07 May 2012

Cupcake/Muffin Topper

Aku kan ala-ala ngada-ngada sikit on Eisya's birthday preparation ni. Beriya nak deco macam-macam, nak buat itu. Nak buat ini. Tu yang sampai muffin pun nak ada decoration. Tapi sebenarnya sebab aku tak reti nak buat topping untuk muffin tu. Resipi ada, tapi dapat last minit, tak cuba, Tu yang siapkan topper ni siap-siap. Dan seperti biasa, bahan free adalah digunapakai sepenuhnya.

muffin topper (:

muffin/cupcake topper in the making

Melambak-lambak aku buat topper ni, tapi gunanya ciput je. Tak sempat aku nak cucuk topper ni bila tambah semula muffin letak atas stand ni. Busy sungguh mak pengantin.

Macamana nak buat?? Alah.. senang je. Korang tengok gambar pun tahu kot macamana nak buat. Yang diperlukan, kertas, gam, gunting dan lidi pencungkil gigi tu. Sila pastikan yang baru sahaja ye. Yang dah guna, dilarang sama sekali. Kalau nak template muffin topper, boleh maklumkan aku. nanti aku email kan template dia. Aku ada banyak jenis *biasalah, rajin sangat meng'google'

Wording atas korang tukar lah ikut selera masing-masing..

Here the link for the Free printable Muffin/Cupcake Topper. Enjoy!!!

10 comments:

  1. dayu bagi aku link..aku baru cari ni tak jumpa lak..tq..

    ReplyDelete
  2. wah!!!!apsal ko berjaya ek bab2 bakar kuih nih?jeles aku!aku ni asal baking mesti fail. oven cap ayam kah? ker tangan mmg tak berseni?

    ReplyDelete
  3. sejak akak kenal Dayu, kamu memang rajin bab DIY nie kan .. chaiyok chaiyokkk

    ReplyDelete
  4. selut la..rajin giler...aku dh malah nk buat2 keje2 gini sekarang...kikikiki

    ReplyDelete
  5. Nakkkkkkkk!!
    Nanti aku suruh ustaz beli printer berkaler plak lah pasni, hihi

    ReplyDelete
  6. untung sha dapat mak yang rajin macam dayu.....

    ReplyDelete
  7. okay, nanti aku share template template topper ni. aku mcm x reti lak nak attach document sekali dalam entry..

    anyway.. takde lah rajin mana. tp sebab suka kan.. tu yg beriya

    ReplyDelete
  8. nak template jugaa...
    boleh deco-deco..lalalala...

    fana_akim@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. nak gak template tu..agaknya sempat x nak DIY..birthday aqil hujung thn..start dr skrg la..haha..

    ReplyDelete
  10. Nak!!!! Kau ni memang bestlah dayu!

    ReplyDelete