Aku terpaksa mengaku, aku ni bukan rajin orangnya. Lagi-lagi bab mengemas. Asal boleh je. Asal tak serabut tahap sendiri rimas sudah. Aku tak pandai nak susun barang elok-elok, kemas dan nampak teratur. Aku jenis yang humban semua benda dalam satu tempat, pastu kalau boleh sorok, sorok. Tersurat nampak elok je, hakikatnya, kau bukak je terus tersembur semua bersepah.
Kitchen cabinet aku huru-hara, dish rack aku bersepah. Pinggan mangkuk kat rak pinggan bercampur aduk. Peti ais pun aku main sumbat je. Tu baru dapur. belum tengok stor. Lagi haru. Dengan kain baju melimpah ruah dari bakul. Aku ada beli rak kayu kat IKEA, tapi aku tak berjaya susun kotak-kotak dengan teratur kat atas rak tu. Dan lagi satu kawasan horror kat rumah tu adalah bilik tengah. Paling horror sebab dia pegang banyak fungsi, itulah bilik komputer, itu bilik wardrobe, dan situ jugalah bilik tidur Eisya. Rumah kecik, barang menimbun ginilah gayanya.
Tapi aku tahu, semua tu bukan alasan. Aku sepatutnya mampu dan boleh susun barang-barang kat rumah aku supaya lagi teratur dan kemas.
Kena mula sisihkan barang yang tak perlu dan buang mana yang tak pakai. Mungkin aku patut mula terima hakikat bahawa baju-baju lama aku, baju-baju zaman anak dara tu semua memang tak kan mampu aku sarung semula. Kena redhakan diri dan masukkan semua tu dalam kotak dan keluarkan dari rumah. Sediakan ruang untuk baju-baju baru. Buku-buku zaman study pun boleh hantar balik kampung kot. Tak pun boleh longgok kat opis je. Ye, penuhkan book shelf kat opis ni.
Belum bilik air lagi. Belum ruang kat belakang yang aku jadikkan laundry area. Tu lagi sadis.
Baik, marilah mula menyusun dan mengatur segala barang yang ada kat dalam rumah ni. Mulakan dari dapur, tapi nampak gayanya aku macam tak boleh nak fokus. Semua aku nak buat serentak. Dayu, fokus please!! Bagusnya kalau aku lakukan semua ni masa mula-mula masuk rumah ni dulu. Tak payah aku nak kena keluarkan semua barang dan susun semula macam sekarang. Tapi aku kena mulakan dari sekarang. Sebelum jadik lagi kritkal. Kena rancang nak mula dari mana. Rasanya dapur dulu kot. Fokus!!
Perlu amik cuti ke? Mungkin.
Perlu amik cuti ke? Mungkin.
+ source +
kalau dapat susun kabinet aku kemas macam ni mesti aku sentiasa akan pastikan dia tak kan huru hara semula. lepas guna mesti aku susun elok-elok semula.
mula dari dapur..
ReplyDeletesebab situlah ofis kita org pompan..
hihihi...
go dayu!!
*memang minat dengan konsep open shelf ni*
Iye. Aku mulakan dr dapur. Dr pagi sampai ke ptg aku kat dapur. Sakit pinggang tp puas hati.
Deleteaku pernah terfikir hal mcm ko ni. nak amik cuti kemas apa patut. tp asyik bertangguh2. perangai aku pulak aku suka benda nampak kemas. aku dah kemas susun elok2 tp masalah sekarang benda tu mcm tak kekal kemas biasalah ada anak kan. kadang2 dia usik situ usik sini di tambah laki aku jenis suka campak2 baju ke barang ke so lama2 benda yang berada dlm keadaan kemas jadi tak kemas.
ReplyDeletetp skrg ni aku try lah minimum kan apa yg patut utk nampak kemas. so bila weekend tu kemas mana larat je. buku2 time belajar aku dulu semua aku letak kat rumah family kat banting. baju2 mcm kurus dulu separuh aku letak kat banting jugak. maklumlah rumah aku duduk skrg ruang terhad wei. sama je masalah kita
tp bila balik banting mcm rimas lak aku sebab semua pun nak longgok situ. mcm terfikir nanti2 bila free aku nak kena pilih mana nak simpan mana nak buang brg2 yg aku longgok kat banting tu. aku pulak rimas tgk. sbb siap ada lebihan souvior masa aku kawin tu pun aku simpan. patut humban je sbb dah tak guna kan.
entri ni buat aku tersedar aku pun kena fokus
Brg aku pn byk kat kg. cara paling mudah mmg adalah buang mana yg tak pakai. Bos aku pernah kata kalau kita x pakai benda tu lebih dr 3 bln, mmg patut buang...huhuhu, tp sayang kan..
Delete