02 October 2013

Syukur, rezeki tiba bila diri dah sedia.

Lama tak update blog.

Ada masa tapi malas. Takde mood. Banyak je benda nak cerita, tapi yelah kalau dah malas. Duduk melanguk lagi best dari update blog. Kenapa malas?? Entah. Musim mungkin. Tapi sesungguhnya aku ada perkabaran gembira nak dikongsikan. Mungkin ramai yang dah sedia maklum. Ramai yang dah tahu. Cuma aku je yang tak rasa nak kongsi kat blog ni. Tapi bila fikir-fikir, macam tak patut pulak kalau tak dikongsikan kat sini. Tak adil.

Ye, Alhamdullilah. Aku kini sah mengandung anak kedua. Rezeki tiba dikala kami dah sungguh bersedia. Syukur tak perlu menunggu lama. Tepat pada masanya.

Dan mungkin disebabkan faktor usia, kali ini aku adalah kelembikan tahap maksima. Macam tak berdaya sungguh. Baju antar dobi, makan beli setiap hari. Rumah terabai entah macam apa. Nasib Eisya tetap berkelakuan baik, tak mengada-ngada. Kalau tak lagi terbaring lah aku. Nak harapkan Ekwan uruskan rumah, dia lagi letih. Sudahnya redha je lah tengok rumah yang macam apa. Cuma bila dah terlalu bersepah, sampah penuh atas lantai, aku gagahkan lah diri menyapu. Tu pun lepas mengadu penat macam lepas cuci bilik air 5 buah. 

Sesungguhnya macam tak sabar nak tempoh mengandung ini berakhir. Walau hakikatnya baru 3 bulan. Semoga terus cekal dan tabah. Buat suami ku juga, tabahlah menghadapi kerenah isteri mu ini.

18 comments:

  1. congrats dayu...ye sume blogger suda menambah..tumpang hapu utk geng blogger kite..

    ReplyDelete
  2. Tahniah Hidayu, semoga you & baby dalam kandungan sihat..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah,.Tahniah Dayu..takegudcare ya..wahh mcm baby boy tu biler kelembikan dan kemalasan melampau mcm sue preggy aqil dulu..

    ReplyDelete
  4. congrats dayu
    pasni eisya ada kawan bermain dan gaduh

    ReplyDelete
  5. Tahniah Dayu.. Fuh tetiba teringat betapa teruk nyaaaa 5 bulan pertama mengandungkan Hasya. Rasa trauma kot nak pregnant. Tp masuk bulan ke6 terus bahagia. Masuk bulan ke9 risau nak ke labor room plak. Mcm2 hal :) Anyway bertabahlah Dayu. I hope it's a HE ^__^

    ReplyDelete
  6. Wah...tahniah dayu!! Patutlah senyap je.rupanya diam diam berisi.hehe

    ReplyDelete
  7. Welcome to the club, beb! Hehheee...
    Tahniah ye. Jaga diri elok2 k :)

    ReplyDelete
  8. tahniah Dayu.....betul la ayat awak tu
    bila kita rasa diri kita dan pasangan dah bersedia, tup tup rezeki dtg...
    masyaAllah aturan Allah tu sangat hebat kan
    sebab benda ni betul2 jadi kat saya jugak
    take care

    ReplyDelete
  9. tahniah dayu.. awal sebulan dari saya :-) baby 2014 la ni ye :-)

    ReplyDelete
  10. Congrats dayu! take care..bestnye!

    ReplyDelete
  11. congrats dayu...due lebih kurang kan...

    elly dah nak masuk minggu ke 13 ni baru sihat segar ni..kalau tak sama la jugak.lembikk..huhuhu

    ReplyDelete
  12. mgkin btol kot faktor usia..xpe la..jnji mkn mknn berkhasiat dan amik supplemnt yg dibenarkan doc. chayyookk!!

    ReplyDelete
  13. dayu congrats! i baru je deliver yg no 2..alhamdulillah dapat Hero..so dah sepasang~ and mmg rasa bersalin no 2 ni..terasa sangat laaa err..sakit?!

    ReplyDelete
  14. tahniah dayu..betul maybe jugak faktor usia..alynn pregnant kali kedua kemalasan tahap melampau2 plus bdn tak berdaya..huhu sabo je ler..

    alynn pun br je up n3 pasal pregnant kt blog kesayangan setelah kandungnan berusia 19 weeks..
    bukan tak nak share awal tp biarlar segalanyer dlm keadaan stabil br boleh uar2kan..

    ReplyDelete