Hari ni sepatutnya aku kena ke Klinik Kesihatan Tanglin tu sekali lagi. Pregnant kali ni memang keje aku berulang-alik ke sana je. Banyak sungguh appointment nya. Semua sebab ada disahkan ada darah manis ketika pregnant kali ni. Kantoi masa MOGTT kali pertama, bulan lepas. Sikit je pun, 8.3 MMOL/L je pun. Maksimum sepatutnya 7 MMOL/L. Tapi demi kesihatan diri dan anak dalam kandungan, aku akur bila diarahkan untuk buat BSP (Blood Sugar profile) test pulak. Tapi dalam redha, nyampah gak aku nak kena berulang-alik ke klinik setiap 2 jam. Apa ingat aku takde keje lain ke.. Klinik tu pun bukanlah sebelah opis, walaupun dekat.. nak berulang-ulang.. adeihh...
Dan akhirnya aku amik keputusan untuk beli sendiri Glucometer tu dan buat je sendiri BSP tu.
Aku beli alat ni kat farmasi kat Sogo. Sebelum gi beli tu aku siap call dulu tanya, ada tak jual Glucometer. Tanya harga siap-siap. Sebab member kata dia beli brand One Touch, dalam RM200+. Rasa macam mahal pulak. Tapi bila kira betul-betul. Memang gitulah harganya, Macam yang aku beli ni, brand GlucoDr. Harga dia memang much cheaper, tapi lancet dan test strip yang procided sekali dengan device tu sikit je. Lancet ada 10, strip ada 25pcs. Yang mahal test strip tu lah, 50pcs dalam RM80++.
Kalau sayang duit, sediakan je lah masa berulang-alik ke klinik kesihatan berdekatan ye. Aku sayang gak duit, tapi tak rajin nak habiskan masa berulang ke klinik. Maka, pejam mata.. beli je lah alat ni.
Blood Glucose Monitoring System. Kini saya dan dia berkawan baik.
menjalankan ujian ke atas diri sendiri untuk bacaan jam 8.00 pagi, selepas menahan lapar dari tengah malam tadi. Bacaan cun, 4.5 MMOL/L
Bacaan jam 10 pagi. Lepas je cucuk, terus carik biskut. Lapar sebab start pukul 9am dah tak leh makan.
Bila ada diabetes time pregnant ni, rasa macam insaf sekejap. Beiya aku jaga makan. Sekarang memang minum air kosong je. Takde dah air manis-manis yang aku amik. Jimat lah gula kat rumah, sebab laki aku pun cara tak langsung takde lah gedik-gedik request air teh ke, nescafe ke malam hari.. dalam peti pun takde dah jus berkotak-kotak. Kalau tak, mesti peti ais aku tu sentiasa ada jus 2,3 kotak.
Nak makan nasik pun berkira-kira. Nak makan banyak pun macam takut. Aku lebihkan sayur dengan lauk je. Harap-harap terkawal lah gula dalam darah aku ni. Dan secara tak langsung, terkawal lah berat badan aku. Alhamdullilah, kali ni tiada kenaikan yang mendadak. Malah menurun, macam tak percaya. Walau hanya 2 kg. Masa awal check-up (dalam 3 bulan) berat aku 77 kg. Sekarang 75 kg. Boleh ke hah? Takde lah nurse tu membebel. Tapi kalau dia bebel gak, memang aku sembur dia balik. Dah kena makan skit, memang la hilang berat badan cik weh...
Dan harap-harap, bila bersalin hilanglah diabetes ni. Tak sanggup aku nak pantang makan lama-lama weh.. banyak benda teringin nak makan, tapi semua gula tinggi.
*dan aku tak sabar nak shopping barang adik baby, sebab rasanya kalau tunggu 6-7 bulan nanti mesti aku tak larat. tapi gender adik tak tahu lagi.. tak seronok nak shopping.
masa pregnant Dani aku kena.. seksa woiihh ulang alik klinik sampai kul 8 mlm. masa tu macam susah sikit aku nk kuar duit RM2++ utk benda alah tu. maka harung jelah ke klinik. alhamdulillah hilang lpas bersalin..
ReplyDeletetime zara, nan ado.. sebabnya, aku serik dah nak ulang alik. mmg jaga betul time pregnant si zara,, asal makan manis je, aku sulam air banyak2..
boleh nk makan manis dayu, ikut teori aku ni.. lpas mkn manis, togoklah air masak berbotol2 yer.. alhamdulillah berkesan..:)
rindu plak nk preganant lagi..:)
kan..kan..patut lepas makan manis minum la air masak bergelen-gelen..ni gi minum gak ngan air manis. memang tinggi lah kandungan gula dalam badan
ReplyDeletetp skrg bila dh biasa minum air kasong, kurang makan benda manis.. rasa mcm best pulak
nak try amalkan, moga terbiasa hingga lepas bersalin. boleh lah nanti merasa badan selim macam zaman anak dara semula. amin!!!
tinggi harapan aku ni
Dah mengalami masa aqil dulu. Mmg amik.masa nak ulang alik ke klinik tu. Baru je lps mnm air gula kamis lepas, xtahula apa result dia. Hope oklah klu x, masak nak kena ulg alik dan cucuk jari. Huhu
ReplyDeleteTakpe, shopping online banyak. Hujung waktu pon ko masih boleh klik klik dan akhirnye menerima parcel. =D
ReplyDeletetak sama..tak sama *ngada2 lebih sebenanrnya*
Deletenak rasa kain, nak belek2..baru best..hehehehe
Dayu...aku next week br nk merasa minum air gula. Nervous dah nih wey!!
ReplyDeleteaku masa pregy risau tul kena mnum air gula..risau sbb result dia..aku history mang de kencing manis..mak aku..so nasib baik pregy dua2 xde..alhamdulillah..
ReplyDeletejust kawal je la kot dayu..insyaallah okay..
alynn pun br lepas kena minum air gula..sbb ms last checkup lepas time lunch..sah2 ler br lepas mkn n br lepas minum air manis..ayarkk..gender baby pun sama ler first time menyorok..danish dulu sekali scan 5 bulan dah nmpk boy..oleh sbb rasa bdn dah tak brp nak larat so kena wat persiapan lebih awal alynn g 3D Scan..
ReplyDelete