03 August 2011

Kegemaran masa kini

Ibu suruh Cha lah yang minum susu tu, bukan kasik Pooh minum

Beginilah setiap malam bila mahu dodoikan anakanda kesayangan hamba ini. Kita hulur botol kat dia, dia amik tapi terus dia bangun carik patung-patung beruang yang ada berdekatan dan bagi susu kat bear. Malam kelmarin, Pooh ni jadik mangsa.

Tapi aku gelak je lah.. dia pandai buat gini pun aku yang ajar. Aku yang main-main bagi hulur botol susu dia kat patung-patung beruang tu kan. Harus la dengan sepantas kilat dia meniru. Budak baya-baya ni kan copycat terhebat. Buat sekali, terus dapat. Maka, mulai sekarang kena sentiasa berhati-hati dengan kata-kata dan tingkah laku. Jangan sampai anak berkelakuan dan bertutur tidak senonoh disebabkan didikan dari kita.

Sekarang sangat mudah dia ikut apa yang kita cakap. Sebut 2,3 kali, terus dia bleh ikut. Tapi haruslah dengan pelat dia tu. Semalam layan gambar binatang, aku nak tergelak dengar dia sebut 'lion' Dahlah gayanya macam susah sungguh nak sebut 'lion' tu..

*nak kena bawak Cha gi zoo la.. jgn nanti dia nak kiss lion sudah. semalam berkali-kali dia kiss lion dalam buku. nampak gajah dalam TV pun dia kiss

02 August 2011

Permulaan

Semalam nyaris-nyaris terpaksa berbuka di kedai makanan segera, berdua je lak tu ngan Eisya. Aku dah nak gerak ke The Mall dah. Tapi Ekwan call kata 'tak yah gi, tunggu orang. 15min lagi orang sampai' Time tu dah 5.40 dah. Maka, duduk lah aku semula ke sofa kat nursery tu. Tapi aircond macam dah shut off, Cha dah berpeluh kepanasan. Nak tak nak, aku bawak lah dia amik angin kat luar. Seronok habis dia dapat lari-lari, main cabut-cabut rumput.

Dan akhirnya, jam 6pm baru Ekwan tiba. Nak sampai ke rumah sebelum waktu berbuka, macam perkara di luar jangkaan. Nak balik memasak, lagi mustahil. Maka, berhenti lah tepi jalan singgah beli kuih buat persediaan andai nanti azan berkumandang dalam kereta. Dah alang-alang, beli je lah terus bahan nak berbuka nanti.

Itulah kisah hari pertama berpuasa saya.

Semalam berjaya berbuka hanya dengan sebungkus laksam. Sedap laksam makcik tu. Alah, dah lapar.. smua benda pun lazat kan. Tapi yang macam tak percaya, rasa kenyang sampai ke sahur. Hebat perut aku sekarang, dulu dah isi ngan nasik sepinggan penuh pun boleh je lagi terima macam-macam. Bagus-bagus.. Ini yang aku perlukan. Minimum intake, tapi kenyang berpanjangan. Barulah sasaran boleh tercapai.

Walaupun berazam nak berdiet dan kehilangan berat badan secara maksima, pengambilan nasik di waktu sahur adalah masih diperlukan. Tapi kuantiti adalah dipotong setengah. Ingat nak isi perut dengan roti dan tuna sahaja, tapi suami saya kata 'kang pengsan jangan suruh org dtg amik' Maka, bersahur lah saya penuh kelazatan dengan nasi. Buat pelepas rindu kat nasik. Jangan sampai tekak lupa camne rasa nasik *okay, statement ni memang kedengaran melampau*

hasil masakan jam 3 pagi tadi. ikan cencaru bakar *sejak ada grill pan ni, smua benda aku na bakar* sambal dia memang aku dah buat banyak-banyak. buat stok. ingat esok nak bakar pari.. simbah jelah sambal sedia ada ni. sawi goreng sudah. udang letak 2 ekor je, sorang sekor. tapi ekwan balun dua-dua.

Petang ni berbuka apa? Seminggu ni mungkin tak sempat nak memasak untuk berbuka, sebab Ekwan training kat PJ. Pukul 5 dari PJ ke KL, nak patah balik ke Subang.. bila masa aku nak masak?? Minggu ni aku kumpul je lah resepi, minggu depan hidang atas meja. Amik gambar, tayang esok paginya. Sape terliur tanggung sendiri (: *budget hebat sgt lah masakan tu kan

Tetiba rasa nak tayang muka sendiri lah. Boleh eh..

gambar Ahad lepas bersama anakanda yang cuba melepaskan diri bila dipeluk ketat oleh ibu. konon nak gi Jalan TAR borong kain untuk majlis kawin adik aku Oktober nanti. tapi tak jadik, akhirnya ke sesi makan-makan sebelum Ramdahan bersama abang dan akak ipar. dan menonton wayang juga.


*alamak, semalam lupa submit entry PDR.. camne erk