01 May 2014

Officially Registered

Akhirnya. Pada hari ke-12, iaitu 30 April 2014, nama adik didaftarkan. Punyalah busy abah awak, asyik tertangguh je. Nasib baik JPN kat UTC Sentral tu bukak sampai pukul 10pm, klau tak mesti tertangguh lagi.

*senyum*

Adik is officially named Elma Eiliyah Bt Mohd Ekwan. My beautiful angel. Maksud??? Apa kata korang gi Google sendiri. Hehehe...

Agak mencabar nak memberi nama ke adik sebenarnya. Sebab dia kan buat surprise. We are expecting for a boy. Maka nama yang tersedia adalah nama lelaki. Tak prepare langsung nama unt perempuan. Dahlah aku gedik nak kekalkan basic initial E.E kat nama anak-anak perempuan aku. Nasib baiklah kawan-kawan ramai yang kreatif, hebat dalam mencari nama anak. Macam-macam suggestion aku terima.

Dan yang paling aku berkenan adalah EILIYAH. Nanti aku boleh panggil adik Liya. And that what I call her now. Macam lembut je bunyi 'liya...anak ibu...' Pastu terkebil-kebil dia tengok aku, aauuww..melting kau. As for ELMA pulak, aku memang terpikat dah tapi Ekwan macam tak setuju sebab makna Elma in Arabic is apple. Macam kelakar lak dia kata bagi anak nama apple. Aku katalah in Greek maksud Elma is protection. Akhirnya dia setuju sebab bila aku suruh dia pikir nama lain dia malas.

Bab bagi nama anak ni memang aku suka. Sebab Ekwan memang serahkan 98% kat aku. Dia review je segala cadangan aku. Tak setuju pun akhirnya setuju. I'm a happy woman in earth!! Tak payah aku merasa berebut nama anak dengan abah dia.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi pelbagai cadangan nama. Aku tengah tinggal pilih dan combine je. Korang memang kreatif sungguh bab mencipta nama. Hebat.

Assalamualaikum, nama saya Elma Eiliyah Mohd Ekwan. Boleh panggil saya Elma, Eli, Liya.. Tapi saya selalu dengar ibu panggil saya 'liya' 

7 comments:

  1. Hi liya, welcome to our big family..InshaAllah Uncle free dtg jengok Liya and Kakak echa k..love both of u..Liya n Echa..huhu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum liya. Selamat menikmati susu ibu..
    www.villavitaminibu.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. hai..liya.....selamat berpantang dayu...

    ReplyDelete