menjadi-jadi. Rumah berhabuk sangat mungkin 3,4 hari ni. Demam pulak, saja nak lengkapkan pakej. Kali ni demam dia tak hilang. Masuk hari ke-3 baru nak surut, tu pun bila dah sampai ke hospital. Check punya check, doktor suruh sedut gas. Hmm.. kesian kat anak ibu. Dan malam tadi, dia selsema pulak. Tido mmg tak lena. Bila batuk, terus terjaga. Dan menangis sebab tak selesa mungkin.

Dan yang paling dirisaukan, Eisya kini semakin kurang menyusu secara direct. Bila bagi, dia tak nak. Siap menangis-nangis lagi. Sedangkan mmg dia lapar, iyelah, dah 4,5 jam tak menyusu. Tapi bila bagi, dia tetap reject. Aku punya risau jangan ditanya. Bila bagi pakai botol pun, dia minum nak tak nak je. Bagi 3oz, dia minum 1oz pun dah cukup baik. Tapi bila sekali dia menyusu, mmg lama la melekap. Kalau boleh tak nak lepas agaknya. Secara purata, waktu siang 2 kali je dia menyusu. Malam kerap sikit. Tu pun aku paksa-paksa.

Bila meng'google, aku jumpa artikel ni.

klik untuk bahan pembacaan lebih jelas

Mungkin Eisya sedang melalui fasa Reverse Cycling. Dan mungkin sebab dia tak sehat kan. Kita pun kalau demam, mana ada selera nak makan. Harap-harap tak lama lah dia buat perangai macam ni. Ibu risau tengok awak tahan-tahan lapar gini. Dan cepatlah baik batuk awak, kalau tak baik nanti kena gi hospital semula, kena sedut gas lagi.

Jangan awak kena lelah sudah.. ibu takut.