Alhamdullilah, hasrat nak memasak sendiri juadah berbuka puasa untuk hari pertama berpuasa berjaya direalisasikan. Walaupun merancang untuk pulang seawal jam 4.30pm tidak tercapai, alhamdullilah keadaan trafik petang semalam adalah sangat baik. Tak terlampau sesak. Malah lagi bagus berbanding hari biasa. Ramai yang planned berbuka sekitar kawasan opis kot.
Keluar dari opis jam 5.15pm dan aku berjaya sampai rumah 5.58pm. Pantas sungguh rasanya.
Terus masuk dapur. Hari ni tak sempat nak google2 resipi, nak pikir menu pun tak sempat. Maka masuk kereta aku terus cakap kat Eisya 'kita buka makan mee sup eh Cha' Aku terpikirkan mee sup sebab tu je kot menu paling pantas boleh disediakan. Ekwan buat muka 'hah, mee sup je ke?' hohoho pakcik tu risau tak kenyang lah tu. Terus aku offer 'awak nak makan nasik gak ke?' Offer macam aku rajin sangat je nak masak 2,3 menu. Tapi Ekwan kata xpe, asalkan sahur makan nasi.
rasmikan periuk baru. beli kat IKEA. stainless steel pertama aku, selama ni pakai periuk cap buaya je, beli kat padang besar. next time nak try guna dengan induction cooker.
Macamana nak berdiet sambil puasa macam ni. Dah masak untuk dia harus aku bedal sama. Tapi aku nak cuba sahur dengan ESP dan kurma je. Nak tengok mampukah bertahan. Alang-alang dapat kurma free 2 kotak kan. Murah rezeki Ramadhan ni, ramai bersedekah.
Misi nak sahur dengan ESP dan kurma sahaja tak berjaya sebab ada baki semangkuk mee sup lagi. Nak masak apa buka ni?? arini aku banyak masa nak pikir. Macam-macam aku google kang
No comments:
Post a Comment