15 December 2015

Rezeki Eisya

Di kala aku serabut, tak percaya, telan air liur tengok senarai yuran bulanan dan tahunan tadika di sekitar Desa Pandan dan Ampang ni, datanglah berita gembira yang akhirnya buat aku kembali senyum. Sesungguhnya, realiti kehidupan sekarang ni adalah sangat perit. Kos hidup naik mencanak-canak kat Kuala Lumpur ni. Aku yakin, kos hidup kat kawasan luar bandar sekarang pun dah makin tinggi. Segala benda naik harga, kesian kita. Disuruh berjimat segala segi, tapi ada masa macam tak tahu dah nak berjimat macamana lagi. Nak tak nak, terpaksalah terima dengan perit.

Makin sakit hati bila pak-pak menteri boleh keluar statement merepek.

Keputusan yang dinanti dah dimaklumkan. Petang semalam dah notis dah ditampal kat Buletin Board bawah blok. Nyaris aku nak telefon Cikgu Mariam nak follow up pasal pendaftaran sesi 2016 ni. Nasib baiklah tak gelojoh kan. 

Alhamdullilah, permohonan Eisya untuk ke KEMAS telah diterima.

Ramai rasanya yang berharap dapat hantar anak ke Tadika KEMAS. Yelah, sape tak suka kan, yuran bulanan murah. Takde yuran tahunan yang mahal mengalahkan yuran nak masuk universiti. Kalau dapat gi KEMAS ni, memang jimat banyak sungguh. Dan KEMAS bukanlah tak bagus. Kalau dibandingkan dengan tadika-tadika swasta, mungkinlah modul kat swasta tu advance sikit. Dengan bahasa perantara guna bahasa inggeris.. Dah bayar mahal-mahal, mestilah nak kan hasil yang hebat jugak.

Aku sebenarnya ada gak rasa macam ralat tak teruskan Eisya ke tadika English medium. Dalam fasa dia yang asyiklah cakap omputih sekarang ni, sikit-sikit speaking. Masa kat Hong Kong aritu tu, asyiklah speaking. Dah orang asyik cakap omputih ngan dia, dia pun reply lah omputih. Aku dengan Ekwan pun macam tak percaya banyak sungguh perkataan yang dia tahu dan paham nak guna. Dia boleh susun ayat, ayat 5,6 patah perkataan. Betul penggunaan verbs dia. Tetiba kagum dengan kemampuan anak sendiri. Aku dulu 5 tahun, satu apa tak tahu. Bak kata Ekwan ' Ibu, umur macam Cha main longkang lagi' Huhuhu.. Yelah, i duduk kampung. Anak awak, dari umur 2 tahun dah ngadap youtube tengok kartun omputih je. At least, nampaklah jugak manfaat dia hadap youtube tu.

Dan bagi memastikan kemahiran bahasa inggeris dia tak hilang dan sementara dia berminat ni, mungkin bolehlah aku start survey-survey english class untuk dia. Tak pun, ibu je lah cakap ngan omputih ngan awak hari-hari walaupun english ibu ni hampeh, bolehlah.

As permohonan dah diterima, dan Ahad ni akan mendaftar. Nak tak nak, tengahari Eisya kena transit ke taska yang dia duduk sekarang ni. Bertabah lah aku menghadap kerenah dia 2 minggu ni sebelum sesi sekolah bermula. Dan aku pun bolehlah stop mencari option kedua dan ketiga berkaitan tadika Eisya tahun depan. Peluang ni kalau aku lepaskan ramai orang lain yang berebut. Maka, jangan lepaskan. 

4 comments:

  1. aku pun sama cam ko dayu...sapa x teringin nk hantar anak ke tadika swasta...nak2 yg guna modul islamic dan english...tp sbb luar kemampuan dan susah bila masa nk transit nanti kn naik van kn bla bla.....jd... KEMAS la pilihannya...lebih2 lg dekat area rmh mudah pengasuh nk g amik...faktor keselamatan anak2 laki aku utamakan...kalu kena naik van? sori la...laki aku x caye..sndiri nk amik mmg x dpt sbb kekangan kerja...

    ReplyDelete
  2. tahniah Eisya. Mya pon alhamdulilah dapat masuk pra.syukur sgt2.tp skrg dok risaukan kes Mya kaki buli pulak aduyaii

    ReplyDelete
  3. takpe la sis.. kemas pun ok. InsyaAlla, cha boleh kuasai apa yang dipelajari.. rezeki dia kat situ..
    siapa tak teringin nak hantar anak ke tadika lain yang lagi advance kan..

    ReplyDelete
  4. my brother ddk london, sekolah tadika kerajaan dia, is FREE. Plus kelengkapan segala macam tadika swasta. kat sini? malas la nak sebut. nnt orang suruh pindah ddk london. :P
    5-6 tahun lagi ntah berapa pulak bayaran yuran nak sekolahkan anak. pak menteri naik gaji. claim sana sini pun mintak naik gaji lg. kasihan marhein macam kita ni..

    ReplyDelete