Esok balik Johor. Yeay!! Tak sabar pulak rasa. Tak sabar nak gi bazaar Ramadhan Kg. Melayu yang meriah tu. Tak sabar nak beli air khatira abu bakar, nak makan murtabal special Kg. Melayu, nak beli ABC Wawa.. Arggh.. Balik JB memang ke laut lah puasa diet aku. Mesti makan sampai terbuntang, nak maghrib pun liat. Ingat lagi masa 1st time Ekwan puasa kat kampung aku, terkejut dia kena beratur panjang semata nak beli murtabak. Tapi berbaloi lah kan.. Sedap.. Arrgghh, makin tak menyabar.
Dan yang paling aku ngidam adalah Nasi Ambeng. Kat KL ni mana ada. Kalau ada pun tak serupa. Nak mee bandung. Nak mee rebus tulang kat belakang istana. Iskk, semuanya aku teringin. Kalau sempat nak gi tapau Kacang Pool kat balai bomba sekali.
Seronoknya korang warga JB sekalian..makanan sedap-sedap merata tempat.
*Johor adalah syurga makanan. habislah, baru nak merasa baju longgar sikit, balik dari JB ketat semula lah jawabnya.
Bazar ramadan kg melayu memang terbaikla dayu..aku sampai harini tak sempat gi lagi..tapi murtabak kg melayu dah dapat makan..nasi ambang kat BBU best..yang keluar JJCM tu..so, sila makan sebelum balik KL ye
ReplyDeletepasti!!! buncit balik pun buncit lah
Deletehahaha amboi banyak betol list ko dayu... hehe aku ni xtau nak makan apa hari2.. tekak memilih sangat
ReplyDeletebulan puasa tekak ngada2, semua teringin
Deletedah lah jarang dpt balik jb.. so aku nak makan puas2
Eerkk macam mana boleh tak tau banyak makanan sedap kat JB ni..
ReplyDeletepuasa ni belum jejak kaki ke bazar lagi, masak ikut suka je, nasib baek laki tak bising dia hadap je makanan yang ada.. kadang rasa nak jugak makan makanan yang dapat time bulan puasa je.. tapi belum sanggup lagi hati ini nak bawak salman bersesak di bazar ramadan.. nak harap bapak salman belikan.. 15 minit lagi nak buka baru keluar dari opis balik rumah.. mentang-mentang rumah dekat..
kat bazaar JB, banyak makanan yg kita dpt time puasa je..
Deletetakpe,nanti ada kesempatan boleh pergi..
Kacang pool tuh apa rasa eh?siap gugel lg gambo dia... mcm sedap je...tp sblh utara ni xda pulak... teringin jgk tgk gmbo nehs... haihhh
ReplyDeletexreti nak ckp.. daging kisar je tu, google je..makan dengan roti.
Deleteroti bantal tu.. perghh cicah dlm kuah tu
add telo mata...kalo gegar lagi best..
Deleteasben orang utara, 1st time rasa terus suka...
ni buat aku mengidam nak p johor mkn sedap2 ni..;)
ReplyDeleteFirst time aku dgr air katira ms belajar kat skudai dulu. Puas aku pikir ape isi dia. Ironiknya smp skrg xpernah jgk cuba... Lama dh xkeselatan ni. Tibe2 rindu kipmart dgn pasar pandan. Eh..apesal pasar yg aku rindu ni?!
ReplyDelete