20 September 2012

Impian ibu: Katil untuk Eisya

Aku sebenarnya dah lama teringin nak belikan katil khas untuk Eisya. Kesian kat dia tidur atas tilam bujang abah dia je tiap malam. Dah lah tidur sorang-sorang kat depan, tidur lak atas tilam buruk. Nasib baik cadar comel, tahan la jugak. Aku nak ajar dia tidur dalam bilik. Tak nak biarkan dia tidur kat depan lagi. Tu yang sebelum pindahkan dia ke bilik, aku nak decorate bilik tu comel-comel dulu. Bagi dia berkenan, nanti senang sikit usaha nak suruh dia tidur kat situ.

Aku nak mulakan dengan katil dulu. Pastu baru boleh jahit langsir. Beli kain cotton comel-comel, minta Cik Ani jahitkan. Aku siap berhasrat nak cat semula bilik tu, tukar warna soft sikit. Sekarang warna hijau muda. Nak light purple ngan pink. Baru lah girl-girl. Haha, as usual ibu yang melebih. Tapi cadangan nak cat bilik dah kena reject dengan Ekwan. Dia kata kalau nak cat, baik cat dinding kat luar yang Eisya dah conteng tu. Iye..iye.. memang benar kata mu itu. Dinding luar lagi penting.

Apa-apa pun, kena beli aktil dulu. Budget daha da, tapi asyik tak berkesmpatan je nak gi membeli. Dari sebelum puasa, hingga ke raya pun habis masih belum terlaksana impian ibu nak belikan Eisya katil. Sebut kat budak tu berkali-kali dah, siap tunjuk gambar bagai kat dia. Eisya pun macam seronok dah, bila tgk gambar 'katil chacha' sambil sengih-sengih kat ibu. Okay, weekend ni ibu ajak abah gi carik. Aritu ibu ada nampak satu kedai, tapi kat Cheras sana. Jauh sangat, mahal pulak caj penghantaran dia nanti. Kita try survey kat area Puchong dulu.

Aku berkenan katil yang jenis built-in. Sebab design kebanyakan katil built-in ni moden. Kena dengan selera aku. Tapi Ekwan sekali lagi tak approve. Dia kata leceh nanti kalau nak pindah. Dan selalunya benda-benda dah lekat dan pasang ni, kalau bukak dan nak pasang semula selalu tak elok dah. Maka, silalah patuh kata suami walau dalam hati teringin sangat-sangat.

wow.. memang betul-betul penjimatan ruang ni namanya

Eisya bukan main suka lagi dengan katil ni. belum apa-apa lagi dah bergolek sakan macam tu katil dia

Tapi tak dapat yang built-in, dapat yang biasa pun jadiklah. Tapi kena comel lah dan menepati ciri-ciri keperempuan Eisya. Tak nak simple sangat. Amboii, demand dan cerewet di situ. Macam lah budak tu kesah sangat kan. Tidur atas tilam bujang abah pun no hal, inikan pulak katil. Ibu je yang gedik nak fany-fancy. Satu lagi pesanan Ekwan, dia kata cariklah yang universal kaler. Biar nanti kalau dapat adik laki pun masih boleh guna. Alah.. aku nak kaler purple sebab aku masih ada niat nak cat bilik tu warna soft pink and purple.

Jatuh Cinta!! Mahu yang ini.
Ye, aku juga mahukan katil yang macam kat atas, yang bawah dia juga boleh diletakkan tilam. Selain daripada boleh turut digunapakai oleh aku atau Ekwan untuk menemankan Eisya tidur sebelum betul-betul lena dan ditinggalkan seorang. Ini juga boleh digunapakai untuk mengelak Eisya dari jatuh tergolek terus ke lantai. Budak tu boleh tahan buas kalau tidur.

macam ni pun bagus. laci-laci tu boleh buat simpan barang/baju Eisya. Mana nak beli kat Malaysia ni?? Ni semua gambar luar negara ni. Selain IKEA??

Serius, hujung tahun ni kena pastikan impian ni dah terlaksana. Paling tidak pun mesti beli katil. Room make over boleh tangguh. Tapi beli katil, tak sanggup dah kot nak delay lagi. 

13 comments:

  1. ok tetibe aku pon nk beli katil baru utk Naurah..sbb katil skrg dh jd tempat letak kain baju blm lipat -.-"

    ReplyDelete
  2. Tsk.
    Serius lawa katil warna purple tu dayu!

    ReplyDelete
  3. kena carik sampai dpt. dapat ala-ala pun boleh, pastu kita cat jadik purple!!

    teringin sangat gayanya

    ReplyDelete
  4. Dayu kena rajin keluar masuk kedai perabuat, coz skarang nie kat kedai perabut pun dah ade mcm2 design katil untuk budak2

    ReplyDelete
  5. isya punya elly beli kat king koil dayu.. tp tu dulu plan utk arwah abg2 dia sbnrnya.. jenis ada palang kiri kanan... so far isya ok tdo kat situ..

    dah ada katil..dah ada bilik nanti tiap2 minggu nak tukar cadar cantik2.. hihi

    ReplyDelete
  6. aku pun belum belikan lagi katil Raina. Aku ingat nak belikan katil color putih pastu cadar purple ke merah ke. lagi cantik combine dua color purple dan merah ke. aku suka perabot coor putih tu yg berangan nak katil Raina pun putih

    ReplyDelete
  7. dah lama kita teringin tp xtaula bila nak laksanakan..umah pn mcm ape lg..haha..

    ReplyDelete
  8. teringin jugak tp umah skang 2 bilik je, bilik ke 2 dah jd stor huwaaa tunggu rumah siap la gamaknye..

    ReplyDelete
  9. kat ikea ada katil dua tingkat yg comel.. n tak mahal sgt.. tapi jenis bertangga. so agak bahaya la kalo budak masih kecik.. mesti nak main turun naik tangga je nanti..

    ReplyDelete
  10. Haha comey weh impian kau! Katil fahrin beli lama dah, katil ikea seken hand ja. Tapi mak dia ade nafsu nak belikan katil baru nanti. Dah berkenan sgt2 dah ikea katil kura. Hehe. Tema blue ngan green. Huwaaa nak!

    ReplyDelete
  11. impian ibu sentiasa melebihi kehendak anak.. perkara biasa
    demi kepuasan mak dia je sebenarnya

    akan pastikan katil esiya akan tiba sebelum akhir tahun. kalau bulan depan lg bagus

    ReplyDelete
  12. rumah kami lain pula, ada 2 katil bujang xtra yang perlu dikeluarkan...tapi tak tau nak buat apa.

    ReplyDelete
  13. best nya katil depa.. hehe.. apa2 pon memang terbaik..

    ReplyDelete