06 April 2011

Eisya dan Sepupu

Eisya adalah anak sulung kami. Anak sulung yang manja.

Eisya adalah cucu sulung di sebelah aku. Maka, dia adalah sangat dimanja dan mendapat sepenuh perhatian apabila pulang ke kampung di Johor. Di sebelah abah dia, dia adalah cucu ke-10. Biar dah no 10, tetap jugak manja. Bila balik semua orang nak pegang dia. Nasib baik sekarang dah tak menyombong. Siap buat tak kesah kat ibu adalah. Selamba je gi main, sepahkan umah orang. Kalau ibu tak datang amik, tido sana agaknya awak.

Eisya memang suka bermain. Dia kalau dah main, lupa makan, lupa susu, lupa tido.

Kalau sepupu-sepupu dia datang rumah. Memang seronoklah dia. Ibu takde depan mata pun dia tak kesah. Cuba kalau duduk ber-3 je. Pantang ibu ngan abah bangun. Harus dia kejar.

Sian pulak sorang-sorang.. tapi ibu tak sedia lagi nak bagi awak adik. Sorry.. Buat sementara ni, bergurau sendalah dengan abang-abang dan akak sepupu ye.

Bila Eisya main sama-sama ngan sepupu dia, rasa macam dah sangat besar sangat anak aku ni. seronok. nasib baik ada gak sepupu kat KL ni, kalau tak ber-3 je lah kita Cha.

05 April 2011

Zuray is Married

Sabtu lepas (2 April 2011) SnB berpeluang untuk berkumpul lagi selepas aktiviti melepas rindu di Bora Asmara lalu. Kami berkumpul kali ini bagi merai, bersama berkongsi kegembiraan rakan di hari gemilang mereka. As usual, wedding reception akan menjadi ala-ala gathering. Seronok jumpa kawan-kawan lama. Masing-masing kelek anak dah. Wahh.. terasa macam baru semalam je sama-sama berebut naik bas nak gi kelas kan.

Pengantin adalah sangat gorgeous!! Zuray dah la memang cantik orangnya. Bila kawin, harus la lagi cantik. Gambar pre-wedding diaorang pun sgt cantik. Semua la cantik!!

cantikkan pengantin!!

Majlis bermula jam 8pm. Maka 7.3opm haruslah dah keluar. Eisya pulak siang harinya seronok bermain dengan sepupu-sepupu, tak tido satu hari. Pukul 6.30pm baru nak tido. Time orang nak siapkan dia, time tu lah dia nak lelap. Maka, merasalah anak aku mandi dengan wet tissue je. Lena sungguh tido, orang lap-lap badan ngan tisu lembab pun tak terjaga. Sarungkan baju pun tak sedar. Bila nak angkat masuk kereta baru dia terjaga.

budak baru bangun tido.

Terima kasih kepada suami saya sebab tanpa dia pasti aku sesat barat entah ke mana. Ngan aku yang dah lama tak bawak kereta. Dengan lesen pun dah expired. Harus la duduk je diam-diam kat sebelah kiri tu. Lagipun aku ni memang sampai ke sudah kot, tak kan ingat jalan kat Kuala Lumpur ni. Biarpun dah berkali-kali pegi. Failed..

Upon arrival... berkat suami saya, kami berjaya sampai sebelum majlis bermula.

ini acara wajib

Nothing much to write about, maka seperti biasa. Biarlah gambar yang bercerita. Itu lagi memudahkan keje.

ini kami

jelitawan SnB

koleksi sehingga kini

sebahagian dari kami

Dan majlis kali ini adalah lebih bermakna. Dengan perkhabaran yang sungguh menggembirakan. Bukan takat tuan badan je gembira, kami semua turut berbesar hati. Tahun 2011 akan menjadi lebih meriah dengan kehadiran 4 ahli baru. Wow!!! Tak sabar. Makin sempit la pelamin 2012 nanti. Tahniah Hana!! Aku suka cara kau revealed the news!! Creative!!

*banyak lagi gmbr lain sebenarnya. takpelah, nanti dah dapat aku buat another entry ye