Ini betul-betul namanya rela dalam paksa. Tapi redha. Dan akhirnya menjadi ikhlas.
Aku sayang Myvi aku tu. Harta pertama yang beli sepenuhnya dengan hasil duit gaji sendiri. Lepas 6 bulan keje. Gaji pun boleh tahan. Time bujang rasalah gaji banyak, takde pape komitmen. Tu yang terus rasa 'baik aku beli kereta' Disokong pula oleh kekasih hati. Makin laju jadiknya. Sedangkan bukan perlu sangat pun kereta tu. Gi keje naik LRT jugak. Nak pakai buat dating je. Hahaha..Sejak ada kereta sendiri, berakhirlah fasa kehidupan pulang ke kampung halaman naik bas Tranasional. Dan setiap Oktober, time gaji sayu je sebab kena renew roadtax dan insurans.
Orang nak pakai kereta, dia pun nak jugak. Rasakan lah..Tapi kereta ni memang keperluan okay. Selagi sistem public transport kat Malaysia masih di tahap kena menunggu lama, kena transit dan still kena berjalan kaki jauh untuk sampai ke destinasi, kenderaan sendiri adalah pilihan terbaik.
Dulu masa beli tak mengandaikan akan berkereta sepenuhnya ke tempat kerja. Kononnya aku ni akan tetap gunakan LRT, dan Ekwan akan tetap naik motor. Tu yang tak terfikir nak beli kereta bergear automatik walaupun semua dok kata 'duduk KL ni mana larat bawak manual..' Tapi degil, tetap gak nak manual. Salah satu sebabnya murah. Murahlah sikit dari kete auto. Pastu konon kereta auto tak berkuasa tinggi macam kereta manual, tak boleh pecut laju, lambat pick-up..kononnya... Tapi sekarang bila setiap hari kena bawak kereta pergi kerja, duduk jauh pulak tu. Lambat je sikit jalan sesak macam apa, terus rasa 'kan best kalau kete ni auto'
Dah lah dua-dua kereta manual. Tiada pilihan langsung.
Cuba bersabar. Harung selagi mampu. Tapi akhirnya dah tak terbendung lagi kot. Kita yang bawak sekali-sekala ni boleh lah bersabar. Yang menekan clutch setiap hari tu?? Tak mampu dah nak bertahan. Dia kata kaki dia makin lama makin pendek, asyik tekan clutch je. Lawak je. Dan akhirnya aku redha dan setuju dengan idea menukar ganti Myvi manual ini ke kereta bergear autoamtik. Tak rela aku tengok kaki laki aku makin lama makin pendek. Dah la sedia ada tak berapa tinggi, hilang 2-3cm lagi kang, tak pasal-pasal je.
Aku sayang kamu wahai Vito. Banyak jasa yang telah engkau curahkan untuk aku sekeluarga. Namun jodoh kita tak panjang. Sampai disini sahaja. 5 tahun kita bersama. Kamu memang sangat baik, tak pernah meragam. Bagus. Dan semoga kamu akan bertemu dengan bakal tuan baru yang lebih baik dari aku dan Ekwan. Yang akan jaga kamu sebaiknya. Sungguh aku sedih sebenarnya.
*aku emosional. iye. sebab memang betul-betul sayang
Aku sayang kamu wahai Vito. Banyak jasa yang telah engkau curahkan untuk aku sekeluarga. Namun jodoh kita tak panjang. Sampai disini sahaja. 5 tahun kita bersama. Kamu memang sangat baik, tak pernah meragam. Bagus. Dan semoga kamu akan bertemu dengan bakal tuan baru yang lebih baik dari aku dan Ekwan. Yang akan jaga kamu sebaiknya. Sungguh aku sedih sebenarnya.
*aku emosional. iye. sebab memang betul-betul sayang
bakal melalui fasa ni jugak.Sebab hubby dah bg hint utk jual my car..huhuhu.sedih sebab titik peluh sendiri.Walaupun katanya nak upgrade dari yg sedia ada tapi tetap nak rasa sedih..5 tahun setia bersama..huhuhu
ReplyDeleteDayu,
ReplyDeleteIngat kita tak? hehehe. Bertemu kembali kita di alam maya :)
yelah..rete pertama kite. aku dah habis byr kelisa tu pon sayang gile. x sanggup nak jual eventho kdg rasa mcm nak pakai duit byk renovate rmh ke ape...sayang dia lain mcm..seb baek adik aku pn pakai kete aku tu g keje..so mmg x jual la. at least dlm masa terdekat neh..ntah2 jual kt adik aku je nnti hahaha
ReplyDeleteoit kete baru ape auto tuh? huhuhuh...bz body
sayang sangat dengan kereta sendiri nie..beli dengan titik peluh sendiri..pakai je la selagi boleh coz kereta nie jimat minyak tue yg sayang lebih
ReplyDeleteweh byk kenangan kamu dgn vito tuh.so keta apa pulak agaknya bakal dibeli pasni jeng jeng jenggg
ReplyDeletewaah beli keta baru apekah?sila tempek gamba vito n gamba ganti vito..hehe..
ReplyDeletehuhu...sayangkan..
ReplyDeletehi dayu...dah lame xjenguk sini..dah besar anak dara kamuuu....