Hampir 2 minggu takde entry baru. Busy bebnor gayanya. Iye, agak sibuk sekarang ni. Benda nak cerita banyak tapi masa tu macam takde. Selalunya aku update thru handphone je. Upload gambar siap-siap, taip entry. Bila bukak kat desktop tengah touch-up bagi molek je. Tapi 2 minggu ni, nak pegang handphone kat rumah pun tak sempat. Elma lak tak bleh tengok aku pegang handphone, dia pun nak pegang sama walau hakikatnya, tak sampai seminit dia campak je handphone tu. Saja nak suruh orang layan dia. Nak update kat opis, aku malas nk transfer gambar. Entry tanpa gambar tak berseri.
Aku rasa syukur sungguh. 2016 aku dimulakan dengan penuh kegembiraan. Rezeki melimpah ruah aku terima. Berita baik diterima tak putus-putus. Segala permintaan aku didengar dan dimakbulkan. YaAllah, tak sangka. Mungkin ni semua ganjaran untuk aku yang Allah bagi untuk aku merapatkan diri dengan Dia. Untuk sedarkan aku. Sesungguhnya hanya Dia tempat terbaik untuk kita minta segalanya. Syukur.
Setelah hampir 7 tahun berkhidmat dengan JKR dengan jawatan J41, Alhamdullilah akhirnya aku dan kawan-kawan seangkatan dinaikkan pangkat. Hampir semua dapat kenaikan pangkat. Walaupun pada awalnya dimaklumkan hanya 1/4 dari kami akan dinaikkan pangkat. Tapi kalau dah namanya rezeki kan, akhirnya Kementerian luluskan untuk semua dinaikkan ke J44. Alhamdullilah. Melompat kegembiraanlah kami. Yelah, lama dah kot. Batch lain, 7 tahun tu dah naik J48 dah tau. Kitaorang dah sampai tahap redho dah kalau pencen pun setakat kat gred J48.. Sebab ramai sangat. Officer melambak, post kosong ciput, Macamana nak naik pangkat.. Duduklah kau kat post tu. Tukar sana-sini, tapi tetap J41.
Bab naik pangkat memang masing-maisng suka, pastu gelabah, Gundah gulana, tidur malam pun tak lena. Takut memikir kena tukar ke mana. Polisi JKR memang menyesakkan nafas. Setiap 3 tahun kami akan ditukarkan, Tak boleh remain tempat yang sama lama-lama, kena merasa semua tempat, Kena buat semua keje, sebab skop keje JKR memang luas sebenarnya. So, young officer ni akan ditukar kan ke hampir semua bidang, Kena merasa buat semua benda. Dengan harapan bila nanti jadik bos, kita tahu semua benda, Kira ni sesi latihan dalam tak sedar lah ni.
Dan aku cukup risau kalau kena transfer luar KL. Huru-hara urusan seharian. Maka, berdoalah aku siang malam. Kekalkan lah aku kat bandaraya Kuala Lumpur ni. Tak kisah lah kat bahagian mana, asalkan masih di KL. Walau aku tetap pasang impian nak terus kekal dalam sektor jalan. Tapi demi kelangsungan hidup, aku tak kisah dah. Asalkan kehidupan seharian aku tak terjejas.
Alhamdullilah, permintaan dan doa aku didengar.
Majlis penyampaian sijil penghargaan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya. Kali pertama ni, ada majlis meraikan kenaikan pangkat pegawai JKR. Selalu gi amik sendiri je surat kenaikan pangkat kat korporat. Terasa istimewa pulak kami ni.
Lepas dah seronok tarik nafas lega sebab masih terus berkhidmat di KL, walau terpaksa beralih bidang, Walau terpaksa belajar semula dari bawah. Terima lagi perkhabaran gembira. Tersenyum aku. Tapi yang tu kemudian lah cerita, tungguh betul-betul dah sahih baru kita raikan.
tahniah dayu..
ReplyDelete(kalau kat opis kena panggil Puan Dayu dah ni)
hihihi